MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 52


Hummm teringat lagu dari Dr. Sam... saya anak Malaysia .. lama sungguh lagu tu tak dengar kan.. Kalau ikutkan tak terasa sangat bila di Malaysia tetapi bila dah ada di rantauan ni lagu lagu macam tu dah jadi macam lagu hari raya plak.. bile kedengaran bait "tempat orang indah sekali tapi Malaysia tetap di hati... Saya... anak Malaysia" yup tul tul terasa rindu dengan Malaysia..

Walaupun tahun ni takda la celebration sangat.. tu rasanya elok gak tu .. yang penting pengisian mengenai erti kemerdekaan itu sendiri yah.. Anak-anak muda pada zaman ini lebih menghayati kemerdekaan sebagai hari bergembira.. macam hari libur sahaja.. tetapi bagi mereka-mereka yang masih hidup di zaman penjajah.. hari tersebut bagi mereka amat bermakna.. disitulah bermulanya titik tolak kepada perubahan besar yang dapat kita lihat pada hari ini.

Teringat tiap tiap kali masa kemerdekaan masa di skolah dari form 1 sampai la form 5 memang pakchu akan menyertai perarakan hari kebangsaaan negeri .. waaa sonok macam macam ada best. Bukan pakchu jew.. Abah pakchu pun turut serta gak dalam perarakan.. Abah pakchu dulu dia servis dalam tentera.. Sebab Abah pakchu memang bahagian buat buat bom la.. coz dia memang dari Kor Jurutera Diraja (Pakar Bom) disitu specialize dia memang buat bom sonok gile kalau time raya abah buat bom tiruan main.. segak lama tak nengok abah pakai uniform tentera dia.. pastu tersemat lencana yang paling pakchu suka lambang UBIQUE dimana tu memang lencana pakar bom, periuk api dan peperangan nuklear... Bangga dengan Abah yang turut sama menentang saki baki komunis pada akhir 70 an masa itu.. Atuk pakchu juga Bekas COD Polis Kuantan dulu.. banyak kali fight dengan komunis.. Belah mak pakchu Atuk pun Bekas Tentera.. bab bab perang gerilla kalau dengar memang ngerila...

But skarang hope kerajaan boleh hargai jasa diaorang ni... pertahan dengan nyawa dioarang demi kita yang muda muda yang masih tak mengerti bagaimana mereka bersusah payah membawa keamanan di negara ini.. Tak kurang yang menjadi balu juga perlu dibantu.. tanpa mereka takda semuanya pada hari ni... kalau tak kita sendiri menjaga keamanan takkan kita dapat keamanan tersebut... orang luar takkan membantu kita untuk aman.. hanya kitalah sahaja yang tinggal untuk mempertahankan keamanan serta keharmonian yang kita ada ini untuk anak cucu kita akan datang....


MERDEKA!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!!

Ramadhan Kareem....

Alhamdulillah bulan penuh berkat datang lagi.. Ramadhan ehehe waaaa time sampai Ramadhan je mesti lor teringat kat Malaysia huhuhu... musti best best kan kat sana.. sini kehidupan start Malam.. siang semua kedai tutup coz Pak Arab ni siang dia titot.. Malam lepas terawih kedai akan start buka sampai waktu sahur.. so merayap sakan la malam.. huuuu smalam habis gak dalam 5++ beli koleksi barang antik ahaks. Ngeh ngeh dapat gak aku pow tokeh tu dibulan pose diaorang ni tak leh nak tipu doseeee.. bulan lain leh tipu customer ahaks :)


Sign Board Puasa yang perlu dipatuhi

Dan smalam aku ngan Abang Perantau Timur Tengah duk makan burger kat Taxi Steaks and Burger... wah puas hati dapat roti yang gebu cam bantal.. ahaks muke pun dah sayur gile time tu last-last lepas subuh aku tidur bangun gile punya awal kul 10.30. Ahaks kesimpulannya bulan puasa memang slalu terlajak perahu lor.. Tapi takpe je stakat kul 10 lebih sampai keja tu kira ok la tu bulan puasa.. coz masa kerja di Arab Saudi ni dari 10 pagi sampai 3 petang leleh woo 5 jam je keja (baik tak yah datang ) ahaks.


Erkk comform ke kedai ni tak berfungsi ahaks :)

So kepada semua sedara mara , kawan kawan, sahabat hendal beskal ku sekalian ahaks .. selamat menyambut puasa eh.. jaga makan minum kata kata serta tutur cara.. semoga semua mendapat keberkatan.. jangan puasa je ahaks gi la terawih tu :) buat 8 pown ok kan ... amik berkat ahaks... So rindu korang semua ar... tapi aku balik time raya so takleh ar kawan kawan nak pow aku berbuka puasa.. alangkah afdalnye korang jemput aku datang beraya umah korang kerana kedatangan aku pasti akan memeriahkan lagi majlis korang kan kan kan...

so tugguwwwww gue balik!!!

Pada Pendapatan Hambe… : Wajarkah berdemonstasi dalam ekonomi yang tidak kukuh.



VS


Hum so skarang ni pakchu lihat perkembangan terkini ialah skarang demontstasi menentang ISA baru-baru ini. Pakchu tidak menyebelahi mana-mana pihak baik pihak yang memerintah atau pihak yang membangkan. Cuma disini pakchu lebih pentingkan apa yang dinamakan kesejahteraan serta kelangsungan ekonomi negara.



Terpanggil secara tersedak dari pemikiran ni adalah bukan kerana motif untuk memburukkan sesiapa tetapi dengan niat untuk mengajak semua berfikir secara matang serta rasional tentang apa yang telah berlaku serta kesannya terhadap persepsi masyarakat dunia mengenai negara kita. Bukan ini sahaja yang berlaku terhadap negara kita apa yang perlu ialah terlibatnya juga di negara-negera ASEAN khususnya. So pendapatan ni adalah pada hemat saya sahaja.


Walaupun dikatakan ramai yang datang pada hari demonstasi tersebut tetapi yang menyedihkannya hanya Melayu yang lebih berteriak. Melolong… memekik yang memang pakchu lihat memang menyakitkan mata. Aduhai… rasionalnya negara kita memang mengamalkan demokrasi. Dalam konteks lain ialah bermonolog melalui saluran undang-undang yang betul bukan membabi buta. Tidakkan tuan-tuan sedia maklum bahawa kita mempunyai sistem pilihanraya.. ya 4 tahun sekali tuan puan… pada masa itu kiranya bebaslah kita untuk menyuarakan pendapat so takda la orang heran sangat time tu tengah berkempen kan. Ni yang nampak sangat kerja duduk nak demonstrasi pantang.. ye saya tak nafikan tu la pantang orang melayu nak tunjuk power.. maklumlah anak cucu Hang Tuah la katakan.


So apakah relevan pilihanraya diadakan untuk rakyat memilih mana-mana individu yang disukai. Jika mereka ini tidak berpuas hati dengan apa sahaja benda yang tidak disukai. Kalau tempiak melolong memekik sampai menyusahkan dan menakutkan orang lain adalah tidak manis dipandang oleh orang luar. Pandangan rakan-rakan saya yang turut berada disana pada waktu itu dari perkhabarannya mereka ini semua tak ubah seperti lembu yang ditebuk lubang di hidung dan diusung.. apa sahaja cakap kepala ikut.. melalak melalak lah mereka.. sampai ada juga yang pengsan tak makan semata nak ikut berarak. Kan lebih bagus saudara saudara semua yang ikut tu duduk umah gi solat subuh tu balik umah sarapan dengan keluarga. Ini tidak orang nak cari rezeki pun susah. Tak dinafikan juga ada juga kakitangan kerajaan yang turut serta dalam demonstrasi tersebut.


So itu baru dalam Malaysia sahaja yang diaorang ni nampak. Otak tiada ke berfikir akan kesan ke atas dunia luar???. Berfikiran kampong tak kira anti ISA ataupun Pro ISA ke mereka semua ni kategori otak kampung. Tu lah apabila jadi hanya fikir dalam negara sahaja. Anda tidak berfikirkah dalam negara ASEAN sendiri negara manakah yang aman.. Ada satu je tuan-tuan yang aman. Yang lain semua huru hara termasuklah korang mamat perosak nih. (YE SAYA TAU MELAYU NI PANTANG KENA TEGUR TELINGA KUALI) so benda yang korang wat ni kan kan tak secara langsung bagi negara yang satu tu kelebihan. Dalam surat khabar seluruh dunia bangga la muka korang terkenalkan kat CNN, BBC, Blomberg waaa popular tul korang wat muke ala ala black metal yewh. Korang tau tak kat surat khabar luar negara menyatakan bahawa Malaysia bukan negara yang selamat untuk dikunjungi. Woiii makin bankrap la Malaysia. Yang teruk anak cucu korang nanti. Korang masuk kubur nanti tak fikir pape dah.


Berkata mengenai human rights juga adalah satu perkara lagi. Apabila anda semua berkumpul untuk atas nama kemanusiaan itu hanyalah untuk anda. Tetapi anda terfikir jugakah bahawa anda juga menganggu human rights orang lain yang hendak pergi shoping? Nak ke klinik? Nak melantak? Nak dating? Mereka yang terjejas ni pun leh buat demonstrasi ada hak kemanusiaan untuk halang kowang. Berkenaan dengan tindakkan polis memang berada di landasan betul. Dah nama perhimpunan haram. Tak kira samada mana-mana kaum anjur kalau tak dapat permit dalam buku undang-undang juga menyatakan bahawa Polis berhak mengambil tindakan yang perlu bagi menjaga keaamanan. Nak gi lah cari kawasan lapang ke stadium ke mintak duduk dalam tu korang bertempik la nak bogel ke hape ke lantak. Ini tidak pagi pagi buta dah melalak menempik.


So skarang ni aku yang duk obersea ni naik nyampah dengan sikap orang zaman skarang kat Malaysia. Sampai tempias kami ni nak menjawab. Kalaulah balik Malaysia aku cam sorang sorang yang gi protes tu mau kami warga Malaysia kat luar negara ni sepak sekor sekor. Menyusahkan dan memalukan bak sifat orang jakun. Sorry to say aku tak berminat mana mana parti politik dan ini adalah pemikiran bebas and kalau siapa terasa tu maka andalah orangnya. Lain kali nak wat demonstari kea pa ke make sure korang dah ada duit yang banyak (KEPADA PENGANJUR) untuk membayar ganti rugi kepada mereka yang lost pada hari tersebut. Kalau cam tu boleh korang wat takda hal nak bogel ke nak ape ke masa demonstasi. Kepada yang mengalami kerugian tu sila saman penganjur tak kira pihak yang menyokong ISA atau ANTI ISA. Silakan tuntut human rights anda juga.


AKU TAK SUKA MALAYSIA TAK AMAN… CAM TAKDA UNDANG-UNDANG TUNGGU LA PILIHANRAYA KUARKAN LA PE KORANG NAK LUAH…….. JANGAN TIAP TIAP HARI NAK WAT KECOH... BENGONG!!!!