MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Goodbye Mr. Perantau Timur Tengah


Sepotong kek buat tatapan Encik PTT


23 Disember 2009 yang lalu opis pakchu telah kehilangan sorang lagi pegawai, rakan karib, rakan mengumpat, rakan gosip, rakan sudut menempah maut (sila rujuk post sebelumnnya) tak lain tak bukan Encik PTT (Perantau Timur Tengah) yang dah tamat tugas kat sini ... so kiranya dia berada sini dekat 2 tahun.. So to PTT sila la nengok gambar makan hari tu eh.. malas nak upload gambar En PTT manyak manyak karang ada yang emo lak tak makan 5 hari hihi. so hari tu gak ada harijadi baby zahrah yang ke setahun...


Baby zahrah tak abis abis makan je dan mood terlalu gumbira hendak meninggalkan Arab Saudi niwh.. ingat u lahir kat sini tau...


To encik PTT haha.. jangan kamo rindukan lagi ayam ayam yang lazat ini kerana pastinya kadar kolestrol akan kembali tinggi.


Kek lagi la Encik PTT




Fresh Strawberry from saudi ahaks buah plum pun adew slurpppp


So ini je la termampu buat meraikan Encik PTT.. kami semua takkan lupa jasa serta tenaga yang dicurahkan semasa berkhidmat di sini.. so masa depan kamu lagi cerah agiw dong.. terus terus saja usaha yok.. ahaks anyway good luck pada anda.. kami semua merasa kehilangan Encik PTT di bumi sendiri.. jangan bimbang pasal CRV kerana kami pasti akan menggunakannya ahahahah :D so satu dunia sedang baca cerita perpisahan ini huk huk.. anyway dont forget my hadiah..

This is what i like about kampung @ Village

Hehe kowang tau tau je lakan pakchu memang suka alam semulajadi.. memang tak abis jumpe port menarik je pakchu gatal tangan nak tangkap pic.. pagi pagi agiw dah mengendap belakang umah cari port tangkap gambar.. so everybody i present to you the nature belakang umah kampongs ahaks



To mat salleh, this is the heart of pisang, Mat Salleh : Errr what is pisang... Me: Banana sir ahaks


Rumput semak pun jadik.. ada potential kat saudi ni bagi makan kambing

Pokok hati hati... this is be carefull tree ahahahaha

Pokok pewni yewh main sebat je tangkap gambar

Damm missed so much the enviroment.. so so so... huhuhuhuhu

Nature is the best... and currently im home sick rite now..

apapun Malaysia is the best of Alls... syukur kepada Allah kerana saya dilahirkan di negara yang penuh dengan keindahan dan macam macam ada ... and proudly to be a Malaysian itself

Takraw Tournement Asean Games 10 December 2009, Embassy of Malaysia, Riyadh, KSA

Huh wat menda la orang orang ni melompat yewh.. hihi... aaa 10 Disember yang lepas berlangsungnya perlawanan terakhir Sukan antara Kedutaan-Kedutaan ASEAN bagi tahun 2009. Tak lain tak bukan ni la sepak takraw.. huhu dengan suhu pagi sekitar 14 dan 15 celcius adoiyai kejang gak urat alteri nak main pagi tuwh.. so pakchu jadi simpanan la hari tu coz almaklumlah jurukamera rasmi semua kejohanan hihi.. so ni 00000.0006 % gambar yang pakchu tangkap hari tu...


Abang bob sedang dalam keyakinan memasukkan bola ke gawang lawan.. err masuk tuw.. kagum den...

Semuanya dalam tekanan mencari point memandangkan semuanya average joe huhuhu... tengah mikir cam ne nak bagi bola masuk tuw hikhik

Yezzaa bola dari Khairul menuju terus ke Pengiran Irman haha

Fewit gambar team Malaysia bersama Duta-Duta Besar dan CDA a.i kedutaan-kedutaan ASEAN.. gaya mau ada hik hik kalah menang blakang citew

Jelas terdapat sinar kekecewaan disitu huhu sabar la bang at least dapat no 4 heheheh.. so papepun tahniah kat semua yang masuk bertanding terutama skali kat team kita Malaysia yang bleh tahan melawan marah dan kecewa.

Sejenak merenung Putrajaya...

Hehe Salam semua... today takda la manyak menda nak buat kat opis lah.. saje saje je duduk coz tengah preparation wat tournament sepak takraw.. so pakchu gatal gatal la ngedit dari smalam la gambar-gambar pakchu tangkap di Malaysia masa bercuti hari tu .. so hari ni ada segelumit gambar daripada Putrajaya area Masjid Putrajaya.. Situ kan popular orang tangkap gambar kahwin haha.. so pakchu sediakan sket sket gambar agiw..


Menara Speaker Masjid Putra...



Masjid Sultan Mizan yang baru di Putrajaya



Sisiput pemandangan di Dataran hummm tomey eheheheh


Pemandangan dari Dataran Masjid


Kubah Masjid yang Chantek

Hehe sekian sahaja untuk keluaran kali ini semoga kita berjumpa agiw di siaran yang lain.. ada kejew lak tetiba huhuhu.. chows... semoga kalian sihat semua gumbira...

Cerita Tentang Api...

Wohoho wassup bro dan bra huhu.. sowy lor pakchu baru ada masa nak hapdate sket.. maklumlah hambe telah balik bercuti di Malaysia sejak sekian lamanya.. hehe so ada la manyak gambar pakchu tangkap kat mesia.. nanti slow slow pakchu hapdate kan..sorry sangat lama menyepi bukan nyampah kat korang yeh. So next citer pasal tangkap gambar api.. huhu.

Kecik-Kecik jadi kawan, suda besar jadi lawan... Api sering dikaitkan dengan bendalah yang tak elok.. hoho cam api neraka.. dendam... semut api tak masuk keh.. emm so hari tu tengah my Bonda tengah bakar tempurung sompat la jugak aku amik sepam dua gambar uhuhu so nengok le dua tiga keping ni dulu huhu


Api Api oh api



Api Agiws...sonok nengok time gambar dia mengibarkan kepanasannyew.. cheh

So gambar api ni semua ni suh bakar sawang dalam blog ni huhu.. so aku hapdate ar niw.. kepada caci maki yang aku terima dari kengkawan hahaha sebab lama nyepi aku mintak mahap eh.. dari jalan sentul ke jalan liku bangsar tau.. anyway dah winter sini sujuk sikit la.. huhu and panas panas upenye aku demam hari niw.. soure tak kuor.

52nd Merdeka Day of Malaysia Celebration - Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia

Hehe hari ni pakchu free sket so pakchu masukkan gambar-gambar sket la pakchu tangkap semasa sambutan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 52.. cam biasa pakchu tangkap gambar la hehe.. so some few sket sket pakchu letakkan dalam ni eh.. so cuci cuci la mata mu huk huk

Al Kisahnya maka tersebut la kisah satu keluarga di Kedutaan Besar Malaysia, Riyadh yang sedang meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 yang kebetulan jatuh pada bulan puasa.. gambar-gambar yang di paparkan tidak ada kena mengena ngan yang sedang berpuasa ok.. sambutan bermula dari pukul 9 Malam iaitu selepas terawih bagi kawasan Arab Saudi sehingga kul 11 Malam..


Ehehe ni adalah gambar Tok Kadi, Pengantin dan Saksi pada hari tersebut hihi


Aaa thanks to akak-akan ni semua bergambar dengan TYT Dato' Duta Besar.. semua sedap ada karipap ada mee goreng.. ada sate.. huhu gile manyak gak aku cekik sate hari tu ahahahah :) sambil nangkap gambar perut kene diisi tul tak kengkawan...


Tunku Abdul Rahman (acah je) hehehe ni orang-orang dari Kedutaan Brunei yang tengah tu jangan korang ingat Tunku yeh takda kene mengena dengan hari ini.


Some of Diplomats yang datang pada hari tersebut... semua sedang mengambil pinggan dan kelihatan sorang abang tu control gile time aku ngambik gambar tak caya ko fokuskan kat mata orang tersebut (pandai la korang cari hihi) time ni semua tak tunggu perut dah lapar nunggu VVIP sampai hihih..


Aaa nengok muke VVIP kita pada hari ni makan sate .. kalau sape diaorang ni penah gi Malaysia nampak gaya 7, 8 kali la diaorang datang ke tempat yang sama pura-pura tak penah datang hihihi.. peh tu sambar 7 ketul 8 ketul skali huhu weh aku pun nak makan gak ...


Burung Ais hihihih comel lak nangkap menda ni walaupun dari jauh tak berapa comel la.. coz dah mule mencair nunggu tetamu VVIP datang...

Hehe takkan gambar orang lain kan gambar aku pun kena amik gak.. hihi baju melayu tu aku tempah kat Arab Saudi tau.. sini leh buat baju melayu hihi.. berpeluh kot tukang jahit nak buat baju nih ahaks..


Sila abaikan pakcik ini kerana dia sedang weng sekali!!!


So papepun majlis selamat diadakan pada hari tersebut.. some of Malaysians juga hadir pada hari tersebut..what ever makanan malaysia kita memang sold out.. bayangkan orang putih makan mee sup pedas orang afrika makan sate.. orang india makan mee goreng.. orang jepun makan karipap.. adeh licin.. tak sempat pakchu nak tapow...


huhuh dah dah just pakchu counting days to going back for vacation to Malaysia.. nanti pada kawan kawan yang ada tu releks tunggu pakchu balik kita jumpe .. hehehe pada budak budak cameraman sekalian tunggu aku balik :) nanti kita shoot satu Malaysia wokey :)


Musim Kurma Datang Lagi!!!


Pokok Kurma sedang masak ranum...

Salam... huhuhu.. sonok skarang nengok kurma tengah masak ranum.. leh dipetik dan dimakan begitu sahaja tetapi dengan syarat di waktu malam kerana telah masuknya bulan ramadhan heheh :) so pakchu masuk pokok kurma kat office pakchu ahaks.. sama sama tonton yah !!!



Emm time nak masak kurma ni akan ada satu angin panas datang dalam seminggu dua la.. memang tiap kali kurma nak masak angin panas ni akan datang .. digelar angin neraka oleh penduduk tempatan disini.. kalau takda angin ni kurma takkan masak .. masa tu cuaca akan bertukar 45 hinggi 54 darjah celcius.. fuh paneh gile.. tapi sebab tu la kurma tidak boleh ditanam di tempat lain kecuali di Arab Saudi.. kalau tanam dari China ke apa ke mesti kureng rasa dia sebab tak kena angin neraka nih.


Macam biasa la pakchu amik dua tiga tangkai bawak balik berbuka yang separuh masak.. korang dah try kan yang separuh masak kan best kan .. ada rangup ada lembut.. ada kelat sket.. waa sodap wa cakap sama lu.. kat mesia kena beli kat sini petik je dari pokok hihihi :)

"TAMBAHKAN IBADAT DI SEPULUH MALAM TERAKHIR SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT BERKAT DARINYA"

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52


Hummm teringat lagu dari Dr. Sam... saya anak Malaysia .. lama sungguh lagu tu tak dengar kan.. Kalau ikutkan tak terasa sangat bila di Malaysia tetapi bila dah ada di rantauan ni lagu lagu macam tu dah jadi macam lagu hari raya plak.. bile kedengaran bait "tempat orang indah sekali tapi Malaysia tetap di hati... Saya... anak Malaysia" yup tul tul terasa rindu dengan Malaysia..

Walaupun tahun ni takda la celebration sangat.. tu rasanya elok gak tu .. yang penting pengisian mengenai erti kemerdekaan itu sendiri yah.. Anak-anak muda pada zaman ini lebih menghayati kemerdekaan sebagai hari bergembira.. macam hari libur sahaja.. tetapi bagi mereka-mereka yang masih hidup di zaman penjajah.. hari tersebut bagi mereka amat bermakna.. disitulah bermulanya titik tolak kepada perubahan besar yang dapat kita lihat pada hari ini.

Teringat tiap tiap kali masa kemerdekaan masa di skolah dari form 1 sampai la form 5 memang pakchu akan menyertai perarakan hari kebangsaaan negeri .. waaa sonok macam macam ada best. Bukan pakchu jew.. Abah pakchu pun turut serta gak dalam perarakan.. Abah pakchu dulu dia servis dalam tentera.. Sebab Abah pakchu memang bahagian buat buat bom la.. coz dia memang dari Kor Jurutera Diraja (Pakar Bom) disitu specialize dia memang buat bom sonok gile kalau time raya abah buat bom tiruan main.. segak lama tak nengok abah pakai uniform tentera dia.. pastu tersemat lencana yang paling pakchu suka lambang UBIQUE dimana tu memang lencana pakar bom, periuk api dan peperangan nuklear... Bangga dengan Abah yang turut sama menentang saki baki komunis pada akhir 70 an masa itu.. Atuk pakchu juga Bekas COD Polis Kuantan dulu.. banyak kali fight dengan komunis.. Belah mak pakchu Atuk pun Bekas Tentera.. bab bab perang gerilla kalau dengar memang ngerila...

But skarang hope kerajaan boleh hargai jasa diaorang ni... pertahan dengan nyawa dioarang demi kita yang muda muda yang masih tak mengerti bagaimana mereka bersusah payah membawa keamanan di negara ini.. Tak kurang yang menjadi balu juga perlu dibantu.. tanpa mereka takda semuanya pada hari ni... kalau tak kita sendiri menjaga keamanan takkan kita dapat keamanan tersebut... orang luar takkan membantu kita untuk aman.. hanya kitalah sahaja yang tinggal untuk mempertahankan keamanan serta keharmonian yang kita ada ini untuk anak cucu kita akan datang....


MERDEKA!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

Ramadhan Kareem....

Alhamdulillah bulan penuh berkat datang lagi.. Ramadhan ehehe waaaa time sampai Ramadhan je mesti lor teringat kat Malaysia huhuhu... musti best best kan kat sana.. sini kehidupan start Malam.. siang semua kedai tutup coz Pak Arab ni siang dia titot.. Malam lepas terawih kedai akan start buka sampai waktu sahur.. so merayap sakan la malam.. huuuu smalam habis gak dalam 5++ beli koleksi barang antik ahaks. Ngeh ngeh dapat gak aku pow tokeh tu dibulan pose diaorang ni tak leh nak tipu doseeee.. bulan lain leh tipu customer ahaks :)


Sign Board Puasa yang perlu dipatuhi

Dan smalam aku ngan Abang Perantau Timur Tengah duk makan burger kat Taxi Steaks and Burger... wah puas hati dapat roti yang gebu cam bantal.. ahaks muke pun dah sayur gile time tu last-last lepas subuh aku tidur bangun gile punya awal kul 10.30. Ahaks kesimpulannya bulan puasa memang slalu terlajak perahu lor.. Tapi takpe je stakat kul 10 lebih sampai keja tu kira ok la tu bulan puasa.. coz masa kerja di Arab Saudi ni dari 10 pagi sampai 3 petang leleh woo 5 jam je keja (baik tak yah datang ) ahaks.


Erkk comform ke kedai ni tak berfungsi ahaks :)

So kepada semua sedara mara , kawan kawan, sahabat hendal beskal ku sekalian ahaks .. selamat menyambut puasa eh.. jaga makan minum kata kata serta tutur cara.. semoga semua mendapat keberkatan.. jangan puasa je ahaks gi la terawih tu :) buat 8 pown ok kan ... amik berkat ahaks... So rindu korang semua ar... tapi aku balik time raya so takleh ar kawan kawan nak pow aku berbuka puasa.. alangkah afdalnye korang jemput aku datang beraya umah korang kerana kedatangan aku pasti akan memeriahkan lagi majlis korang kan kan kan...

so tugguwwwww gue balik!!!

Pada Pendapatan Hambe… : Wajarkah berdemonstasi dalam ekonomi yang tidak kukuh.



VS


Hum so skarang ni pakchu lihat perkembangan terkini ialah skarang demontstasi menentang ISA baru-baru ini. Pakchu tidak menyebelahi mana-mana pihak baik pihak yang memerintah atau pihak yang membangkan. Cuma disini pakchu lebih pentingkan apa yang dinamakan kesejahteraan serta kelangsungan ekonomi negara.



Terpanggil secara tersedak dari pemikiran ni adalah bukan kerana motif untuk memburukkan sesiapa tetapi dengan niat untuk mengajak semua berfikir secara matang serta rasional tentang apa yang telah berlaku serta kesannya terhadap persepsi masyarakat dunia mengenai negara kita. Bukan ini sahaja yang berlaku terhadap negara kita apa yang perlu ialah terlibatnya juga di negara-negera ASEAN khususnya. So pendapatan ni adalah pada hemat saya sahaja.


Walaupun dikatakan ramai yang datang pada hari demonstasi tersebut tetapi yang menyedihkannya hanya Melayu yang lebih berteriak. Melolong… memekik yang memang pakchu lihat memang menyakitkan mata. Aduhai… rasionalnya negara kita memang mengamalkan demokrasi. Dalam konteks lain ialah bermonolog melalui saluran undang-undang yang betul bukan membabi buta. Tidakkan tuan-tuan sedia maklum bahawa kita mempunyai sistem pilihanraya.. ya 4 tahun sekali tuan puan… pada masa itu kiranya bebaslah kita untuk menyuarakan pendapat so takda la orang heran sangat time tu tengah berkempen kan. Ni yang nampak sangat kerja duduk nak demonstrasi pantang.. ye saya tak nafikan tu la pantang orang melayu nak tunjuk power.. maklumlah anak cucu Hang Tuah la katakan.


So apakah relevan pilihanraya diadakan untuk rakyat memilih mana-mana individu yang disukai. Jika mereka ini tidak berpuas hati dengan apa sahaja benda yang tidak disukai. Kalau tempiak melolong memekik sampai menyusahkan dan menakutkan orang lain adalah tidak manis dipandang oleh orang luar. Pandangan rakan-rakan saya yang turut berada disana pada waktu itu dari perkhabarannya mereka ini semua tak ubah seperti lembu yang ditebuk lubang di hidung dan diusung.. apa sahaja cakap kepala ikut.. melalak melalak lah mereka.. sampai ada juga yang pengsan tak makan semata nak ikut berarak. Kan lebih bagus saudara saudara semua yang ikut tu duduk umah gi solat subuh tu balik umah sarapan dengan keluarga. Ini tidak orang nak cari rezeki pun susah. Tak dinafikan juga ada juga kakitangan kerajaan yang turut serta dalam demonstrasi tersebut.


So itu baru dalam Malaysia sahaja yang diaorang ni nampak. Otak tiada ke berfikir akan kesan ke atas dunia luar???. Berfikiran kampong tak kira anti ISA ataupun Pro ISA ke mereka semua ni kategori otak kampung. Tu lah apabila jadi hanya fikir dalam negara sahaja. Anda tidak berfikirkah dalam negara ASEAN sendiri negara manakah yang aman.. Ada satu je tuan-tuan yang aman. Yang lain semua huru hara termasuklah korang mamat perosak nih. (YE SAYA TAU MELAYU NI PANTANG KENA TEGUR TELINGA KUALI) so benda yang korang wat ni kan kan tak secara langsung bagi negara yang satu tu kelebihan. Dalam surat khabar seluruh dunia bangga la muka korang terkenalkan kat CNN, BBC, Blomberg waaa popular tul korang wat muke ala ala black metal yewh. Korang tau tak kat surat khabar luar negara menyatakan bahawa Malaysia bukan negara yang selamat untuk dikunjungi. Woiii makin bankrap la Malaysia. Yang teruk anak cucu korang nanti. Korang masuk kubur nanti tak fikir pape dah.


Berkata mengenai human rights juga adalah satu perkara lagi. Apabila anda semua berkumpul untuk atas nama kemanusiaan itu hanyalah untuk anda. Tetapi anda terfikir jugakah bahawa anda juga menganggu human rights orang lain yang hendak pergi shoping? Nak ke klinik? Nak melantak? Nak dating? Mereka yang terjejas ni pun leh buat demonstrasi ada hak kemanusiaan untuk halang kowang. Berkenaan dengan tindakkan polis memang berada di landasan betul. Dah nama perhimpunan haram. Tak kira samada mana-mana kaum anjur kalau tak dapat permit dalam buku undang-undang juga menyatakan bahawa Polis berhak mengambil tindakan yang perlu bagi menjaga keaamanan. Nak gi lah cari kawasan lapang ke stadium ke mintak duduk dalam tu korang bertempik la nak bogel ke hape ke lantak. Ini tidak pagi pagi buta dah melalak menempik.


So skarang ni aku yang duk obersea ni naik nyampah dengan sikap orang zaman skarang kat Malaysia. Sampai tempias kami ni nak menjawab. Kalaulah balik Malaysia aku cam sorang sorang yang gi protes tu mau kami warga Malaysia kat luar negara ni sepak sekor sekor. Menyusahkan dan memalukan bak sifat orang jakun. Sorry to say aku tak berminat mana mana parti politik dan ini adalah pemikiran bebas and kalau siapa terasa tu maka andalah orangnya. Lain kali nak wat demonstari kea pa ke make sure korang dah ada duit yang banyak (KEPADA PENGANJUR) untuk membayar ganti rugi kepada mereka yang lost pada hari tersebut. Kalau cam tu boleh korang wat takda hal nak bogel ke nak ape ke masa demonstasi. Kepada yang mengalami kerugian tu sila saman penganjur tak kira pihak yang menyokong ISA atau ANTI ISA. Silakan tuntut human rights anda juga.


AKU TAK SUKA MALAYSIA TAK AMAN… CAM TAKDA UNDANG-UNDANG TUNGGU LA PILIHANRAYA KUARKAN LA PE KORANG NAK LUAH…….. JANGAN TIAP TIAP HARI NAK WAT KECOH... BENGONG!!!!


Pendapat Sendiri: Significan Melepaskan Pulang Pelajar dari IPTA / IPTS yang terkena H1N1


Salam.. Hari ni pakchu nak wat sessi perbincangan mengenai wabak H1N1 seperti mana yang didengar khabar sedang merebak dengan teruk di Malaysia. Berhubung satu pendapat di mana apakah keteorian penyakit yang berjangkit seperti ini adakah bagus dikuarantin atau pun lebih baik dilepaskan seseronok itu sahaja. Apabila bercakap mengenai pendamik ini bermaksud wabak ini sangat mudah untuk merebak yang membawa kepada keluasan mangsa-mangsa yang berpotensi untuk dijangkiti virus ini.

Bak kata orang skarang ni musim orang cuti.. ada H1N1 kat situ abis satu tempat kene tutup terus la balik.. so perbincangan kita pada masa ini ialah signifikan memberi mereka yang berpotensi untuk menyebarkan jangkitan (walaupun tak kena lagi) pulang ke rumah masing-masing untuk dikuarantin di rumah. (APA KEJADAHNYA SEMUA INI) hihi.. huuh ye la buang tebiat kan kata nak mengelak dari wabak ini berjangkit seluasnya.
Bukankah lebih elok sekiranya semua pelajar dimana tempat yang terkena ini dikuarantin.

Mana lah kita tau kan kalau kalau ada sorang dua terlepas tapi takda tanda lagi H1N1 ni keluar balik ke kampung tak ke menda ni dah merebak kat keluarga dia lak.. pastu tak pasal kena lak menda ni kat rumah.. dah kena kuarantin satu rumah.. dah kena satu rumah pulak dah ahli keluarga tu pergi la kepasar ke ke kedai kopi ke ke mana mana ke.. lagi satu hal satu kampung merebak lak.. pastu orang orang kampung yang kat situ lak pegi la jengah sedara mara dia lak ke kawan kawan ke gi outstation kena lak H1N1 dah makin merebak gile menda ni.. So apa significan memberi pelajar-pelajar yang berpotensi membawa virus ini pulang ke kampung?


Tidakkan lebih selamat lagi jika mereka ini dikuarantin kan dahulu di dalam kampus dan diberi cuti serta kementerian support la makan minum diaorang dulu.. jika dibiarkan mereka keluar pulang ke kampung ada la pulak yang naik bas, keretapi, basikal, kapal terbang atau ada gak yang merewang tak balik umah pegi lak merayap and secara tak langsung yang pembawa tersebut yang tak ada tanda agi tu dah menyebarkan virus tersebut.

So kepada pihak yang bertanggungjawab dalam hal ni fikir masak masak.. jika tidak masakan macam mana tak jadi makin teruk.. cuba siasat betul betul kes kes yang berlaku kat luar yang sampai hari ni telah meragut 4 nyawa.. tak caya nengok la relate nye dekat ngan kes kes budak yang belajar ni.. sampai bile ada kes nak siasat je kejenya... work a best way to prevent it coz vaksin takda lagi.. kita kena la mencegah... so nak mencegah ni kuarantin.. kita mampu mengubahnya..

Lagu Seorang Pembunuh...

Emm ni pak chu amik dari tiub ko (you tube) hehe lagu ni lagu cinta tiga segi di saat mamat tu nak bunuh kekasih dia.. apa kena mengena lagu ni ngan aku .. takda pe pown hihihih saje je letak lagu ni.. kowang dengar la.. dia cite saat saat nak bunoh kekasih dia..



so kalau kowang ada kekasih yang tak sayang ke nak reject ke apa ke amik tips dari lagu nih yewh.. sebarang implikasi mental dan fizikal yang dialami dari lagu ini Pak Chu tak tangongg.. mandai kowang ar sendirik tauuuu...

Lupe lak nanti pakchu hapdate tau... banyak cite but minggu ni pakchu nak gi Qatar so kalau ada kawan kawan kat Qatar tu bagi tau ar.. Maybe pakchu singgah Doha dulu eh kalau ada sesedara yang duk sana bitaw arrrr.. hihi..

So anyway nanti pakchu hapdate dari Qatar hihihih so Qatar tunggu aku datang padamoooo!!!!

Tahniah to My Bos ops now Dato'

From BERNAMA news hihi gua cilok maklum ar tak dapat nengok bos amik pingat hihi.

10 Julai, 2009 20:52 PM

PM Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran TYT Pulau Pinang

PULAU PINANG, 10 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mendahului senarai 793 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-71, esok.

Perdana Menteri akan dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Tiga orang akan menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri manakala tujuh orang Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) dan 39 orang Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang masing-masing membawa gelaran Datuk.

Menurut senarai yang dikeluarkan Bahagian Dewan Undangan Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini, tiga orang yang menerima DGPN ialah Gabenor Sumatera Utara, Syamsul Arifin SE (Kehormat); Pengerusi Jawatankuasa Am Rumah Orang Tua Jubli Perak, Datuk Khoo Keat Hye dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Tujuh orang menerima DMPN ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain; Pengerusi Eksekutif lapan buah syarikat, Datuk Abdullah Sani Abdul Karim; Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob; Hakim Mahkamah Tinggi John Louis Ohara; Panglima II Divisyen, Mej Jen Datuk Md Noor Daud; Ketua Pengarah Kumpulan RA Datuk R. Arunasalam dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman.

Penerima DSPN ialah pelopor bidang teknologi satelit di Malaysia, Prof Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad; Pengarah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) Ir Ang Choo Hong; Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Ariffin Awang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Melaka Azizan Hamid; bekas pengerusi Jawatankuasa Kempen Bahasa Malaysia bagi Sekolah Rendah Kebangsaan Cina dan Tamil, Chan Hon Kwong; Penasihat Kanan Urusan Macquarie Bank, Chong Choong Leong.

Pengarah Urusan Taman Sungai Ara Development Sdn Bhd, Chuah Thean Seng; anggota Lembaga Rayuan Negeri, Prof Dr Eric Goh Kok Hoe; Penasihat Undang-undang Negeri, Faiza Zulkifli; Pegawai Kewangan Negeri, Farizan Darus; Pengerusi Pengurusan Lembaga Pengarah B. Barun; Prof Dr H.C.L Udwig Georg Braun (Kehormat); Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Leader, H'ng Chuan Hsiang; pemilik Kilang Metal Roofing, Khor Lee Nam.

Usahawan dalam bidang pembinaan, Lim Chin Leng; penyanyi kumpulan Alleycats mendiang A. Loganathan; bekas guru Institut St Xavier Pulau Pinang, Louis John Michael Jacques; tokoh budaya, Allahyarham Mohd Bahroodin Ahmad; Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman; Pengarah Urusan Pembinaan Daya Tekad Sdn Bhd, Mohd Nadzir Mansor; Setiausaha Panel Dakwah Majlis Perunding Islam Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Muhammad Yusoff Wazir; pemilik UWC Holdings Sdn Bhd, Ng Chai Eng; Ketua Pengarah Biro bantuan Guaman Malaysia, Nik Hasmat Nik Mohamad; bekas pengetua Sek Men St Xavier Pulau Pinang, Paul Ho Kok Chee; ahli peniagaan, Peh Weng Khim; Setiausaha Kehormat Liga Muslim Pulau Pinang, Sulaiman Hajah Mydin; dermawan M. Suppiah; arkitek Syed Ahmad Fauzi Syed Nooh; Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Prof Madya Syed Omar Syed Mohamad Al Saggaf; Presiden Kumpulan Syarikat Tan Gee Beng (TGB), Tan Cheng Chow @ Tan Gee Beng.

Ahli Perniagaan, Tang Chong Hock; ahli perniagaan Teh King Them; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Teh Lei Choo; bekas ahli politik, Teoh Chung Hor @ Teoh Kooi Sneah; Pengarah Eksekutif Setiakawan Kilang Sawit Sdn Bhd Teow Peng Hee; Pengerusi Panel Penasihat Ekonomi Antarabangsa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof Woo Wing Thye; Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa; Ketua Cawangan Risik 4, Brig Jen Datuk Paduka Mat Rashid Ashaari dan Pakar Pergigian Angkatan Tentera, Brig Jen Dr Roshidah Ishak.

Selain darjah kebesaran itu, 69 orang menerima Darjah Johan Negeri (DJN), 23 orang Bintang Cemerlang Negeri (BCN); 123 orang Pingat Kelakuan Terpuji (PKT); 307 orang Pingat Jasa Kebaktian (PJK); 155 orang Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan 66 orang Pingat Bakti Setia (PBS).

Antara yang menerima DJN ialah Hakim Mahkamah Sesyen Georgetown, Hadhariah Syed Ismail dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Dr Mohamed Shah Hussin Shah manakala Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Zulkifli Alias merupakan antara penerima BCN.

Kesemua penerima anugerah itu akan menerima pingat masing-masing secara berperingkat pada istiadat penganugerahan yang akan berlangsung di Dewan Sri Pinang di sini pada esok, Isnin dan Selasa ini.

-- BERNAMA

so congrate to my bos ops Dato' hihi terpaksa aku rahsiakan dari semua orang sebelum 11 hb hari tu hihi so aku telah berjaya menyimpan rahsia ini sampailah diperkenankan dengan rasminya ahahaha.. kepada siapa yang gelabah tepon aku tak tau menda ni sorry la saya ni penyimpan rahsia hihi so menda pasal bos saya semua takda bocor hang gerudi cam ne pun takda la aku nak bitaw sampai ar bos aku suh bagi tau ada faham.....

"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"

Im in the Rank of 94 most top Famous Malaysian blogger


Pencapaian UPSR tahap lapan yang berjaya dicapai

Ehehe hari ni pakchu saja gatal gatal nak nengok rank kat Malaysian Most top 100 Blogger tup tup pakchu dah rank 94 yehaaa best tul... Yallah Yallah Karban here i go!!!

So untuk semua yang menyokong thanks manyak manyak.. so InsyaAllah pakchu terus la update cuma skarang tak banyak isu sangat la.. kalau ada pape pelik nanti pakchu masukkan la dalam ni. Emm wah tak sabar wooo nak balik mesia.. rindu mesia ku....

What ever aku still baca lagi blog blog korang tak kurang juga yang aku terjah blog diaorang hihi.. ok want to chow.. minum teh.. dahage lak weh.. musim panas yang meletihkan so harap harap musim sejuk akan datang terpower terbaik dari ladang... huhu rindu gile musim sejuk...







Terkini : Syarikat Penerbangan Seluruh Dunia Sepakat Guna Slogan Baru


Heheh aku belek belek surat khabar jumpe lak menda ni ahahah gelak sorang aku pagi pagi bute..

Mengikut kata persatuan kapal terbang seluruh dunia telah mengadakan perjumpaan tergembar hari minggu lepas di restoran nasi kandar jalan 8 stroke 13 bersepakat dengan motto bersepakat mereka iaitu

NOW *** ARE FLYING!!!

So dengan ini korang naik kapal terbang tu tak bersemanusiaan la kerana menda ni pun dah leh terbang merata dunia hihi

Saje wat lawak bodo pagi pagi bute ni ahahahah chow

Entry tajuk gile panjang: Jam Puaka telah memisterikan aku pada hari hari yang kelam..Puih!!!

Pada suatu hari.... pakchu telah mengalami kejadian yang boleh tahan puakanya.. huhu just sekadar berkongsi pengalaman pakchu mana tau korang ada mengalami benda yang sama an an an.. nilah yang terjadi pada pakchu.. sebab tu pakchu tak berdaya nak update blog (alasan) disebabkan peristiwa ini... so bacalah pengalaman pakchu pada hari tersebut.. keutarakan lah pendapat anda di blog ini bagi pakchu mencari persoalannya... salam puaka....warghhhhhhh (blood everywhere with smoke)...teruskan membaca hingga keahirnya tulisan ini kerana ia pasti akan berlaku kepada anda...


antara penyokong jam puaka...

Pada satu petang.. kira kira 3 hari lepas dari tarikh ini pakchu baru saja pulang dari kerja.. Pada petang itu pakchu merasa tidak sedap hati pulang ke rumah.. uiii tahu je lah perjalanan dari pejabat kerumah dalam keadaan panas walaupun aircond kereta difullkan tetap suam suam kuku udara yang keluar.. tapi takpe aku beranikan diri juga untuk pulang ke rumah pada hari itu dalam suasana gundah gulana..

Sampai saja aku di pintu besar nak masuk kerumah kelihatan sekawanan pok guard.. (Security) melambaikan tangan mengalukan kepulangan aku.. tapi sorry ar aku takda pape nak bagi hari ni (slalu ada ar aku tapau nasik ke apa ke untuk diaorang). Lalu mereka hanya melemparkan senyuman yang tawar berikutan tiada hasil dapat aku bawa pulang untuk mereka.. kesian... broommm dengan waktu yang sama manager hari itu turut melambaikan tangannya kepadaku.. ku balas semua itu dengan senyuman jua... tanpa ku sedari ku semakin hampir dengan rumahku.. adeh.. takut gile seh.. nape hati tak sedap nih .. cheh..

Setelah mengikuti rutin mematikan enjin kereta.. (gear pada P ok, tarik hand break, tutup sun roof {patut ar panas je tadi}, then mematikan aircond serta bunyi bunyi lagu aku pun mematikan suis kereta) adakah aku ready nak masuk umah ni adui.. takut bangat.. lalu dengan membaca Bismillahirohmanirahim aku gagahkan diri menekan suis alarm kereta dah langkah longlai ke dalam umah....

setibanya di pintu umah....


watak utama cerita ini... Jam yang sungguh puaka...

Aku keluarkan dari poket aku beberapa keping kunci (untuk kunci pakai keping ke).. aku belek belek lalu ku masukkan ke dalam lubang... kroookkk krookkk bunyinye.. wah luar biasa ni biasanya sruppp je bunyinya .. sah mesti ada pape dalam umah aku nih.. aduiii takot ar.. lalu kuputar putar kunci itu.. terasa sungguh ketat gile.. prap.. terbukalah pintu itu.. lalu ku masuk kedalam rumahku.. humm nampak macam takda pape.. aku berkata mungkin ni perasaan aku je.. ermm takpelah aku buka aircond lalu aku on la lap top aku cam biasa..releks tengok MTV Arabia... lama lama mata aku dah tak leh blah.. tetiba je aku rasa cam nak tido...

Lah pasal ni gile cepat gua ngantuk adui .. slalu rutin aku aku masak sampai umah ni tidak letih teramat sangat.. adui lagi tak sedap ati aku.. adakah setan sedang cuba untuk menghipnosis aku untuk kelembahnya.. aduiii tak mau tak mau tapi aku tewas juga.. pandangan ku kabur disebalik video clip lady gaga... mamamamama... terus pandangan ku gelap... and ketika itu aku terlupa membuka tirai curtain umah aku so keadaan sungguh gelap dan menyeramkan..

bermulalah cerita puaka jam kapal... (mukadimah je tadi tu)


Jam ini pun juga...

Brapppppp tetiba aku tersedar .. diulangi aku tersedar.. rasanya dah lama gile aku tidur nih...wah dah cuak kan korang an an an ... ha teruskan la baca.. lalu korang tengok gambar watak utama cerita ni .. tengok dulu .. weh tengok ar jam tu dulu... ha dah nengok bagus... satu perkataan terkeluar dari mulut pakchu "SIAL !! KOL 7 lebih mampos aku dah lambat gi kerja!!!" arghhh cam ne ni baju semua tak gosok sedangkan pada waktu itu aku sedang memakai lagi baju kerja.. arghhh takpe ar bukan orang perasan pun aku pakai baju smalam kan .. berlari gue ke dalam tandas.. basuh muke gosok gigi... adui lambat.. time tu aku tak perasan pape dah .. memang sah aku terlambat gi kerja nih.. adui yai bos aku mesti dah sampai ni habis aku cisss!! bedebah nye setannnnnnnnn tak abis abis menyesatkan umat manusia.. (kebencian aku terhadap setan membuak gile gile).

Aku dah peduli lalu aku kuar pakai tali leher yang aku cabut tadi... aku semburkan haruman CHROME AZARO yang dibeli oleh aku tempoh hari huhu (pomote wangi gile). Arghh suar kecik pun tak tukar adoi kantoi aku gi kerja nih weh .. takda gua tak peduli dah .. gua nekad..gile nekad beserta kebencian terhadap setannn yang menggoda.. huhu .. lalu aku pun tak sempat la nak sarapan so aku tak la buka pintu dapur.. coz dapur aku memang sesatunya tempat yang bercahaya terang ar coz takda curtain kan nama dah dapur.

Gua amik pe yang aku dapat terus aku capai... huh di dalam otak aku terfikir bos aku mesti dah tunggu dah ni dah takda masa aku tak tutup semua lampu aircond mahupun tv aku aku mesti segera ke tempat kerja..aku cakap kunci kereta hondaku.. lalu aku buka pintu... kreokkkk.. bunyi pintu.. aku melangkah kaki ku.. tetiba.. sial nape setan ni mainkan aku sampai macam ni skali sampai kat luar pun gelap gile.. aduiii sadis kali ni memang setan ni betul betul nak duga aku cisss.. tapi... tetiba je aku nak ke kereta aku terdengar bunyi azan.... haha aku gembira ni musti pertolongan untuk menghapuskan syaitan tersebut. Rasakan ko haha nak sesatkan aku konon cis..

Tapi aku rasa pelik tetiba.. eh biasa pagi pagi kereta aku mesti clean gile ni berhabuk. Emm takpe agi mungkin cleaner kete aku takut kot ngan fenomena ni.. dah aku start keter.. tetiba lalu ditepi aku sebijik lagi honda.. berhenti depan aku... argh tu jiran aku tu.. aku tengah warm up kereta time tu.. then jiran aku kuar dari kereta dia dari indonesia manager four seasons hotel lalu dia wat muke seram gak kat aku .. dia pun berkata "Pak Udah Malem baru sampei kerja ya pak".


Aku terkedu... aaaaaaaaaaaaaaaa INFLUENZA betul ... H1N1 .. adeh aku tersilap sangka yang jam telah berjaya menipu akooooooo argh cam ne .. malu seh malu aduiiii... mati mati aku ingat ni angkara setan rupanya aku telah mempersetankan diriku huhuhuh.. malu seh mujur tak sampai pintu security guard kalau tak sumpah mesti dia tanya "Sir you working night also ?" adoyai... NAPE LA JAM NI ADA 12 NO JE!!! LAIN KALI CIPTA JAM 24 NOMBOR SENANG AKU NENGOK !!!! so takda puakannye hahaha saje nak kongsi story uhuhuhuksss....kesimpulannya


Lain kali jangan tido petang petang.. pastu lain kali nengok jam tepon or jam yang mempunyai AM dan PM ok.. mujurlah aku terselamat dari pergi ke office.. aku ingat mati mati ar cam cita The Day The Earth Stood Still tu haha perasan!! lalu dengan muke dugong aku kembali ke dalam rumah hehe sekian.. wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...

Entry Arggggghhhhhhhh!!!

Eiiiiiiii.. arrrrrrrrrrrrrrrrrr... uuuuuuuuuuuuuuuu... cisssssssssss... puiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

Ugrhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!


Adoiiiiiiii

yaiiiiiiiiiiiiii!!!!

Tazmania devil sedang bertarung dengan tentera kertas di pejabatnya.. adakah beliau dapat menyetelkan tentera kertas yang semakin memenuhi biliknya.. atau pun perlukah dijual ke kedai kertas berhampiran... adeh pakchu semakin "Happy" dengan kehadiran kertas kertas ini ataupun leh juga dibuat jet kertas dan dibaling kepada sesiapa yang melintas di hadapan pintu ini.. Argghhhhh apa semua ni ... tolong tolong.. kawe bukan peniaga kertas..

Teryata kehadiran ini tidak dapat dibendung lagi.. kini terdapat anasir anasir jahat sedang berkeliaran di sekeliling ruang udara pakchu uiiii amma apppaaaa !!! curry curry papadam!! Teringin mengeluarkan perkataan ni haha !!!

ARGHHHHHH!!!! WAK LU!!!!

Huh lega sambung keje balik.. hehe korang tu dah dah ar baca aku dah puas hehe!!!!