MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Pendapat Sendiri: Significan Melepaskan Pulang Pelajar dari IPTA / IPTS yang terkena H1N1


Salam.. Hari ni pakchu nak wat sessi perbincangan mengenai wabak H1N1 seperti mana yang didengar khabar sedang merebak dengan teruk di Malaysia. Berhubung satu pendapat di mana apakah keteorian penyakit yang berjangkit seperti ini adakah bagus dikuarantin atau pun lebih baik dilepaskan seseronok itu sahaja. Apabila bercakap mengenai pendamik ini bermaksud wabak ini sangat mudah untuk merebak yang membawa kepada keluasan mangsa-mangsa yang berpotensi untuk dijangkiti virus ini.

Bak kata orang skarang ni musim orang cuti.. ada H1N1 kat situ abis satu tempat kene tutup terus la balik.. so perbincangan kita pada masa ini ialah signifikan memberi mereka yang berpotensi untuk menyebarkan jangkitan (walaupun tak kena lagi) pulang ke rumah masing-masing untuk dikuarantin di rumah. (APA KEJADAHNYA SEMUA INI) hihi.. huuh ye la buang tebiat kan kata nak mengelak dari wabak ini berjangkit seluasnya.
Bukankah lebih elok sekiranya semua pelajar dimana tempat yang terkena ini dikuarantin.

Mana lah kita tau kan kalau kalau ada sorang dua terlepas tapi takda tanda lagi H1N1 ni keluar balik ke kampung tak ke menda ni dah merebak kat keluarga dia lak.. pastu tak pasal kena lak menda ni kat rumah.. dah kena kuarantin satu rumah.. dah kena satu rumah pulak dah ahli keluarga tu pergi la kepasar ke ke kedai kopi ke ke mana mana ke.. lagi satu hal satu kampung merebak lak.. pastu orang orang kampung yang kat situ lak pegi la jengah sedara mara dia lak ke kawan kawan ke gi outstation kena lak H1N1 dah makin merebak gile menda ni.. So apa significan memberi pelajar-pelajar yang berpotensi membawa virus ini pulang ke kampung?


Tidakkan lebih selamat lagi jika mereka ini dikuarantin kan dahulu di dalam kampus dan diberi cuti serta kementerian support la makan minum diaorang dulu.. jika dibiarkan mereka keluar pulang ke kampung ada la pulak yang naik bas, keretapi, basikal, kapal terbang atau ada gak yang merewang tak balik umah pegi lak merayap and secara tak langsung yang pembawa tersebut yang tak ada tanda agi tu dah menyebarkan virus tersebut.

So kepada pihak yang bertanggungjawab dalam hal ni fikir masak masak.. jika tidak masakan macam mana tak jadi makin teruk.. cuba siasat betul betul kes kes yang berlaku kat luar yang sampai hari ni telah meragut 4 nyawa.. tak caya nengok la relate nye dekat ngan kes kes budak yang belajar ni.. sampai bile ada kes nak siasat je kejenya... work a best way to prevent it coz vaksin takda lagi.. kita kena la mencegah... so nak mencegah ni kuarantin.. kita mampu mengubahnya..

Lagu Seorang Pembunuh...

Emm ni pak chu amik dari tiub ko (you tube) hehe lagu ni lagu cinta tiga segi di saat mamat tu nak bunuh kekasih dia.. apa kena mengena lagu ni ngan aku .. takda pe pown hihihih saje je letak lagu ni.. kowang dengar la.. dia cite saat saat nak bunoh kekasih dia..



so kalau kowang ada kekasih yang tak sayang ke nak reject ke apa ke amik tips dari lagu nih yewh.. sebarang implikasi mental dan fizikal yang dialami dari lagu ini Pak Chu tak tangongg.. mandai kowang ar sendirik tauuuu...

Lupe lak nanti pakchu hapdate tau... banyak cite but minggu ni pakchu nak gi Qatar so kalau ada kawan kawan kat Qatar tu bagi tau ar.. Maybe pakchu singgah Doha dulu eh kalau ada sesedara yang duk sana bitaw arrrr.. hihi..

So anyway nanti pakchu hapdate dari Qatar hihihih so Qatar tunggu aku datang padamoooo!!!!

Tahniah to My Bos ops now Dato'

From BERNAMA news hihi gua cilok maklum ar tak dapat nengok bos amik pingat hihi.

10 Julai, 2009 20:52 PM

PM Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran TYT Pulau Pinang

PULAU PINANG, 10 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mendahului senarai 793 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-71, esok.

Perdana Menteri akan dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Tiga orang akan menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri manakala tujuh orang Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) dan 39 orang Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang masing-masing membawa gelaran Datuk.

Menurut senarai yang dikeluarkan Bahagian Dewan Undangan Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini, tiga orang yang menerima DGPN ialah Gabenor Sumatera Utara, Syamsul Arifin SE (Kehormat); Pengerusi Jawatankuasa Am Rumah Orang Tua Jubli Perak, Datuk Khoo Keat Hye dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Tujuh orang menerima DMPN ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain; Pengerusi Eksekutif lapan buah syarikat, Datuk Abdullah Sani Abdul Karim; Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob; Hakim Mahkamah Tinggi John Louis Ohara; Panglima II Divisyen, Mej Jen Datuk Md Noor Daud; Ketua Pengarah Kumpulan RA Datuk R. Arunasalam dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman.

Penerima DSPN ialah pelopor bidang teknologi satelit di Malaysia, Prof Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad; Pengarah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) Ir Ang Choo Hong; Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Ariffin Awang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Melaka Azizan Hamid; bekas pengerusi Jawatankuasa Kempen Bahasa Malaysia bagi Sekolah Rendah Kebangsaan Cina dan Tamil, Chan Hon Kwong; Penasihat Kanan Urusan Macquarie Bank, Chong Choong Leong.

Pengarah Urusan Taman Sungai Ara Development Sdn Bhd, Chuah Thean Seng; anggota Lembaga Rayuan Negeri, Prof Dr Eric Goh Kok Hoe; Penasihat Undang-undang Negeri, Faiza Zulkifli; Pegawai Kewangan Negeri, Farizan Darus; Pengerusi Pengurusan Lembaga Pengarah B. Barun; Prof Dr H.C.L Udwig Georg Braun (Kehormat); Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Leader, H'ng Chuan Hsiang; pemilik Kilang Metal Roofing, Khor Lee Nam.

Usahawan dalam bidang pembinaan, Lim Chin Leng; penyanyi kumpulan Alleycats mendiang A. Loganathan; bekas guru Institut St Xavier Pulau Pinang, Louis John Michael Jacques; tokoh budaya, Allahyarham Mohd Bahroodin Ahmad; Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman; Pengarah Urusan Pembinaan Daya Tekad Sdn Bhd, Mohd Nadzir Mansor; Setiausaha Panel Dakwah Majlis Perunding Islam Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Muhammad Yusoff Wazir; pemilik UWC Holdings Sdn Bhd, Ng Chai Eng; Ketua Pengarah Biro bantuan Guaman Malaysia, Nik Hasmat Nik Mohamad; bekas pengetua Sek Men St Xavier Pulau Pinang, Paul Ho Kok Chee; ahli peniagaan, Peh Weng Khim; Setiausaha Kehormat Liga Muslim Pulau Pinang, Sulaiman Hajah Mydin; dermawan M. Suppiah; arkitek Syed Ahmad Fauzi Syed Nooh; Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Prof Madya Syed Omar Syed Mohamad Al Saggaf; Presiden Kumpulan Syarikat Tan Gee Beng (TGB), Tan Cheng Chow @ Tan Gee Beng.

Ahli Perniagaan, Tang Chong Hock; ahli perniagaan Teh King Them; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Teh Lei Choo; bekas ahli politik, Teoh Chung Hor @ Teoh Kooi Sneah; Pengarah Eksekutif Setiakawan Kilang Sawit Sdn Bhd Teow Peng Hee; Pengerusi Panel Penasihat Ekonomi Antarabangsa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof Woo Wing Thye; Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa; Ketua Cawangan Risik 4, Brig Jen Datuk Paduka Mat Rashid Ashaari dan Pakar Pergigian Angkatan Tentera, Brig Jen Dr Roshidah Ishak.

Selain darjah kebesaran itu, 69 orang menerima Darjah Johan Negeri (DJN), 23 orang Bintang Cemerlang Negeri (BCN); 123 orang Pingat Kelakuan Terpuji (PKT); 307 orang Pingat Jasa Kebaktian (PJK); 155 orang Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan 66 orang Pingat Bakti Setia (PBS).

Antara yang menerima DJN ialah Hakim Mahkamah Sesyen Georgetown, Hadhariah Syed Ismail dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Dr Mohamed Shah Hussin Shah manakala Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Zulkifli Alias merupakan antara penerima BCN.

Kesemua penerima anugerah itu akan menerima pingat masing-masing secara berperingkat pada istiadat penganugerahan yang akan berlangsung di Dewan Sri Pinang di sini pada esok, Isnin dan Selasa ini.

-- BERNAMA

so congrate to my bos ops Dato' hihi terpaksa aku rahsiakan dari semua orang sebelum 11 hb hari tu hihi so aku telah berjaya menyimpan rahsia ini sampailah diperkenankan dengan rasminya ahahaha.. kepada siapa yang gelabah tepon aku tak tau menda ni sorry la saya ni penyimpan rahsia hihi so menda pasal bos saya semua takda bocor hang gerudi cam ne pun takda la aku nak bitaw sampai ar bos aku suh bagi tau ada faham.....

"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"

Im in the Rank of 94 most top Famous Malaysian blogger


Pencapaian UPSR tahap lapan yang berjaya dicapai

Ehehe hari ni pakchu saja gatal gatal nak nengok rank kat Malaysian Most top 100 Blogger tup tup pakchu dah rank 94 yehaaa best tul... Yallah Yallah Karban here i go!!!

So untuk semua yang menyokong thanks manyak manyak.. so InsyaAllah pakchu terus la update cuma skarang tak banyak isu sangat la.. kalau ada pape pelik nanti pakchu masukkan la dalam ni. Emm wah tak sabar wooo nak balik mesia.. rindu mesia ku....

What ever aku still baca lagi blog blog korang tak kurang juga yang aku terjah blog diaorang hihi.. ok want to chow.. minum teh.. dahage lak weh.. musim panas yang meletihkan so harap harap musim sejuk akan datang terpower terbaik dari ladang... huhu rindu gile musim sejuk...







Terkini : Syarikat Penerbangan Seluruh Dunia Sepakat Guna Slogan Baru


Heheh aku belek belek surat khabar jumpe lak menda ni ahahah gelak sorang aku pagi pagi bute..

Mengikut kata persatuan kapal terbang seluruh dunia telah mengadakan perjumpaan tergembar hari minggu lepas di restoran nasi kandar jalan 8 stroke 13 bersepakat dengan motto bersepakat mereka iaitu

NOW *** ARE FLYING!!!

So dengan ini korang naik kapal terbang tu tak bersemanusiaan la kerana menda ni pun dah leh terbang merata dunia hihi

Saje wat lawak bodo pagi pagi bute ni ahahahah chow