MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Coretan Seorang Anak...

Entah apa yang bermain di fikiran aku lepas solat tadi... Aku call mak dan abah bertanya khabar.. tetiba saja hati aku hiba bila mak dan abah gembira sangat dapat bercakap dengan aku... Bila mereka gembira tahu aku kat sini sihat tah lah rasa teringat sangat kat mak ngan abah aku.. Tadi aku baru hantar barang nak kirim yang aku beli dari Mekah kat Kak Jue yang nak balik ke Malaysia malam nih ngan si Saleha.. Alang nak balik tu aku kirim la sket buah tangan dari Mekah untuk orang tua aku... Masa tulis surat untuk mak dan abah, si payen (adik no dua aku) dengan adik Ayu (adik bongsu perempuan tunggal aku) ermm rasa sangatlah hiba.. Pastu kirim lagi duit untuk adik-adik aku guna... adik adik aku dua dua tengah belajar skarang ni .. sorang ngan Tenaga Nasiaonal Berhad (pelatih jurutera ibusawat dan janakuasa) and sorang lagi yang perempuan kat UUM (Information System).

Dari kecil sampai la aku besar aku memang tak berenggang dengan mak ayah aku.. yer lah ayah aku umpama best friends aku.. mak aku pun rapat sangat ngan aku takleh ilang aku.. teringat dari kecil sampai ke besar aku slalu gi mana mana mesti ngan abah ngan mak.. jarang seorang anak nak kuar ngan mak bapak skarang aku nengok.. adakah mereka malu nak berjalan dengan orang tua mereka atau takut saham jatuh?? Kalau bawak tunang aku berjalan pun mesti aku bawa berjalan dengan family aku tak pernah aku nak tinggalkan orang tua aku. Walau tak pernah tinggal mak ayah aku tapi kawan-kawan aku tetap ramai.. kira dalam hidup aku sebelum gi sini 4 jam untuk kawan-kawan,20 jam untuk mak abah aku.. hari minggu 24 hours ngan family aku melainkan ada urusan yang tak dapat elak aku tinggalkan family aku kejap. Sebab tu aku kat sini dah biasa tak kuar .. aku lebih suka duk rumah .. kalau sesetengah orang mati akal duk umah satu hari tapi aku releks je hehe dah biasa coz dari kecil dah memang diajar macam ni.

Bagi abah aku lak .. kalau aku takda memang dia mati akal.. tak tau apa nak wat kalau aku takda.. mungkin dia pun rasa sama macam aku rasa skarang.. sebak kenkadang fikir.. ye lah tanah kat kampung tu pun aku ngan abah aku kerjakan .. kami sama-sama bina rumah disitu.. kadang kami pergi cari material kat tempat binaan yang orang buang tu kami recyle balik untuk bina rumah tersebut.. hasilnya skarang rumah tersebut memang cantik dan slalu guna untuk kami berehat cari ketenangan sekeluarga. Abah slalu kalau telefon cakap bila nak minum teh tarik ngan roti canai ermm yer la slalu tu la rutin aku .. kalau aku balik kampung kalau seminggu tu leh kata 4 jam je untuk kawan-kawan aku.. yang lain untuk family aku. Kalau aku balik kuantan slalu aku sampai mesti pagi punya aku tolak dari putrajaya kul 1 pagi kat subuh tu sampai aku mesti gi beli roti canai ngan teh tarik kat Mydeen (febret mamak aku dari kecik aku kenal hehe) then bawak balik ke rumah makan satu keluarga.

Mak pula kemana dia nak pergi dia harapkan aku.. tak kira la kepasar ke, shoping ke gi umah maklong paklong dan bermacam lagi mesti aku yang dia panggil.. sakit ke apa ke kalau aku tak suruh gi hospital alamat memang tak bergerak la dari umah tu .. mak aku memang degil sket.. tapi kalau aku suh laju je pergi hehe. Tak nafi masa dulu kami memang susah.. yer la abah dulu jaga adik beradik dia dari kecil sampai ke besar, mak aku pun tak kisah jaga adik beradik ayah aku.. sampaikan abah sendiri tak berduit nak bagi adik-adik dia.. syukurlah Tuhan tu maha pemurah.. adik-adik dia tak pernah lupakan dia sampai skarang.. begitu juga ngan aku masa aku di kuala lumpur leh kata sesen pun aku tak keluar.. semua adik beradik ayah aku support.. itu lah hikmah berkorban...

Hermm bergenang gak air mata ni teringat perbualan dengan mak ngan abah.. aku dapat rasa diaorang memang terlampau rindu kat aku.. Teringat masa aku nak pergi ke Riyadh ni.. 2 minggu aku cuti habiskan kat rumah saja.. nak makan apa mak sediakan.. bawa mak ayah pergi jalan merata-rata habiskan masa.. aku tahu aku pilih jalan ni akan membawa aku jauh dari mereka tapi aku seperti yang aku cakap tadi berkorban.. aku nak keluarga aku tak susah ... walau apa aku wat pun setiap ringgit atau riyal aku belanja mesti aku akan teringat kat keluarga aku.. aku tak kisah walau gaji aku bulan ni tinggal sikit skalipun aku tetap tak mau orang tua aku susah coz dari kecil diaorang sanggup susah untuk aku.

Mujurlah tunang aku pun memahami tak memaksa dan juga sabar.. walaupun muda lagi tapi yerlah fikiran dia ok.. slalu tunang aku kalau balik kampung dia akan singgah ke kuantan dulu duduk sana dia akan bahagikan cuti belajar dia antara family aku ngan family dia.. pesan aku supaya jangan lupa jenguk mak abah aku dia ikut dia Alhamdulillah.. Skarang tunang aku plak nak duk lama kat umah aku adeh.. plak dah kata seronok duk umah aku .. yer la mak aku ngan abah aku kan raja ngan pemaisuri lawak kat rumah memang tak kering la gusi dia duk umah tu.. Tapi satu sebab aku suh dia rajin jenguk orang tua aku .. nak suruh dia belajar sket macam mana nak jaga keluarga.. pastu macam mana nak jadi seorang isteri.. Tahniah kat sayang coz dah dapat 3 kali anugerah dekan... kalau nak kena ceramah lagi silalah cakap tak mau belajar hehe.. untuk pengetahuan sem satu dengan dua dia malas nak belajar.. kira tangkap muat je masuk UiTM tu .. tu pun masa belum jumpa aku lagi .. masa part 3 dia berjumpa aku siap la memang kena basuh suh belajar.. pompuan takda orang tegur ke standard la tu ... perempuan ni semangat dia lelaki so kalau lelaki cakap je mesti dia akan wat betul-betul. kalau kita bimbing dia lurus, luruslah dia.. kalau bengkok kita bimbing rosaklah dia.. ingat tu.

Dulu adik kedua aku yang lelaki tu agak kurang sket ngan mak ngan abah.. yer la dia tak leh nak susah sket.. agak complicated sket perangai dia semua nak ada depan mata.. dia lahir dalam zaman mewah tak seperti masa aku lahir dahulu memang susah tu sangat-sangat tapi kami bahagia.. walaupun tuhan tak bagi kami senang tapi keluarga kami memang betul-betul bahagia.. tu yang lebih baik.. asal makan apa ada cukup dah... kalau aku ada duit banyak skalipun aku habiskan untuk mak abah and adik adik aku. Sebab tu sampai skarang aku tak suka shoping sangat.. apa aku beli kat sini barang-barang antik dan perhiasan sebab aku tau benda tu ada harga bila aku bawa balik ke Malaysia.. kira beli tak sia-sia ada sebabnya.. sebab tu la mak aku slalu sangat bila aku bagi duit dia simpan.. bila ada lebih dia akan belikan aku baju ke seluarke apa ke sebab dia tahu aku memang takkan beli.. kalau itu aku ada itu la aku pakai .. sampai koyak rabak pun aku akan pakai.. bukan kedekut tapi dah terbiasa walaupun skarang rezeki tuhan melimpah pada aku tapi aku tetap aku. Mak aku banyak ajar aku supaya berjimat.

Kalau nak ikutkan semua menda mak aku beli.. kadang dia paksa suh aku pakai.. skrang ni dia akan antar ikut courier plak... bukak bungkusan ada la baju ke apa ke .. hehe tak tau la isteri aku nanti mesti dia pun akan paksa aku beli gak .. yer la mana taknya masa pilih barang tunang tu pun aku wat derk je ahaks just bagi duit sayang nak beli apa belilah... But ada hikmah juga ketika aku takda kat sini .. serius betul memang banyak hikmah kat adik aku skarang yang lelaki tu.. skarang dia pula ambil tanggungjawab jaga mak abah,.. skarang aku nampak dah dia slalu duk umah.. mak aku nak keluar ke ayah aku ke dia bawakkan ... skarang dia pun dah ikut abah aku ke kebun tebas rumput dengan repair and tambah ruangan kat rumah tu sket-sket... tapi tulah baguslah dia dah ada tanggungjawab skarang.. rupanya ada hikmah juga.. walaupun mak abah kata tak seperti aku teman diaorang tapi aku cakap syukur at least dia dah ada tanggungjawab tu..

Buat masa skarang member aku uruskan segala urusan business kami.. Alhamdulillah syarikat kereta sewa yang kami buka semakin berkembang. Edy pun slalu gak nengok family aku if dia datang nak bagi duit share.. Edy pun lagi keluarga susah ... mak ayah dia bercerai skarang dia jaga adik adik dia.. kesian sungguh .. dia best buddy aku dunia akhirat and kawan paling aku percaya skali.. Aku pun suruh dia bagi sket je kat mak aku aku tak mau bagi la banyak sangat coz aku tau Edy perlukan duit untuk besarkan adik adik dia.. Dia je harapan keluarga dia coz adik yang lain masih belajar... 6 orang pula dia tanggung aduh lagi berat dari aku.. syukur at least kami ada keluarga yang bahagia.. kadang Edy pun jeles nengok keluarga aku. Aku tau dia harapkan keluarga bahagia.. Maybe perancangan tahun depan aku dan Edy akan beli beberapa buah rumah and wat rumah sewa insyaAllah kalau Allah izinkan jadi lah ia.. aku pergi sini pun kumpul modal.. tampung apa tak cukup. Edy plak dia simpan duit lebih.. dia pun jenis tak boros Alhamdulillah.

Tapi rasa sedih terkenang keluarga terubat lah bila dengar suara mereka.. Aku ingat lagi masa nak pergi sini kat airport abah peluk lama sangat.. macam tu ngan mak.. kami bertiga peluk cukup lama.. macam aku ni tak balik plak dah.. aku nampak abah tahan air mata sedih.. mak pula paham paham la dah nama emak.. lebih dari sedih nengok filem hindustan la dia punya nangis.. ermm mak ngan abah, abang pergi sini bukan nak tinggal tapi nak keluarga kita lagi bagus dari hari-hari semalam.. insyaAllah mengikut perancangan yang ada jika berjalan lancar abang akan balik terus kat Malaysia bila semuanya stabil.. jangan la mak ngan abah duk risau makan minum pakai abang kat sini ... sebab tau dah mesti mak masuk kotak and hantar coz dia tahu perangai anak dia memang tak suka shoping hehehe... Jadi korang yang ada diluar ni jangan lah malu nak melepak kat kedai kopi dengan abah korang, malu nak jalan ngan mak korang ke pasar, malu nak bawak mereka kemana-mana.. jangan lebihkan awek ke atau isteri ke.. ooo kalau awek ke isteri ke bukan main nak tayang.. tapi mak ayah korang adui jalan setiang tinggal...korang ingat.. syurga isteri kat telapak kaki korang .. tapi korang punya syurga??? LU PIKIR LAH SENDIRI...

Dari anak mak abah yang rindukan kamu.. Mak ngan abah kalau baca ni jangan ar wat lawak owang sedih nih. Kalau adik ayu buka blog ni nanti baca ngan penuh perasaan eh tunjuk kat mak abah.. abang pun tak reti nak berlawak dah macam slalu sedih rindu mak abah.. kat sayang tunang abang belajar leklok.. hadiahnya ialah kahwin hehehe ...

Anakmu,
MOHD AL HAFIS BIN HANAPI..

Berkelah di Ladang Kormak???


"KISAH BERKELAH DI LADANG KURMA"

BERTEMU kita lagi didalam ruangan jalan-jalan makan angin.. saya travel guide anda. (Saya yang wat muke tu ) kelihatan aku cuba membuat muke seperti mengkarung tak berperasaan tapi cam pelik lak aku wat muke cam tu ahaks. Diruangan kita pada kali ini saya letakkan gambar-gambar yang dimana kami pergi berkelah di Ladang Kurma??? saya ulangi ladang kurma??? apa ?? anda tidak percaya mari kita saksikan laporan khas ini ditaja oleh Kurma Cap Madu Gajah. Perkenalkan di sebelah saya itu adalah Encik Ahmad dan Isterinya.

Dinding ini dipercayai telah dibuat mengunakan tangan .. bukti-bukti yang ada menunjukkan tidak kurang dari 10,000 jari jari yang ada di setiap binaan ini.. fakta ini telah dikukuhkan lagi oleh Saudara Azral yang kelihatan kagum lalu bercadang untuk mengabadikan gambar dinding ini di dalam kulit albumnya yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Manakala kelihatan saya tengah berposing untuk tujuan amal.

Wah wah ini lah masa ditunggu ketika berkelah makan time kelihatan masing-masing sedang sibuk mengatur lauk pauk untuk dimakan .. dan aku ??? hanya kelihatan memandang dengan penuh tekun juadah yang disediakan .. Yang pergi masa ni Ahmad and Wife.. Azral and wife .. Mustafa and wife dan aku and aku and aku huhuhuh waaaaa!!!!!!!!!!...

Ermm ni antara pemandangan di laluan ladang.. sini yer la Arab Saudi ladang pun jadi ar nak picnik.. walaupun ladang ni private tapi sape nak berkelah sini leh la minta kebenaran dari tuan tanah.. diulangi tuan tanah... sekirannya anda terminta dari tuan bawah tanah dikhuatiri anda akan ilang didalam kebun kurma ini.

Wohoho kelihatan ni la abang mustafa.. jejaka idaman kak Jam.. ermm aku lak tengah sibuk memilih ikan bilis .. huhu sambal tu best wooo.. lama tak makan pedas dah seh.. Thanks kepada semua yang sediakan juadah .. best.. ada nasi lemak ada sandwich ada mee lagik.. huhu best best... nak wat cam ne .. diaorang la tempat aku nak bertumpang gembira sket.. maklumlah sorang .. lepas raya ni baru berdua ehehehe :)


Dah abis makan gi la merayap kat celah dinding.. sempat amik gambar posing untuk dihantar kat mak kat kampung. mak aku cakap takda menda lain ko nak tangkap dinding cam tu pun jadik.. hehe.. yer la mak aku duk sindir aku tu bila nak ada orang kat sebelah .. lor kate janji lepas raya hehe lepas raya ar ..



Huhu ni kurma yang fresh lagik ... tapi yang ni balance yang jatuh ke bawah masa diaorang tuai kurma.. so aku amik letak kat position best best and amik gambar.. last last jadi perhatian ramai orang lak nak amik gambar.. pape pun ni lah buah kurma kepada korang yang tak kenal..



Pemandangan lain di ladang kurma.. luas gak ladang ni kalau sekilo kat Malaysia dah berpuluh ringgit bayangkan berapa tokeh ladang ni untung jual kurma dia.. huhu mau lamborgini sebijik senang-senang je dapat huhuh... tapi ada ke orang cakap ladang kelapa sawit weh tolong sket eh .. ni bukan ladang kelapa sawit.. INI LADANG KURMA



Hehe bila sampai kat sini je aku teringat kat Putrajaya.. kelihatan Riyadh pun ada jambatan macam Putrajaya.. Sampai sini memang lah teringat Putrajaya.. Ohhh Putrajaya ... teringat kenangan melepak di tiang jambatan di sana bersama Iwan, Dayat ngan Sarip Mamak aahaha.. sengal !!!

Ni lah jalan-jalan nak menuju ke wadi laban dan wadi hanifah ... wadi ni kawasan lembah so kurma-kurma ni ditanam di lembah sebab kawasan subur.. jalan jalan batu je tak yah wat finishing tembok sini batu pejal.. stakat lori balak langgar batu ni takda effect pun.. Malaysia ujan sket je runtuh sana sini.. Setakat ini sahaja kembara di Ladang Kurma.. semoga anda baca dengan penuh tenang.. Selamat Bercuti-cuti Saudi..

Yang benar,


...........t.t............
PAK CHU CAR

Masak Memasak bersama Chef Selubung!!!


"MASAKAN MELAYU MALAYSIA DI SERATA DUNIA"




Ni aku tunjok la salah tersilap masakan yang aku wat.. banyak lagi tapi takdan nak tangkap gambar sebab bila habis masuk perut baru je aku teringat nak tangkap gambar hahaha bengong.. ni ikan masak kicap.. kembong lak tu hehe .. ikan goreng.. pastu tempe goreng sambal aku dapat sket kat kedai Indonesia beli la kempunan rindu tempe.. kalau ada nasib dapat la ko beli petai ke jering ke kat sini... nak wat cam ne wat ar ape ada...


Ni flak... ayam masak merah hehe .. wooo ni la febret aku dari kecik.. mak aku mesti masakkan kalau aku balik umah.. cili boh??? sowy takda jual kat sini ko duk sini kena ar jadi tokeh cili boh (means ko blender la sendiri ahahaha) tapi takpe at least sedikit sebanyak tak melupakan asal usul aku .. walau banyak makanan kat Arab Saudi ni tapi tahlah cinta aku kat makanan Melayu tu kuat... kemana pijak itu juga kita nak .. superbbbb

haha salam pendek dari pada CHEF SELUBUNG berjumpa kita lagi di program memasak yang akan datang.. semoga aku akan cipta lagi beef steak lepas ni.. tapi beef stik melayu lah ... takda la macam orang tu STEAK HOUSE manjang dah macam kepala keretapi dah aku nengok ahaks :)

Wassalammmm.....

Tanah Suci Mekah... satu kebesaran Illahi... subhanallah...

"LAMBAIAN TANAH SUCI MEKAH...."



Alhamdulillah perjalanan pertama yang dituntut oleh Islam sekiranya kita mampu telah dilaksanakan.. Syukur lah Allah bagi peluang untuk aku pergi menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah... best sangat disana.. aku pergi 4 hari 3 malam bersama bos bos aku.. Ya Allah indahnya dan tenang berada disana... rasa macam tak mau balik... pape thanks kat Encik Lokman yang menumpangkan aku kesana.. semoga Cik Lokman bertambah sihat.. Bang Mus pun ikut skali ehehehe pengalaman lucu bersama cik azral bersama mahkluk bertuala sekerat.. (Harap maaf gambar tidak dapat disiarkan) kalu korang nengok tak makan nasi sebulan kowang ahaks.. biar lah itu menjadi rahsia kami ehehehe ...

Yang pergi juga Puan Siti, Kak Jam, Azie isteri Cik Azral ngan baby comelnya.. and pak and mak mertua cik Azral yang dibawa juga pergi menunaikan umrah.. semoga murah rezeki Cik suami isteri berkat tu bawa orang tua tu.. isyaAllah walau dua riyal dalam poket rezeki Allah takkan putus eh percaya lah rezeki Allah itu ada :) chayok..


Ni view dari hotel Elaf Al Sud terowong ke mina .. ermm ni pejalanan kalau time haji penuh sesak ngan umat Islam dari seluruh dunia... kat hotel aku duduk tu best staff peramah kebanyakkan leh cakap melayu and kira ni hotel ni akan jadi tempat aku duduk la nanti coz keseronokan dia lain sangat.. disini area aku duduk ada la orang orang kelantan yang bermastautin disini , orang fatani dan indonesia mereka baik-baik.. sape bace aku rekomen Elaf Al Suf bilik superb!!!

Disitu juga berlakunya adegan adeh adeh diantara Cik Azral dan Pak Adnan... wakaka rahsia hanya aku saja yang tahu eheks :P bilik 203 menjadi saksi ....


KAABAH!!! Ya Allah masa ni berlinang air mata tengok kebesaran tuhan.. harumnya bau kaabah menusuk.. masa ni aku baru habis tawaf sunat.. sembahyang sunat kat makan Ibrahim and di ijir Ismail... pastu aku pergi cium kaabah sambil berdoa lepas solat sunat di Hijir Ismail... dah yang paling tak boleh lupa mencium hajar aswad.. Ya Allah sejuk dan terlalu wangi batu itu... walau pun dapat kucup sekejap tapi dah cukup untuk aku dan yang pasti banyak mengubah aku selepas itu .. and aku doakan keluarga aku, saudara mara aku and korang kawan-kawan selamat dunia akhirat.. semoga Allah sayangkan diri kamu semua ... AMIN..

Ni pun gambar Kaabah yang sempat diambil musim ni tak ramai yang pergi coz visa umrah tak wat lagi ... Insyaallah aku akan pergi lagi ... memang best disini lain sungguh.. suasana .. aduh rasa tak mau nak balik.. rindunya kat Mekah :( pegi mana mana tak kira kul berapa tenang aman.. berjalan sorang alhamdulillah tiada masalah tak kira pagi petang siang malam... keselamatan saudara/i dilindungi Allah ...

Eheks ni aku kojak dah baru cukur lepas wat umrah dah leh cabut pakai ihram dah time ni hehe... licin wooo ... takpe yang penting kami ada 4 botak ahaks :D sape dia haaa nanti aku tunjuk kepala dia kowang teka ahahaha :D walau pape botak pun best juga.. free free lega pale otak ahaks :D



View lain dari Kaabah pukul 2 pagi... ternyata masih lagi ramai lagi umat Islam tak henti henti menunaikan ibadah .. semoga ibadah mereka diterima Allah S.W.T.. semoga kita akan jadi lebih baik dari hari semalam...

Emm view roundboard sebelum masuk terowong gi mina dari bilik aku... asalnya orang cakap roundboard tapi dah kene block la sebab tu tinggal yang bulat tu je kat tengah ..

Ni rumah-rumah dikawasan bukit di sekeliling Mekah.. kebanyakkan yang duduk ni orang dari nusantara yang berhijrah disini.. disebabkan takda tanah so diaorang bina rumah area bukit ni sebab orang Arab tak duduk kat bukit..


Lagi view view perumahan di kawasan bukit yang diambil oleh aku umah atas skali tu huh tak tau la macam mana nak menapak ke atas... tapi sini lain sket korang akan sentiasa jadi rajin.. tak tau nape memang ajaib.. kalau jalan keliling masjidil haram tu nengok tempat tempat dia tak terasa letih langsung sampai je riyadh terus baru terasa letih ya amat... memang patut lah ramai yang tak mau balik selepas ke sini.. aku pun turut rasa macam tu juga.. sayang nak tinggal Mekah... nak pergi lagi ar huhuhuhu...

Haaaa... ni dia kilauan yang nyata penuh dengan nur nur cahaya... haaa sapo leh teka sapo dia ni!! dia merupakan YDP Persatuan Department Duta Besar (sorry u are in wrong department .. u should be on other department hamsa ahaks :) juga merangkap Presiden kelab kelab honda kedutaan dan juga protege kepada BG 2 siapakah dia huhuhu... toke le... kalau tuan dia nengok sah sah dia akan mengenakan sekatan ekonomi terhadap ku ahahaha.