MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

lepas je ujan......

Huhu kengkawan sahabat... toce toce kerana memberi peringatan suh update blog aku kepada CIk Ixora ngan Cik Angah yang tak henti henti mintak update ahaks.. yer la yer la aku akur ngan permintaan kowang.. hu.. ari tu aku tangkap gambar time ujan kan.. ni aku post plak gambar lepas je ujan.. ngah bumi basah basah lor.. so terimalah dari pakchu pokok lepas ujan.. (uh cam skema je ayat aku) kowang nengok je la sendirik.. haha!!


Bunge lenjan not bunga cinta lestary ahaks

Ermm jangan tak caya kat Arab Saudi ni takda bunga kertas.. ada tu.. but musim macam ni ada la bunge nanti musim dah panas gile haa takkan bunge adanya kat sini.. Hari ni je suhu yang dicatatkan ialah 41 Darjah Celcius.. fuh panas seh.. gilo nye nak kuar rasa cam dalam oven dah.. mandi rasa air kena masak .. uuuu dah musim panas upenye.. takpe ar at least jimat duit lektrik nak masak air panas.. buka paip je dah masak air.

Taman taman astakona...

Hoho gua amik plak gambar celah celah pokok.. ye ar aku kat Malaysia memang antu ujan.. orang tak main ujan aku main.. lagipun sini hujan leh kira ngan jari sebelah je.. so main la puas puas ujan.. Uuu kan best hari hari macam ni kat sini.. Kowang kat Malaysia doksah ar merungut ujan manyak ke apa.. hargailah hujan tau..

Terjulur lagik..

Tah i have no idea for what this is.. main sebat je aku nangkap.. keh keh orang pun naik heran nengok aku duk snap celah pokok la apa.. Uuu tak sabarnya nak balik raya ni.. nak pakai songkok senget cam upin ngan ipin.. pastu pow makcik pakcik aku duit raya (huh agak agak tahun ni diaorang nak bagi ke kat aku??) kepada sesiapa yang berminat menyumbang duit raya bolehlah berbuat demikian dengan mentranferkan sumbangan raya ke akaun maybank saya ahaha! bantulah insan ini gembira di hari raya..

Daun daun kebasahan...

Fakta: Memandang benda yang hijau dapat membantu memulihkan penglihatan kita, so korang yang kuat la nengok kaler seperti biru ataupu kaler terang yeh...


To Apek: Ni bukan kobis maaa...

Haha ni bukan kobis ke sayur ke ni bunge gak.. not sure la leh makan ke tak.. dia memang tumbuh cam ni..

hehe semoga kawan kawan yang mendorong jari jari ini menaip sesuatu setelah carta blogku berada di tangga terbawah list list blog korang so aku dah up sket baek punya.. so hari ni tak berapa sibuk sangat so leh ar amik sket masa update blog..

Kepada sesiapa yang tengah mengira telur ke awards ke ngan susun baju.. pindah umah baru.. ngah wat kajian sejarah.. ngah carik idea.. ngah periksa.. or tengah wat entry cintan cintan tu berusahalah.. aku sentiasa baca korang punye blog hehe.. so kawan kawan teruskan ganggu hidupku ahaks...

WAKATA GABANESE SANYO NOKIA ICHI SAMURAI SUSHI .... FUJITSU
(translate: semoga korang sihat slalu.. betol...)

Ziarah ke Tanah Haram Madinah Al-Munawarah

Salam semua.. seperti yang aku janjikan aku letak lah sket gambar ketika berkesempatan di Madinah hari tu.. Nak ikutkan perancangan aku nak pergi ziarah di Madinah bulan 6 ni tapi Allah bagi aku peluang untuk berada awal disini.. so kawan-kawan mari kita View Madinah yeh..



Kenangan Pak Chu di Madinah...

Emm masa ni muke pakcu letih .. tak cukup rest.. lepas pengecaman jenazah tu aku ngan duta pergi ke sini untuk solat zohor jemaah.. Masa ni tangkap la sket sket.. takpa untuk amal jariah kita tinggalkan nikmat berehat..


Masjid Nabawi selepas solat Maghrib

Emmm yang ni selepas solat maghrib ramai sangat jemaah yang datang musim ni.. memang padat sampai kan keluar orang solat.. Banyakkan umat Islam... Tapi nape kita tak bersatu? di Malaysia pun sama nape melayu yang Islam banyak berpecah belah.. ermm sedihnya..


Ruang Solat Imam Masjid Nabawi..

Uuuu ni masa pakchu dapat saf di hadapan betul betul kat raudah dengan makam Nabi Muhammad S.A.W. Aku sempat tangkap secara snap macam ni je.. untuk tatapan sahabat semua.. semoga nanti saudara semua dapat peluang untuk kesini.. aku doakan amin... selepas tu aku ziarah makam Nabi Muhammad dengan sahabatnya.. Tak dapat tangkap gambar makam coz time tu berasak sangat tak sempat nak kuarkan kamera..


Pintu Lama Masjid Nabawi

Pintu ni masih lagi dikekalkan terletak di tengah-tengah Masjid Nabawi.. Yang ni pintu yang asal masjid ni iaitu pembinaan kedua.. ada tiga part dalam Masjid ini yang pertama yang masjid asal.. yang kedua second build dan yang terbaru bahagian ketiga yang ditambah oleh kerana tak mampu menampung umat Islam yang datang ke sini.. Walaupun memang besar sangat masjid ni tetapi time solat memang penuh sampai keluar..


Pandangan depan pintu masuk Masjid Nabawi

Emm yang ni pandangan depan .. lepas solat Isyak aku amik ni.. masa ni aku dah letih sangat.. so balik ke hotel.. balik ke hotel hehe kuar balik tak tidur lagi.. pergi makan dulu dengan semua rakan-rakan dari Konsulat dan Tabung Haji.. Balik makan dalam kul 1 terus tidur and kul 4 bangun untuk solat subuh.. Duta Besar bangun awal time tu ... walaupun umur nya sudah 60 lebih tapi gagah lagi untuk ibadah.. beruntung aku dapat bos yang macam ni.. syukur.. kita yang muda ni pun liat nak bangun solat...


Di sisi pintu masjid Nabawi

Hehe rambut pakcu tak tumbuh lagi ar balik umrah tu .. so agak serabut sket ar hihi.. ermm takpe suh gak rahim tolong tangkap gambar kenangan depan masjid.. hehe time tu lak ada la jemaah yang nak entreprame.. so redha je la hihi.. orang lain siap jubah semua aku takda la berjubah lor.. banyak urusan lagi time tu nak selesaikan so pakai je apa ada..


Di Kawasan Mimbar dan Raudah..

Emm yang ni kat kawasan mimbar dan Raudah.. raudah ni kecil je tak besar sangat.. Raudah ni asalnya kawasan masjid Nabawi sewaktu dibina Rasullullah.. So jemaah yang berpeluang dapatlah solat di kawasan Raudah coz kawasannya tak besar.. Duta Besar banyak bagi penerangan kat aku sepanjang wat ziarah and banyak la nasihat yang dia bagi.. rasa seronok bila kami berhimpit dengan jemaah lain bersesak untuk ziarah makam Rasullullah..


Bahagian Ketiga Masjid Nabawi

Yang ni pintu masuk di Bahagian ketiga Masjid Nabawi.. aku slalu masuk ikut sini coz tak sesak sangat but then merayap cari tempat solat sampai la sedekat yang boleh di depan.. but Alhamdulillah Pak Chu dapat juga pergi saf hadapan solat.. syukur sangat...

Oooo dah dah Pak Chu 14 ni ada exam lar.. so korang doakan Pak Chu boleh jawab eh .. hehe aku nak study ni... huhu risaunya exam.. (exam kerajaan lar) bukan exam University wokey.. so pape nanti lepas exam pak chu update lagi eh untuk korang.. so take care semua.. pak chu doakan korang semua selamat dunia akhirat.. eh lupe plak sebelum stady kena bagi kucing kat luar makan.. hehe so kowang jaga diri.. jumpa lagi !!!

Jemaah umrah dan ziarah Malaysia kembali ke Rahmatullah... Al Fatihah

Salam... maaf ye pak chu tak dapat nak update blog.. aku nak inform pada pagi rabu lepas 8 April 2009 satu kemalangan telah berlaku melibatkan jemaah umrah dan ziarah kita dari Malaysia.. 4 jemaah kita telah syahid ke jalan Allah dimana telah kembali ke rahmatullah. Masing-masing 2 lelaki dan 2 wanita dari Malaysia.. manakala seorang jemaah ialah dari Indonesia.

Aku telah pergi ke Madinah bersama Duta Besar dan juga Saudara Rahim untuk sama-sama membantu menguruskan jenazah mereka.. Alhamdulillah selepas solat jumaat tadi urusan pengkembumian jenazah-jenazah telah selamat di sempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Baqi, Madinah Al Munawarah.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang bertungkus-lumus dalam menguruskan hal hal pengkebumian terutama kepada Encik Khair Bahari serta kakitangan dari Jeddah serta rakan-rakan dari Tabung Haji.


Mereka Syahid di jalan Allah...

Aku takda gambar sangat la masa tengah dalam urusan menguruskan jenazah.. next tentang Masjid Nabawi aku akan masuk lepas ni.. Ni gambar masa tengah dalam urusan untuk mengeluarkan jenazah mereka.. Selepas kami sampai pada pagi khamis aku dan yang lain datang ke sini untuk proses mengenalpasti jenazah dan pada pagi jumaat tadi membantu membawa jenazah mereka untuk dimandi dan dikafankan. Pengalaman yang terlalu indah bagi aku untuk selama aku berada di muka bumi ini.. Yang pasti kenangan indah ini akan aku simpan selamanya untuk renungan serta peringatan peribadi.


Dikesempatan berada di Kawasan
Tanah Perkuburan Islam Baqi, Madinah...

Syukur kepada Allah kerana memberi aku peluang untuk berada di Kawasan Tanah perkuburan ini.. tempat dimana sahabat-sahabat rasullullah dan insan terpilih dari Allah disemadikan... Kenangan terindah apabila aku dapat berada di dalam kawasan tersebut.. Walau apapun aku berdoa agar roh mereka semua ditempatkan dikalangan insan yang soleh.. Dan yang pasti insan terpilih yang diberi peluang untuk disemadikan di sini.. Kita harus insafi semua ini.. Semoga kita dilindungi dan dirahmati serta dipelihara Allah hendaknya..

Apapun rakan-rakan semua sama sama kita berdoa agar roh-roh mereka ini ditempatkan di dalam golongan beramal soleh... Kenangan indah ketika dibawa ke tanah perkuburan jenazah mereka ini disambut oleh ribuan jemaah yang mengerjakan solat jumaat disini... Dapat aku saksikan dimana terlalu cepat jenazah sampai ke tanah perkuburan dimana jemaah yang ada disitu berebut untuk membawa jenazah mereka ke tanah perkuburan... ribuan umat Islam mengiringi perjalanan mereka, alangkah bertuahnya mereka.. Itulah janji Allah kepada tetamunya yang istimewa akan diberi layanan yang teramat istimewa...

AL FATIHAH

My Hujan: Sonok ujan lagi!!!

Yes!! ujan datang lagi di Arab Saudi... Umm kali ni rahmatnya banyak kat bumi para nabi ni.. huhu manyak gambar aku amik tapi ni aku nunjuk time ujan dulu arr.. kalau post manyak nanti takda idea plak.. kowang pun tak datang blog aku hehe.. baru 2 hari aku tak update manyak lak yang tanya huhu.. cian kowang.. takpe ni aku post yang baru ...

Kalau kat Malaysia ujan bagi korang memang la tak heran siap mengeluh lagi .. tapi aku kalau ujan waaa sayer sangat suke.. suke suke suke.. coz aku suke main ujan.. so enjoy my new entry this time.. lepas ni aku bagi view lepas ujan hehe..



My Hujan: Bless from Allah...

Yups it is bless from Allah.. kalau kat sini tiap tiap kali solat jumaat mesti tok kadi eh silap tok imam akan baca doa minta hujan... mana mana masjid di sini memang dia akan minta hujan tiap kali berdoa.. tahun ni merupakan tahun dimana manyak ujan... u best sejuk.. dapat rasa air menitik kat muka... freshhhh...


My Hujan: Intro from Nature

Huuuu mesti la kena intro kalau nak ujan kan kalau tetiba ujan kira dah pelik kan.. Ermm masa ni ujan baru nak datang so aku kuar la cari snap masa ngah ngah petir kuat menyabung.. huhu gile ujan biasa la tak peduli dah petir ke apa ke... janji aku dapat tangkap pic and main ujan.



My Hujan: Here i comes...

Yes ... bestnya ujan dah turun.. aku pun turut main ujan.. uuu bestnya rindu hujan kat Malaysia.. terutamanya masa ujan masa kat hutan.. kalau gi camping masa tu best gile.. ujan datang pokok goyang... dahan jatuh.. bunyi menyeramkan (actually takut tahap banget)


My Hujan: Missed Malaysia so much...


Huhu tetiba lak aku jadi sentimentola... terhengat kat masa masa dulu.. wooo ujan la yang banyak secara fakta membuatkan kita ingat masa lampau.. kenangan aku ngan ujan pun manyak gak.. my living dari jatuh sampai bangun banyak kenangan ngan hujan.. bila ujan je kita akan termenung sambil ingatkan diri kita.. bila ujan juga bagi sesetengah orang mula la berfikiran kotor.. tak caya nengok kat opis korang.. wooo ujan ada la yang duk gatal...


My Hujan: What life begins..

Life... so untold and mystery... but di Arab Saudi ni ujan memang best tapi satu je tak best.. sini memang senang banjir.. coz tanah disini tak serap air.. so air akan bertakung lah jawabnya sampai kan jalan banjir... coz di Arab Saudi ni sistem perparitan memang takda.. skali ujan bah lah jawabnya.

Hehe dah dah jangan nak berangan lagi stop sini je.. aku pun lapar lak.. wat sedih je aku je hehe tapi kowang la yang datang melawat blog aku ni kawan kawan aku teman teman aku.. at least dengan korang baca and komen dapatlah aku sikit ubati kesunyiaan kat sini.. What ever korang memang best hehe and aku doakan korang semua gembira... sihat.. pehtu berjaya dalam hidup kowang eh..

Pagi yang gelap kini sudah terang, aku adikmu namum kau abang.. - Tah pape lagu ni..

My Kenduri: Kenduri Pelawat ke 1000 hehe!!

Hehe.. Buka peti dulu sebelum buat kenduri blog.. nengok ape nak masak untuk korang hehe.. nak jamu mata korang nih huhu.. selamat datang ke kenduri blog aku.. macih sokong sampai dapat 1000 yang pertama.. and ni aku masak untuk kowang hehe.. air tangan aku tau .. huhu slain tangkap gambar masak pun one my hobby coz sini takda restoran melayu..So buat pertama kalinya dalam bloggerians.. aku membuat kenduri blog yang petama dalam sejarah hehe..

THANKS SUDI LAWAT BLOG AKU... AND SIGN IN COMMENT TANDA KORANG MELAWAT KENDURI AKU!!!


My Kenduri: Thanks 1001 nights...


Hoho akhirnya malam tadi aku nunggu untuk stat ke 1000 tapi terlebih satu lak huhu.. takpe.. thanks korang so jom pegi dapur dulu nengok pe nak masak.. hehe ni aku masak tau .. kowang ingat lelaki tak leh masak eh .. hihi..



My Kenduri: My Ice Box...

Huh pe nak masak eh untuk kenduri blog kali ni hehe.. ooo tak pe i got idea.. meh ke bahagian seterusnya.. buka kuali panaskan dan masak lah .. maka jadilah hehe..



My Kenduri: Beef burger with salad


My kenduri: Homemade ayam panggangs...


Hoho ayam panggang dengan adunan serai.. bawang merah bawang putih... juga halia... plus black pepper.. fuh.. meh jemput mata anda cubit..



My Kenduri: Mee Mamak style Arab Mareeeee...

Uuuu mee goreng mamak.. walaupun aku bukan mamak tapi leh wat mee goreng serupa itu mamak.. waaaa dan sungguh best dengan isi ayam fresh and tomato..uiii shahdu.. dap dap dap jemput rasa mata. (dah nama kenduri blog kan)

My Kenduri: Ikan masak tomato from Riyadh...

Hehe one of my favorate.. masak tomato. tak kira ar daging ke ikan ke ayam ke tapi aku memang suka makan masak tomato.. and aku belajar dari mak aku.. Masa mula mula buat tah macam macam rasa tah ape.. tapi kali ni yes aku dah expert haha...


My Kenduri: Western Corner

Jemput la ke western corner.. hehe teringin nak makan west west sket. so aku masak untuk kenduri kali ni hihi... ermm ada blackpaper dengan sos thai mix with so black pepper.. aku memang kuat makan black pepper woo...



My Kenduri: Ulam Petai not sadiq siga raga

Haha sambil makan meh pekena petai yang dibawa fresh dari Malaysia oleh my friends... huhu gile a nak nangis makan petai ni.. tahan la seminggu makan stok member bawak dari malaysia tapi mujur ar aku duk umah sorang hehe takda kongsi.. so kongsi ngan korang la eh huhu.


My Kenduri: Ayam masak sambal..

Haaa meh amik nasik semua cedok cedok hehe .. aku jamu mata kowang ni hehe.. ayam masak sambal.. febret gak sambal... tapi cili kering sini tak la pedas sangat..bley la celah gigi pedas...

What ever aku dah catat sejarah ni hehe bloggers yang membuat kenduri blog.. haha best best.. meh tambah lagi mata kowang.. kenyangkan lagi hehe.. aaa jemput jemput!!! thanks kerana sudi melawat blog aku.. hehe so kowang yang dah view ni sila tinggal komen sebagai tanda korang masuk kenduri blog hehe..

My Munge: Munge yang cantik...

Hihi halowww... salam... pe khabar semua hope sihat je hari ni eh .. huhu aku hari ni agak bz sket ar.. takdan nak buka internet.. dah malam ni balik baru la bleh ilang kan tension write something kat blog.. huhu hari ni aku nak kabulkan permintaan wana coz dia mintak gambar munge.. so wana here is for u.. munge alots for u hehe..

Ho berbalik pada bunge.. bunge ni mempunyai tone kaler yang memang giler babaz menarik.. warna yang dihasilkan berupaya untuk buat satu karya yang simple.. tak caye leh nengok .. bunge tak selera pun leh jadi selera.. so slamat membaca and menengok.. and wana jangan juling eh hehe..


My Munge: Lavender Heartless...

Umm yang ni munge aku ubah sker coz kebanyakkan kelopak dah nampak layu la .. so aku wat wat macam ada lukisan sket la tak banyak.. coz bunge kena ujan dia layu sket.. aku jalan jalan so nengok ada la.. time musim sejuk ni kalau tanam bunge naik cepat.. kalau musim panas tanam kowang tinggal ranting je la jawabnya.. apapun aku try la gak guna teknik yang sebaik mungkin untuk lawakan ia.. tapi tak tau ar lawa ke tak .. korang punya komen?? so aku leh improve sket.. any idea?? actually aku rasa macam hampeh lak aku edit bunge ni.. macam tak kena je..



My Munge: Lady lilyput...

Ermm yang munge ni lawa sangat.. huhu tapi kecik je sebenarnya pokok dia cuma banyak munge.. yang ni memang kaler dia putih suci.. a bunch macam ni kalau hadiahkan ermmm memang best.. takpun masa candlelight dinner.. letak kat meja makan... bagi la awek korang ke pakwa korang makan dulu bunga ni sebelum makan malam sampei hehe..



My Munge: Lonely one...


Ni pokok bunge yang paling susah mengeluarkan bunge.. kira macam bunge tak subur la.. dah berhari aku nunggu nak tengok bunga dia ni je la pokok yang keluarkan bunger.. pokok ni memang satu je bunger kuar takda lebih sebab batang dia je yang warna green.. so aku kuarkan kaler floresent kat batang batang dia.. bunge ni takda daun.. so macam pokok cactus la lebey kurang.. stakan ni yang ni je yang keluarkan bunger.. adakah bunge ini species mandul.. takpe nanti aku cari bukti lagi yang mengatakan pokok ini produktiviti kurang.



My Munge: Good to be alive...

Munger ni actually memang susah nak tanam slalu mampos je.. tak tau nape sungguh manje.. daunnya leh tahan lebat cam bulu lar.. bunge agak ciput... Tak sesuai untuk dihadiahkan kat awek atau pakwe kerana terlalu banyak bulu ijau.. What ever ni untuk wana.. hehe nanti ada request orang lain aku wat la.. jangan pelik pelik sudah .. ooo ye next post kalau sempat aku akan update pasal hujan lak ... coz hari ni ujan and aku tak manyak iler shoot.. hoho.. kire aku main ujan untuk berkarya.. huuuuu... dah pening ni .. aser nak demam lak main ujan tadi.. tapi pueh hati la.. nanti aku post eh hehe..

Sekian saje untuk hari ni.. aku nak telan penadol.. rasew dah pusing gile kepala ni adeh.. thanks sudi baca... sayang korang sumer...

My memories: If i wish i could turn back time...

Huhu today belek belek old photo yang aku tangkap just jumpa dua tiga gambar budak-budak tetiba teringat balik zaman budak budak.. bestnye.... rasa rindu gile zaman budak budak.. Now my entry ada la skeping dua gambar yang jumpe untuk korang tatap... bestkan zaman budak budak.. main sampai petang.. pastu kene tibai ngan mak.. hehe rindu la pulak time tu.. maghrib mengaji quran.. kene tibai lagi.. ahahaha.. best best .. nengok kartun... gi skolah main teng teng ngan pemadam (gile aku raja main getah pemadam kat skolah banyak gile siap ada casing untuk letak pemadam je hehe).


So i present to you the model kids from Saudi Arabia.




Child: Boys is always boys...


Ehehe masa ni time hari raya budak-budak ni tengah main keliling rumah Duta Besar.. So macam biasa la aku nangkap gambar ni.. Kepada boys clubs kowang mesti teringat balik korang main macam ni kejar kejar pastu jatuh .. suar berlubang.. pastu sakit sakit then tetap korang tak menangis.. Kawan kenal ke tak semua jadi kawan... Bestkan masa budak budak walaupun tak kenal tapi still jadi rapat.. tapi bila besar its change.. u are beware when you got a friends.. berbeza..



Child: Tidur is my hobby, Nangis is my favourate...


Eheks ni baby sape pun aku tak ingat da.. main tangkap je sesuki hati.. Uuuu lagi satu masa kowang baby nak tidur time bila pun takda orang marah.. korang tidur je ikut suka.. tapi bila besar tidur lebih nanti tak berasap dapur.. tidur kurang sampai office nantuk... Berbezanya masa kecil dan dewasa... now kita kena bersengkang mata kepada siapa yang dah ada baby... Bayangkan macam mana your mum and daddy besarkan korang.. and kita suka suki meraung tak tentu masa.. huhu besarkan pengorbanan mum and daddy kitakan?



Child: The smiles always with...


Emmm ni lagi satu.. zaman budak budak kita fikir enjoy aja and ikut arahan selamat ar hidup kita.. kalau langgar sakitlah idup kita hehe.. Tapi bila dah besar kita ketawa ada timenya.. kita hidup menerima dah memberi arahan.. kadang kita hanya keseorangan bila kita nakkan kegembiraan.. Bestnya masa budak-budak.. Kalau dulu ibu bapa bagi untuk kita suap semua skarang nak beli beras ke makan ke kene cari sendiri.. tak leh nak gantung lagi.. Besarkan jaga your mum and dad... rindu kan diaorang... Kalau rindu yang dekat tu pulanglah.... yang masih duduk umah mak ayah tu syukurlah yang kamu masih dekat dengan kasih sayang mereka...

Huhu what ever pun yang penting dalam level kehidupan yang paling colorfull is zaman budak budak.. tak caye?? haaa benda paling korang kerap cakap ialah pasal zaman budak budak korang.. thats mean korang masih teringinkan zaman itu.. Jarang orang nak cite zaman korang dah besar hehe sebab banyak tak best dari best..


Thanks coz read my post kali ni... Sayang kowang semua.. salam dari Riyadh, Arab Saudi...


My April Fool: LRS: What are u doing????

Wassup.. hari ini april fool so misi kali ni menakutkan local staff dengan membawa kamera and tangkap apa diaorang wat masa kerja.. So today aku nak introduce the embassy local staff ahaha.. berjaya aku tangkap gambar diaorang tanpa disedari.. hari ni jadi kaki skodeng.. special for all my readers and my kipas susah mati.. thanks tau be my kipas susah mati eheheh.. poyo!



My Skodeng: How to make good tea?

Hoho ni caretaker kami Mr. Omar.. dia warga terbaru yang bekerja dengan embassy.. Masa ni tengah mengenangkan apa tak tau la dia.. aku snap and dia wat muke terkejut.. i just say April fool bongok tul aku ni eh haha.. and di berasal dari Sri Lanka.

My Skodeng: Html + Css = I cannot get the answer Mr.

Haha ni la bunga tunggal kat embassy .. means sesorangnya pekerja ladies di sini. Nama nya Hamsa.. just snap masa tengah di berkhayal ngan internet jap.. tapi yang peliknya walaupun flash mencurah keluar tapi still dia tak perasan.. pelik sungguh pelik.. macam ni pun ada ka?? Beliau berasal dari Syria.

My Skodeng: Romeo till end..

Haha ni Dr. Mutasim dia ni translator and PR kat sini.. masa ni tengah aktiviti bertandang ke sarang hamsa.. Ternampak wajah wajah keceriaan beliau semasa sedang diskodeng oleh aku.. Hehe kantoi... u are in my candid list hahaha!!! dia berasal dari Sudan.

My Skodeng: Im so sick...

Hehe yang ni Our Visa Clerk namanya Mr. Siraj, berasal dari India... tetiba aku terjah dan klik hehe dia pandang sambil melompat dari kerusi masyaAllah kata dia haha.. April Fool sorang lagi kena hehe.. sonok sonoknya best plak haha!! Hari ni jari dia terpeleot aku tanya how u eat?? ooo easy sir just open cover and eat? erkkk bleh plak time makan guna jari musykil aku hehe...


My Skodeng: Hey Mister??? Hows the situation..?

Haha my febret bahan ujikaji.. Ni merupakan mesin recorder dekat sini.. menda sama je dia tanya sampai satu hari ada 20 kali dia repeat benda sama.. memang leh dapat anugerah record human of the century hehe.. Sujuk sikit katanya hari ni.. Bercita-cita untuk membeli sebuah bot pancung apabila bersara nanti.. berasal dari somalia..

Hehe this is all my staff here in embassy.. what ever diaorang ni menambahkan lagi corak kehidupan aku mengenali jenis-jenis manusia.. and hobby aku memang mengkaji sifat manusia. Apapun diaorang ni masing-masing ada identiti sendiri kalau ilang sorang rasa macam tak cukup lak rencah suasana di Embassy... so kerja baik baik...hehe what ever dont feel shock when im taking candid camera not for report just for my own masterpiece only haha.. tau takut!!


AMARAN: Berhati hati kerana penipu april fool sedang berkeliaran di pejabat, bilik, kaki lima tempat anda hati hati!!! saya telah menjadi mangsa