MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

52nd Merdeka Day of Malaysia Celebration - Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia

Hehe hari ni pakchu free sket so pakchu masukkan gambar-gambar sket la pakchu tangkap semasa sambutan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke 52.. cam biasa pakchu tangkap gambar la hehe.. so some few sket sket pakchu letakkan dalam ni eh.. so cuci cuci la mata mu huk huk

Al Kisahnya maka tersebut la kisah satu keluarga di Kedutaan Besar Malaysia, Riyadh yang sedang meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52 yang kebetulan jatuh pada bulan puasa.. gambar-gambar yang di paparkan tidak ada kena mengena ngan yang sedang berpuasa ok.. sambutan bermula dari pukul 9 Malam iaitu selepas terawih bagi kawasan Arab Saudi sehingga kul 11 Malam..


Ehehe ni adalah gambar Tok Kadi, Pengantin dan Saksi pada hari tersebut hihi


Aaa thanks to akak-akan ni semua bergambar dengan TYT Dato' Duta Besar.. semua sedap ada karipap ada mee goreng.. ada sate.. huhu gile manyak gak aku cekik sate hari tu ahahahah :) sambil nangkap gambar perut kene diisi tul tak kengkawan...


Tunku Abdul Rahman (acah je) hehehe ni orang-orang dari Kedutaan Brunei yang tengah tu jangan korang ingat Tunku yeh takda kene mengena dengan hari ini.


Some of Diplomats yang datang pada hari tersebut... semua sedang mengambil pinggan dan kelihatan sorang abang tu control gile time aku ngambik gambar tak caya ko fokuskan kat mata orang tersebut (pandai la korang cari hihi) time ni semua tak tunggu perut dah lapar nunggu VVIP sampai hihih..


Aaa nengok muke VVIP kita pada hari ni makan sate .. kalau sape diaorang ni penah gi Malaysia nampak gaya 7, 8 kali la diaorang datang ke tempat yang sama pura-pura tak penah datang hihihi.. peh tu sambar 7 ketul 8 ketul skali huhu weh aku pun nak makan gak ...


Burung Ais hihihih comel lak nangkap menda ni walaupun dari jauh tak berapa comel la.. coz dah mule mencair nunggu tetamu VVIP datang...

Hehe takkan gambar orang lain kan gambar aku pun kena amik gak.. hihi baju melayu tu aku tempah kat Arab Saudi tau.. sini leh buat baju melayu hihi.. berpeluh kot tukang jahit nak buat baju nih ahaks..


Sila abaikan pakcik ini kerana dia sedang weng sekali!!!


So papepun majlis selamat diadakan pada hari tersebut.. some of Malaysians juga hadir pada hari tersebut..what ever makanan malaysia kita memang sold out.. bayangkan orang putih makan mee sup pedas orang afrika makan sate.. orang india makan mee goreng.. orang jepun makan karipap.. adeh licin.. tak sempat pakchu nak tapow...


huhuh dah dah just pakchu counting days to going back for vacation to Malaysia.. nanti pada kawan kawan yang ada tu releks tunggu pakchu balik kita jumpe .. hehehe pada budak budak cameraman sekalian tunggu aku balik :) nanti kita shoot satu Malaysia wokey :)


Musim Kurma Datang Lagi!!!


Pokok Kurma sedang masak ranum...

Salam... huhuhu.. sonok skarang nengok kurma tengah masak ranum.. leh dipetik dan dimakan begitu sahaja tetapi dengan syarat di waktu malam kerana telah masuknya bulan ramadhan heheh :) so pakchu masuk pokok kurma kat office pakchu ahaks.. sama sama tonton yah !!!



Emm time nak masak kurma ni akan ada satu angin panas datang dalam seminggu dua la.. memang tiap kali kurma nak masak angin panas ni akan datang .. digelar angin neraka oleh penduduk tempatan disini.. kalau takda angin ni kurma takkan masak .. masa tu cuaca akan bertukar 45 hinggi 54 darjah celcius.. fuh paneh gile.. tapi sebab tu la kurma tidak boleh ditanam di tempat lain kecuali di Arab Saudi.. kalau tanam dari China ke apa ke mesti kureng rasa dia sebab tak kena angin neraka nih.


Macam biasa la pakchu amik dua tiga tangkai bawak balik berbuka yang separuh masak.. korang dah try kan yang separuh masak kan best kan .. ada rangup ada lembut.. ada kelat sket.. waa sodap wa cakap sama lu.. kat mesia kena beli kat sini petik je dari pokok hihihi :)

"TAMBAHKAN IBADAT DI SEPULUH MALAM TERAKHIR SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT BERKAT DARINYA"