Goodbye Mr. Perantau Timur Tengah

Tuesday, December 29, 2009


Sepotong kek buat tatapan Encik PTT


23 Disember 2009 yang lalu opis pakchu telah kehilangan sorang lagi pegawai, rakan karib, rakan mengumpat, rakan gosip, rakan sudut menempah maut (sila rujuk post sebelumnnya) tak lain tak bukan Encik PTT (Perantau Timur Tengah) yang dah tamat tugas kat sini ... so kiranya dia berada sini dekat 2 tahun.. So to PTT sila la nengok gambar makan hari tu eh.. malas nak upload gambar En PTT manyak manyak karang ada yang emo lak tak makan 5 hari hihi. so hari tu gak ada harijadi baby zahrah yang ke setahun...


Baby zahrah tak abis abis makan je dan mood terlalu gumbira hendak meninggalkan Arab Saudi niwh.. ingat u lahir kat sini tau...


To encik PTT haha.. jangan kamo rindukan lagi ayam ayam yang lazat ini kerana pastinya kadar kolestrol akan kembali tinggi.


Kek lagi la Encik PTT




Fresh Strawberry from saudi ahaks buah plum pun adew slurpppp


So ini je la termampu buat meraikan Encik PTT.. kami semua takkan lupa jasa serta tenaga yang dicurahkan semasa berkhidmat di sini.. so masa depan kamu lagi cerah agiw dong.. terus terus saja usaha yok.. ahaks anyway good luck pada anda.. kami semua merasa kehilangan Encik PTT di bumi sendiri.. jangan bimbang pasal CRV kerana kami pasti akan menggunakannya ahahahah :D so satu dunia sedang baca cerita perpisahan ini huk huk.. anyway dont forget my hadiah..

This is what i like about kampung @ Village

Wednesday, December 16, 2009

Hehe kowang tau tau je lakan pakchu memang suka alam semulajadi.. memang tak abis jumpe port menarik je pakchu gatal tangan nak tangkap pic.. pagi pagi agiw dah mengendap belakang umah cari port tangkap gambar.. so everybody i present to you the nature belakang umah kampongs ahaks



To mat salleh, this is the heart of pisang, Mat Salleh : Errr what is pisang... Me: Banana sir ahaks


Rumput semak pun jadik.. ada potential kat saudi ni bagi makan kambing

Pokok hati hati... this is be carefull tree ahahahaha

Pokok pewni yewh main sebat je tangkap gambar

Damm missed so much the enviroment.. so so so... huhuhuhuhu

Nature is the best... and currently im home sick rite now..

apapun Malaysia is the best of Alls... syukur kepada Allah kerana saya dilahirkan di negara yang penuh dengan keindahan dan macam macam ada ... and proudly to be a Malaysian itself

Takraw Tournement Asean Games 10 December 2009, Embassy of Malaysia, Riyadh, KSA

Sunday, December 13, 2009

Huh wat menda la orang orang ni melompat yewh.. hihi... aaa 10 Disember yang lepas berlangsungnya perlawanan terakhir Sukan antara Kedutaan-Kedutaan ASEAN bagi tahun 2009. Tak lain tak bukan ni la sepak takraw.. huhu dengan suhu pagi sekitar 14 dan 15 celcius adoiyai kejang gak urat alteri nak main pagi tuwh.. so pakchu jadi simpanan la hari tu coz almaklumlah jurukamera rasmi semua kejohanan hihi.. so ni 00000.0006 % gambar yang pakchu tangkap hari tu...


Abang bob sedang dalam keyakinan memasukkan bola ke gawang lawan.. err masuk tuw.. kagum den...

Semuanya dalam tekanan mencari point memandangkan semuanya average joe huhuhu... tengah mikir cam ne nak bagi bola masuk tuw hikhik

Yezzaa bola dari Khairul menuju terus ke Pengiran Irman haha

Fewit gambar team Malaysia bersama Duta-Duta Besar dan CDA a.i kedutaan-kedutaan ASEAN.. gaya mau ada hik hik kalah menang blakang citew

Jelas terdapat sinar kekecewaan disitu huhu sabar la bang at least dapat no 4 heheheh.. so papepun tahniah kat semua yang masuk bertanding terutama skali kat team kita Malaysia yang bleh tahan melawan marah dan kecewa.

Sejenak merenung Putrajaya...

Monday, December 7, 2009

Hehe Salam semua... today takda la manyak menda nak buat kat opis lah.. saje saje je duduk coz tengah preparation wat tournament sepak takraw.. so pakchu gatal gatal la ngedit dari smalam la gambar-gambar pakchu tangkap di Malaysia masa bercuti hari tu .. so hari ni ada segelumit gambar daripada Putrajaya area Masjid Putrajaya.. Situ kan popular orang tangkap gambar kahwin haha.. so pakchu sediakan sket sket gambar agiw..


Menara Speaker Masjid Putra...



Masjid Sultan Mizan yang baru di Putrajaya



Sisiput pemandangan di Dataran hummm tomey eheheheh


Pemandangan dari Dataran Masjid


Kubah Masjid yang Chantek

Hehe sekian sahaja untuk keluaran kali ini semoga kita berjumpa agiw di siaran yang lain.. ada kejew lak tetiba huhuhu.. chows... semoga kalian sihat semua gumbira...

Cerita Tentang Api...

Sunday, December 6, 2009

Wohoho wassup bro dan bra huhu.. sowy lor pakchu baru ada masa nak hapdate sket.. maklumlah hambe telah balik bercuti di Malaysia sejak sekian lamanya.. hehe so ada la manyak gambar pakchu tangkap kat mesia.. nanti slow slow pakchu hapdate kan..sorry sangat lama menyepi bukan nyampah kat korang yeh. So next citer pasal tangkap gambar api.. huhu.

Kecik-Kecik jadi kawan, suda besar jadi lawan... Api sering dikaitkan dengan bendalah yang tak elok.. hoho cam api neraka.. dendam... semut api tak masuk keh.. emm so hari tu tengah my Bonda tengah bakar tempurung sompat la jugak aku amik sepam dua gambar uhuhu so nengok le dua tiga keping ni dulu huhu


Api Api oh api



Api Agiws...sonok nengok time gambar dia mengibarkan kepanasannyew.. cheh

So gambar api ni semua ni suh bakar sawang dalam blog ni huhu.. so aku hapdate ar niw.. kepada caci maki yang aku terima dari kengkawan hahaha sebab lama nyepi aku mintak mahap eh.. dari jalan sentul ke jalan liku bangsar tau.. anyway dah winter sini sujuk sikit la.. huhu and panas panas upenye aku demam hari niw.. soure tak kuor.

52nd Merdeka Day of Malaysia Celebration - Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia

Thursday, September 10, 2009

Hehe hari ni pakchu free sket so pakchu masukkan gambar-gambar sket la pakchu tangkap semasa sambutan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 52.. cam biasa pakchu tangkap gambar la hehe.. so some few sket sket pakchu letakkan dalam ni eh.. so cuci cuci la mata mu huk huk

Al Kisahnya maka tersebut la kisah satu keluarga di Kedutaan Besar Malaysia, Riyadh yang sedang meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 yang kebetulan jatuh pada bulan puasa.. gambar-gambar yang di paparkan tidak ada kena mengena ngan yang sedang berpuasa ok.. sambutan bermula dari pukul 9 Malam iaitu selepas terawih bagi kawasan Arab Saudi sehingga kul 11 Malam..


Ehehe ni adalah gambar Tok Kadi, Pengantin dan Saksi pada hari tersebut hihi


Aaa thanks to akak-akan ni semua bergambar dengan TYT Dato' Duta Besar.. semua sedap ada karipap ada mee goreng.. ada sate.. huhu gile manyak gak aku cekik sate hari tu ahahahah :) sambil nangkap gambar perut kene diisi tul tak kengkawan...


Tunku Abdul Rahman (acah je) hehehe ni orang-orang dari Kedutaan Brunei yang tengah tu jangan korang ingat Tunku yeh takda kene mengena dengan hari ini.


Some of Diplomats yang datang pada hari tersebut... semua sedang mengambil pinggan dan kelihatan sorang abang tu control gile time aku ngambik gambar tak caya ko fokuskan kat mata orang tersebut (pandai la korang cari hihi) time ni semua tak tunggu perut dah lapar nunggu VVIP sampai hihih..


Aaa nengok muke VVIP kita pada hari ni makan sate .. kalau sape diaorang ni penah gi Malaysia nampak gaya 7, 8 kali la diaorang datang ke tempat yang sama pura-pura tak penah datang hihihi.. peh tu sambar 7 ketul 8 ketul skali huhu weh aku pun nak makan gak ...


Burung Ais hihihih comel lak nangkap menda ni walaupun dari jauh tak berapa comel la.. coz dah mule mencair nunggu tetamu VVIP datang...

Hehe takkan gambar orang lain kan gambar aku pun kena amik gak.. hihi baju melayu tu aku tempah kat Arab Saudi tau.. sini leh buat baju melayu hihi.. berpeluh kot tukang jahit nak buat baju nih ahaks..


Sila abaikan pakcik ini kerana dia sedang weng sekali!!!


So papepun majlis selamat diadakan pada hari tersebut.. some of Malaysians juga hadir pada hari tersebut..what ever makanan malaysia kita memang sold out.. bayangkan orang putih makan mee sup pedas orang afrika makan sate.. orang india makan mee goreng.. orang jepun makan karipap.. adeh licin.. tak sempat pakchu nak tapow...


huhuh dah dah just pakchu counting days to going back for vacation to Malaysia.. nanti pada kawan kawan yang ada tu releks tunggu pakchu balik kita jumpe .. hehehe pada budak budak cameraman sekalian tunggu aku balik :) nanti kita shoot satu Malaysia wokey :)


Musim Kurma Datang Lagi!!!

Friday, September 4, 2009


Pokok Kurma sedang masak ranum...

Salam... huhuhu.. sonok skarang nengok kurma tengah masak ranum.. leh dipetik dan dimakan begitu sahaja tetapi dengan syarat di waktu malam kerana telah masuknya bulan ramadhan heheh :) so pakchu masuk pokok kurma kat office pakchu ahaks.. sama sama tonton yah !!!



Emm time nak masak kurma ni akan ada satu angin panas datang dalam seminggu dua la.. memang tiap kali kurma nak masak angin panas ni akan datang .. digelar angin neraka oleh penduduk tempatan disini.. kalau takda angin ni kurma takkan masak .. masa tu cuaca akan bertukar 45 hinggi 54 darjah celcius.. fuh paneh gile.. tapi sebab tu la kurma tidak boleh ditanam di tempat lain kecuali di Arab Saudi.. kalau tanam dari China ke apa ke mesti kureng rasa dia sebab tak kena angin neraka nih.


Macam biasa la pakchu amik dua tiga tangkai bawak balik berbuka yang separuh masak.. korang dah try kan yang separuh masak kan best kan .. ada rangup ada lembut.. ada kelat sket.. waa sodap wa cakap sama lu.. kat mesia kena beli kat sini petik je dari pokok hihihi :)

"TAMBAHKAN IBADAT DI SEPULUH MALAM TERAKHIR SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT BERKAT DARINYA"

gifninja.com Create custom animated gifs at gifninja.com!