MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52


Hummm teringat lagu dari Dr. Sam... saya anak Malaysia .. lama sungguh lagu tu tak dengar kan.. Kalau ikutkan tak terasa sangat bila di Malaysia tetapi bila dah ada di rantauan ni lagu lagu macam tu dah jadi macam lagu hari raya plak.. bile kedengaran bait "tempat orang indah sekali tapi Malaysia tetap di hati... Saya... anak Malaysia" yup tul tul terasa rindu dengan Malaysia..

Walaupun tahun ni takda la celebration sangat.. tu rasanya elok gak tu .. yang penting pengisian mengenai erti kemerdekaan itu sendiri yah.. Anak-anak muda pada zaman ini lebih menghayati kemerdekaan sebagai hari bergembira.. macam hari libur sahaja.. tetapi bagi mereka-mereka yang masih hidup di zaman penjajah.. hari tersebut bagi mereka amat bermakna.. disitulah bermulanya titik tolak kepada perubahan besar yang dapat kita lihat pada hari ini.

Teringat tiap tiap kali masa kemerdekaan masa di skolah dari form 1 sampai la form 5 memang pakchu akan menyertai perarakan hari kebangsaaan negeri .. waaa sonok macam macam ada best. Bukan pakchu jew.. Abah pakchu pun turut serta gak dalam perarakan.. Abah pakchu dulu dia servis dalam tentera.. Sebab Abah pakchu memang bahagian buat buat bom la.. coz dia memang dari Kor Jurutera Diraja (Pakar Bom) disitu specialize dia memang buat bom sonok gile kalau time raya abah buat bom tiruan main.. segak lama tak nengok abah pakai uniform tentera dia.. pastu tersemat lencana yang paling pakchu suka lambang UBIQUE dimana tu memang lencana pakar bom, periuk api dan peperangan nuklear... Bangga dengan Abah yang turut sama menentang saki baki komunis pada akhir 70 an masa itu.. Atuk pakchu juga Bekas COD Polis Kuantan dulu.. banyak kali fight dengan komunis.. Belah mak pakchu Atuk pun Bekas Tentera.. bab bab perang gerilla kalau dengar memang ngerila...

But skarang hope kerajaan boleh hargai jasa diaorang ni... pertahan dengan nyawa dioarang demi kita yang muda muda yang masih tak mengerti bagaimana mereka bersusah payah membawa keamanan di negara ini.. Tak kurang yang menjadi balu juga perlu dibantu.. tanpa mereka takda semuanya pada hari ni... kalau tak kita sendiri menjaga keamanan takkan kita dapat keamanan tersebut... orang luar takkan membantu kita untuk aman.. hanya kitalah sahaja yang tinggal untuk mempertahankan keamanan serta keharmonian yang kita ada ini untuk anak cucu kita akan datang....


MERDEKA!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

8 comments:

IxoR@ said...

Salam Kemerdekaan...

Merdeka tanahair ku....

Anonymous said...

apih.. balik le weiii..!!
aku merindui mu.. ahakssss..

NoRuLLiSzA eL FaRiSi said...

salam merdeka pakchu..
merdeka dr sgl segi.. insAllah

Lina said...

slmt ari merdeka Pak Chu...

Pak Chu Car (Apih) said...

salam kemerdekaan juga ixora :)

Pak Chu Car (Apih) said...

haha pet aku merindui mu juga tingtong

Pak Chu Car (Apih) said...

lisza betul tu rohani mental dan fizikal smua kene merdeka baru best

Pak Chu Car (Apih) said...

lina selamat hari merdeka :)