MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Masterpiece: The Old Memories...


Salam... new entry for me today.. dah balik kerja aku masak so dah abis makan aku memblog pula.. tu je lah kerja yang leh buat.. what ever my home is my heaven.. so kali ni entry aku nak tunjukkan most of the website or blog masa skarang gemar menggunakan teknik hitam putih dan juga gambar lama.. sebab apa? haaa salah satu sebab nye walau macam mana buruk gambaran tu kalau takda warna its look like classic.. itu yang diaorang suka tema macam ni..
Kadang tema ni digunakan untuk mengimbau kenangan lama.. hitam or putih tema ni merupakan favourate kepada basic dalam editing gambar.. salah satu lagi di dalam gambar black and white theme ni kalau digunakan untuk gambar kahwin memang superb old school gile.. so aku tunjukkan satu lagi karya dari aku.. walaupun nampak agak mudah bagi basic touch up in black and white korang mesti menitik beratkan juga tone kaler hitam, brown dan juga penggunaan cahaya serta sudut gambaran yang kowang nak wat karya.. bruppppp.. hehe sendawa mee mamak daging aku masak tadi.. sodap plak...

* p/s : gambar yang aku tangkap ni sekitar kedutaan and paling best sebab sudut simpan barang sukan or rosak yang sememangnya gile serabut aku tukar jadi karya huhu... nak nangis je rasa..

My Old Masterpiece: Return to Time

Haaa.. yang ni kat tepi kedutaan.. kira kat lorong tepi la.. skarang pokok dengan gugur daun la.. tapi tak sempat la nak tunggu daun gugur then tangkap gambar buang masa aku je. Sini aku buatkan tema brown like old photo.. so sini korang kena hati hati dalam setkan ke bluran cahaya sebab gambar lama memang pudar and takda contrast yang tinggi.. Kebanyakkan tema macam ni jurufoto slalu guna untuk tema perkahwinan la.. nampak klasik gile selain dapat mengcover kecacatan pada diri pengantin coz takda la nampak parut ke.. kurap ke.. kudis ke.. or jeragat.. semua leh cover in case make up pengantin tu cair atau telebih make up. Tapi korang tak leh sembunyi dari kenyataan realiti hehe.. touch up jangan tak touch up..



My Masterpiece: Forgetten..

Yes yes.. ini memang pusat pengumpulan bahan-bahan sukan dan juga rosak di office aku.. tema ni sesuai digunakan untuk kategori memorize. Sini benda benda ni semua berhabuk.. so nak cover habuk ke incase kalau pic yang korang tangkap tu ada cacat dari segi warna bolehlah korang gunakan theme ni memang sesuai.. If korang ada trademark nak tulis ke apa ke aku suggest font PRISTINA digunakan didalam gambar.. kenkadang tulisan memaikan peranan penting dalam gambar. Certain gambar kalau diletakkan tulisan memang cantik. kalau buat puisi ke apa ke theme ne paling sesuai. Burppp sendawa lagi aku.. kenyangnya.... maklum orang bujang cam ni la masak semua sendiri...

My Masterpiece: Sudut Ilham..

Ahaha sebab pe ni la kawasan febret yang mesti di lawati di Embassy.. Ni la sudut menempah maut (Smoking Corner la) disini juga tempat untuk melepaskan tekanan.. mengutuk serta mengeji.. dan disini lah idea-idea dapat diselaraskan agar kerja kerja berjalan dengan lancar.. ni lah tempat untuk mencari ilham... Lebih suka kalau aku kenali dengan sudut ketenangan duniawi.. hoho bagi mereka yang menghayati di sudut ni tentulah satu nikmat yang fana..

Wokey dah dah cukup untuk hari ni.. hehehe selamat mengapril fool kawan kawan korang eh ingat 1hb april fool. So ingatan bersedia untuk terkena.. atau mungkin ke aku akan ...... adeh .... macam kena je esok...

LEBIH LAMA LEBIH SENGAL!!!

My View: Masterpiece from a view...

Salam... Hari ni just nak gatal-gatal view gambar pemandangan yang sempat diambil semasa aku berada di Arab Saudi ni.. walaupun rata-rata bentuk muka bumi berpasir but still takda pokok aku still leh wat masterpiece terbaru untuk korang.. kira gambar bersama cerita la.. sambil korang tengok gambar aku citer.. sambil cite korang nengok gambar.. nengok gambar cerita oleh aku...?????


My View : Speed Vs Light..

Emmm yang ni gambar ni aku tangkap masa on the way balik dari Damman ke Riyadh.. ni dalam kereta tau.. aku just set kan kamera ke tahap gile babas punya kelajuan about 000000.6 second bagi mengelakkan bayang-banyang "hantu" menjelma.. biasa la coz this mercedez 350 bergerak dengan kelajuan 240 kmj and i must have fast snap to get a perfect pic. Masa ni matahari baru je segan-segan nak turun.


My View: Who Will be a True Survival

Pasal apa aku cakap true survival.. huhhh kalau korang la letak kat tengah padang pasir takda pape.. aku tak tau la idop ke tak korang.. this kat highway to Mekah... ermm sini aku skali lagi masa kereta tengah speed snap sket.. and lastly ni tak banyak aku edit sangat.. ni kira gurun yang ada pokok sket sket bukan kering kontang punya.. kalau gurun kering nanti la aku tunjuk if aku jumpa gambar dalam pc.


My View: Wanna some refresh

Uuuu ni my febret kolam kat umah duta... so aku slalu ar hujung minggu terjun sowang-sowang kat sini masa musim panas.. musim panas memang syok gile mandi ... Ni salah satu cara mengurangkan rasa panas badan serta hangen hangen yang tidak diingini.. bukan aku kentut dalam air la kowang ni.. hangen tu ialah stress.. so berenang membuatkan aku hilang stress.. salah satu aktiviti wajib aku setiap minggu disini.


My View: American View

Ni gambar di rumah salah sorang malaysian dekat Dammam.. Umah Encik Bakar. Rumah dia didalam kawasan eksklusif Saudi Aramco.. syarikat minyak Arab Saudi. Actually dulu sini ramai American tinggal.. so setelah beberapa lama mereka banyak dah blah so skarang ni diisi oleh ramai malaysian yang bekerja disini.. memang dalam ni totally view american.. so walau tak sampai amerika lagi still disini ada view look alike america.


My View: Natural Death

Hoho ni pokok mati di dalam kawasan rumah duta.. walaupun pokok mati tapi still korang leh wat karya sket.. just touch up and make contrast and layerkan beberapa layer lagi supaya langit serta ranting bertukar warna sket actually kalau gambar lama memang tak selera nak nengok tapi ni yang quit boley la aku ubah sket.. at least pokok mati pun tak menyakitkan mata sangat...

Thanks baca my entry kali ni kengkawan.. lebih segar dari hari ke hari ... fewitttttttt

Masterpiece: Dari dapur perantauansssss...

Warghhhh ari ni panas pulak .. tapi still angin sepoi bahasa mandarin. Emmm belek gambar-gambar yang lepas terjumpe lak ada masakan-masakan yang pernah aku jamu. ni bukan aku yang masak la coz yang simple hanya chef selubung je tau.. this entry aku letak sket makanan yang telah diedit untuk menarikkan lagi gambaran itu..




My Yummy: Kuah dan Sudu

Wehehe ni nasi impit, kuah kacang yang pudar aku tukarkan jadi hot.fm hehe.. uuu ni masa jamuan hari raya mereka di perantauan tahun lepas.. time ni tak balik raye sob sob... mak tahun ni kita balik raya tau nanti masak best best owang nak makan sumer.. huhu.. rindu mak aku masak.. waaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!


My Yummy: Sate ayam bertemu Sate daging

Ni laks makanan febret la tiap function.. tah nape orang suka sangat sate hehe (actually aku siap tapau lagi satu bekas) hehe.. ni aku tubikkan lidi dia nampak macam kasar sket.. hehe.. Sate tanpa lidi orang mesti tak panggil sate kan .. mesti la panggil ayam kecik bakar ke.. ayam potong dadu bakar.. tah pape.. nyam nyam pape ni pun leh jadi karya gak.. print siap siap masuk frame mesti baguih punya...


My Yummy: 4 seasons..

Ermm ni masa kat damman dulu.. penah kan korang baca entry aku yang pasal kat dammam tu.. tak baca sila la browse gi baca eh .. ermm untuk nampak kaler dia macam kuar gile minyak dia tu just korang edit contrast and brightness je .. ia akan keluarkan kaler kaler makanan tu .. dari lauk yang agak agak tidak berapa bernafsu nengok akan jadi kepada nafsu serakah.. uuu hati hati kadang korang gi restoran best best dalam gambar je diaorang edit best.. tapi bila ada depan mata hampeh cam takda rupa je.. kebanyakkan restaurant grand grand banyak guna teknik ni untuk mengiurkan nafsu serakan makan korang.

Tenkiu kawan kawan sudi baca... lebih pedas dari biasa.. sssssssssssssssss!!!!


Masterpiece: Setahun hanya beberapa kali...

Huhu petang ni aku balik kerja bestnya.. lama dah tak merasa kehujanan... disini Arab Saudi adalah tanah gersang yang purata hujan tahunannya sangat kecil.. just bayangkan dalam satu tahun boleh dihitung dengan jari sebelah je hujannya... waaaa sangat best ujan, saya suke ujan har har!!!

My Ribut: Angin Sungguh Kuwaattt maaaaa

Hu bestnya.. wah lama dah tak nengok ujan macam jakun plak.. suasana yang aku rindu semasa kat Malaysia.. aku rindu hujan .. bukan kumpulan hujan but hujan betul tau.. ermm sini yer la susah hujan but hehe gatal tangan snap gambar sket untuk dimasukkan dalam entry.. just takda apa pun aku edit.. just tukar layer yang kelihatan dilayer sket.. tah pape aku cakap aha maklumlah seronok nengok nak ujan...


My Hujan: On Highway it tears...


Huhu tengah drive sempat lagi amik gambar tu .. ahaha.. berbakat jadi pengskodeng ni dalam apa keadaan pun still leh catch snap some pic.. yang ni kebetulan aku tak laras lens so aku agak agak dalam keadaan melengkung la lens aku.. aku salah ke lens aku salah tah lah sebab lens aku tak cakap senyap je wekkk..


My Ribut: Want to come or not maaa!!!


Shampei di rumah aku start parking siap-siap.. kot kot nak lebat ke apa ke.. huhu cian baby aku sebijik nih .. cejuk dia.. cayang dia mwah mwah .. ujan time ni cam tak mau nak taknak turun.. ke adakah aku yang memecut sedap sedap ati untuk melarikan diri dari ujan.. pening kan .. sini just edit like masih ada lagi kawasan tak kena ujan... so masa ni keter agak agak suci dari debu.. esok pagi nengok la berkerak.. huhu....


My Ribut: Aiyak Lu Latang Jugak maaa...


Huhu takper darling esok pagi nanti abang basuhkan darling eh ciannya.. darling aku basah huhu.. alo alo cian kalau leh bawak masuk umah cayang bawak dah masuk.. masa ni ujan turun mencorah corah seolah memakbulkan permintaan aku untuk merakam gambar ujan di Arab Saudi.. kenampakan butiran ujan yang turun membasahkan baby yang ku sayang.. oh darling.. maafkan cayang cayang tak boleh bersamamu nanti demam nanti huhuhuh!!!


Thanks sudi baca... Lebih sejuk dari biasa.. grrrrrrrrrr...

Bagaimana berkarya terhadap manusia dan juga kenderaan

Ermm my new entry today is macam mana nak adaptasi yang terbaik untuk manusia dan kenderaan so i added my new karya untuk tatapan anda semua.. halwa mata katakan ehehe..

My Masterpiece: Feel Free to Block?

Hehe yang ini masa hari dimana Duta buat majlis penganugerahan pingat Tan Sri (Kehormat) kepada bekas Menteri Arab Saudi.. So ni caterer dari hotel yang tetiba je block jalan aku nak kuar.. aku gatal gatal le parking situ last last aku last balik... so disini element yang paling sesuai digunakan ialah sketch element.. dimana korang leh lihat situ nice mixing between kenderaan dan juga trolly yang ada haha tah pape je aku ni and still leh berkarya disitu juga.


My Masterpiece: What tha???

Ni pada masa di dalam satu majlis berbuka puasa dan sembahyang terawih di Kediaman Rasmi Duta Besar... Masa diaorang tengah duduk ni aku amik la sekeping dua yang diaorang pandang ape tak tau mungkin control masa di ambil pic.. untuk manusia pula sesuai digunakan teknik photostat dimana kite leh nampak macam agak klasik sket.. macam sesuai untuk tema memorable.. iaitu kenangan. Bagi aku la bagi korang aku tak tau arrrr...

My Masterpiece: Unforgotten
Yea yea beskal tua.. haha tak sangka aku leh jumpe basikal tua kat riyadh ni.. just snap and make it ala ala seni tampak gamaknya.. perhatikan kat bawah tu ada bayang bayang beskal yang nampak terkeluar setelah diedit... huhu comel je.. and dont forget kekadang bayang bayang juga jika anda amik dengan cara yang betul serta tone yang anda dapat perfect korang leh keluarkan dia seakan ianya show off keluar.
Till meet my new post.. thanks sudi baca post aku kali ni.. ahaks ada komen silakan :)

Masterpiece dari alam semulajadi

Satu petang aku di pejabat hurmm agak menarik juga aku wat karya tentang alam semulajadi.. so aku cari snap yang terbaik guna my NOKIA n73 saya.. saje nak test kamera handphone apa hasilnya sekiranya di edit kelak.. so aku tunjukkan walau dengan kamera handphone you can get your masterpiece perfectly..


My Masterpiece : Tomatoman

Ni pokok tomato yang ditanam belakang kedutaan.. Just sahabat snap saja sudut terbaik yang sebolehnya.. and then dekat sini aku tukar layer.. i mix up diffrent color and change it.. actually gambar nya berbeza coz tomato tu pudar but see anda boleh buat ianya kelihatan bertenaga cam tomatoman ahaks :)

My Masterpiece : Nature Calm

Ummm ni bunge ape tah hehe tak tau lar.. so skarang musim tengah sederhana sejuk so bunga ni mengembang dengan baik skali.. ni pun aku tukar layer.. sembilan layer diperlukan and diedit berperingkat.. so nampak macam pokok tu ada but sekeliling dia dah bertukar jadi imaginery.. but agak contrast sket coz aku tersave.. so nak buat balik payah tak leh nak undo lar.. this photoshop edit one yang lama aku nak wat coz kalau kita lihat there is diffrent kind of color match.

My Masterpiece : Not Red Not PInky Not Paint

Weeeee hehe.. ni edit seakan akan untuk jadi lukisan but not seratus peratus lukisan ar.. just agak agak diantara dunia nyata dengan khayalan.. color bunga ni dan daunnya banyak membantu dalam penghasilan masterpiece ni.. and perlu dapatkan match color agar takda nampak macam lukisan 100 % cuma kesabarannya mencari tone yang terbaik untuk ditukar and paling penting anda tahu macam mana nak match color..

So aku dah tunjukkan walau guna handset dari kamera telefon anda, and masih boleh mendapatkan karya yang bagus.. and also bergantung kepada lens hanset kamera anda.. lagi bagus pixel kamera handphone anda maka lagi better shot yang korang leh amik.. tak semestinya anda mesti ada SLR kamera atau digital but anda boleh juga guna handset jika "emergency" sekiranya anda dapat shot atau scene yang terbaik.

Idea idea idea idea....

Salam... humm hari ni duk la belek-belek blog.. hari minggu di Arab Saudi kerjanya tiada la.. duk tengok perkembangan terkini kat Malaysia..

Actually walaupun duk tercuruk jauh di perantauan tapi teknologi digunakan cedok apa maklumat pasal negara kita skarang.. adoyaii kadang terkejut.. kadang terkedu kadang tergamam nengok perkembangan skarang..

What ever so nak ucapkan selamat hari jadi kepada isteri saudara azral yang bernama azie yang telah menyambut hari jadinya.. semoga saudara berdua gembira bersama baby sulungnya princess zahrah.

Berbalik semula pasal idea apa nak coret untuk esok pagi .. erm rasanya nak wat rancangan kasa impian lak.. esok nak snap gambar gambar umah untuk tatapan korang.. insyaallah kalau ada masa aku akan masukkan hari itu juga bergantung kepada esok hari.. coz esok nak ke pejabat.. just nak siapkan report satu dua tiga keping sket..then propose to Duta.. proceed sonang koje aku haha tak proceed cari idea lain..

Anyway malam ni banyak info aku dapat.. and banyak lak idea yang datang untuk hari hari menjelang.. kepada sahabat sahabat sekian alam.. just wait for my new post.. aku akan make sure ianya akan berlainan dari hari ke hari. Thanks all coz reading my blog and thanks for your support.. you all the best!!

Agak lama aku tak dengar lagu ni... sebab apa aku ingat lagu ni sebab masa Kursus BTN Anjuran Kementerian aku aku jadi penghulu kursus.. that why sampai skarang lagu ni aku ingat.. bukan untuk politik tapi untuk peringatan bangsa kita sendiri..

Aku bukan cakap suh ikut lagu ni untuk pertahankan hak kita.. bukan itu aku maksudkan.. maksud lagi ni sebenarnya nak korang berdikari.. bina sendiri dengan tangan sendiri corak masa depan.. bukan hanya bergantung kepada sesuatu.. bebaskan diri dari menerima sahaja.. kita perlu membina bukan bergantung sahaja.. sampai bila perlu bergantung.. so anak bangsa melayu belajar berdikari.. belajar jadi kuat semula.. berdikari untuk menjadi kuat semula.. itu maksud ku..



"JANGAN BAGI ANAK CUCU KITA MERINTIH DI BUMI SENDIRI"

PIMP MY RIDE - MY HONDA

Kali ni kita bersama di ruangan permotoran hari ini.. saje saje je maklum belajar editingkan so saya masukkan gambar-gambar kereta saya.. so Encik Ehsan yang berada di UiTM Jengka thanks for join the honda club ahaks.. So aku beli kereta ni dari sorang penjual yang bekerja di Kedutaan Uruguay.. aku beli complete dengan sound system, rims and bucket seat.. but kena repair sket bucket seat tu ada rosak sket.. condition tip top.. lebuhraya king fahad stakat ni aku lenjan dalam 255 kmj..



Muke depan kereta.. ermm di Malaysia model ni susah didapati yang slalu dapat prelude jerung .. so pape ada rezeki kereta ni akan ku bawa ke Malaysia nanti .. haaa siap la Mr. Alan dah berkenan dihati untuk amik kereta ni for Pimp My Ride Malaysia.. so nanti akan berubah wajah total apabila sampai ke Malaysia nanti. For the audio saya mengunakan produk player PIONEER and also satu sub woofer SONY.. 4 x 6 inch speaker EDGE buatan jepun and also tweeter from ALPINE juga dilengkapi power sun roof.


Buntut belakang kereta.. eksos piping telah ditukar kepada mugen stainless steel.. masa beli memang tuan kereta sudah tukar ma.. bunyi jalan slow ok... laju sket makin memekak.. then swith to sports mode.. begegar maaaaa... dilengkapi dengan system cruise bagi setkan kelajuan.. and also gear automatik 4 speed.. bila bunyi eksos bercampur dengan timer bile enjin dah start boost uii bayang kan ianya menarik minyak anda sesedap hati.. mujurlah di Arab Saudi ni minyak hanya sekitar RM 0.40 seliter so pedulik apa 20 kali isik tank pun takda hal kat sini .. takda orang nak curi minyak pun kat sini.


So setakat ini kita di ruangan permotoran.. so thanks MTV for pimpim my ride... ahaha poyo dengan rancangan PIMP MY RIDE yang terkenal tu .. huhu kalau la diaorang datang sini ke wat show macam tu kan bagusl.. leh mintak gempak baik punya haha..

"BERHATI HATI DI JALAN RAYA"


Apo bondo eh!!!

My Masterpiece: Green on Steel

Satu pagi .. pergh busan lalu aku amik gambar dua tiga keping guna canon SLR EOS350D lalu aku pun try-try la editnye.. wah hasilnya pokok aku tanam kat dalam bilik aku ni sungguh lawa ahaha.. poyo!!... Then ni lar kejadian yang amat membusankan .. huhu bos aku takda.. Saudara Azral balik lambat pula dari Kuwait.. bak kate orang kelantan takda guu... Ni aku seling ngan pic-pic aku amik dan edit.. if any komen leh ar.. bak kata permulaan ni.. leh la aku menceburi dunia baru editing gambar..

Masterpiece: The love on my tree

Nak ditambah lagi apo bondo eh kali ni aku nak cakap pasal kisah politik kita masa kini.. hampeh je rasa bila nengok dalam berita ke.. tak kira la Tee bee Sar tu ke Tee bee Shemblan ke.. Yen Tee Bee Turjowh ke semua cite politik je hampeh.. Pastu lak tu surat khabar.. wooo tuuu san ke ... harrr rarrrr kah kee... then ada gak nak selit.. kosss mau ke semua cite tah apa apa .. weh cite pasal perkembangan ekonomi bagus la sket.. ni tidak cite pasal ngapi orang melayu sama melayu.. orang melayu kita plak skarang ni .. aku nengok sibuk nak politik.. blog-blog yang meraih populariti penulisan secara politik ini yang skrang tengah laku.. Sebenarnya korang yang sibuk baca blog-blog politik tu kebanyakkan mereka ni just nak cari duit je and populariti.. mengikut sumber yang agak agak masam masam boleh dipercayai bloggers yang macam ini lah yang akan menjadi tumpuan oleh segelintir ahli politik dalam promote diaorang punya publisiti.. maap eh bukan siti nurhaliza tapi publisiti..

Tak nafikan skarang ni aku nengok dari research yang aku buat macam-macam pandangan dan pemikiran mereka-mereka yang kuat berpolitik ni.. most of them yang suka macam ni melayu.. diulangi melayu.. Pilihanraya dah lama abis pakcik-pakcik oiii dah dah la tu... kot ye pun tunggu la nak dekat pilihanraya nak bom balik bom la.. ni tidak hari hari politik.. rakyat naik jemu.. korang bercakap sembang berapi tu ini.. tapi hampeh apa takda.. weh tolong la fikir rakyat kat luar tu.. kita mengundi bukan nak suruh korang bercakap je dalam parlimen ke dun.. korang ni kerja untuk rakyat.. so keluar dari lingkungan cakap tah pape korang ni.. and tolong pada rakyat yang memerlukan .. tak kira la korang ni Pembaris National atau dari Pekatan Rockyat ke.. korang dah dah la.. cukup lagakan orang melayu.. n isu kaum-kaum .. weh ni malaysia lu pikir 24 jam politik ka???

Sibuk orang orang kita bergaduh pasal politik mereka lupa yang ekonomi tengah down.. ni satu lagi perangai orang buat tak tau je.. sooo apa tindakan korang.. masuk la dalam parlimen debat pasal benda ni semua.. EKONOMI.. tu yang penting... KALAU EKONOMI MAKMUR RAKYAT TIDAK MEMBERONTAK.. kalau anda bercakap banyak untuk kepentingan populariti atau menjaga duit poket sendiri kerana takut beras di dapur habis. What the hell?? kepada orang melayu jangan lah sibuk korang nak berpolitik sangat.. fikir la tentang orang kita melayu.. hangpa tengah sibuk pulun politik orang lain sibuk pulun ekonomi.. bila ekonomi melayu dah hancur depa kuasai ekonomi dengan senangnya melayu tunduk pada mereka yang berkuasakan wang..

kesimpulannya.. cakap banyak !!! buat kerja !! nak sembang berapi cakap la bila nak dekat PRU baru la best ni tak habis habis...




Masterpiece : Shadow of Unknown

Berbalik kepada Apo bondo eh... tadi tu selingan je .. haha.. pandangan aku bukannya pasal politik sangat.. tapi skarang ni budaya berpolitik ni tak jamin apa apa.. tup tup naik melayu juga.. ye tidak kata aku. korang nak gaduh sangat tu apa.. tengok di screen ni haa .. komputer? gelas? nota?? kalender??? apa significannya dengan apa yang hendak aku cakap ?? senangnya.. guna kan komputer dan internet untuk kebaikan .. bukan caci maki, propaganda or fitnah.. gelas.. beringatlah tak kala kita mampu lagi untuk dapat makan minum sebelum kita menagih simpati orang lain.. nota - beringatlah dan tulislah apa kesalahan serta perkembangan orang melayu then korang conclude kan ia nengok mana lebih banyak.. kesalahan or perkembangan .. kalender.. - maksudnya.. weh dah dah la .. masa banyak terbuang macam tu je.. we unite kerja bawah satu bumbung majukan negara bukan lingkupkan negara.. politik dont give anything .. just too show we have a constitution of law and respect to others.. yang penting ekonomi penyelamat negara.. bukan politik!!!

KERJA KERJA BUKAN SEMBANG!!

APO BONDO EH!!!!....

Lawatan ke Istana Lama Keluarga Di Raja Arab Saudi...


ISTANA LAMA KELUARGA DIRAJA ARAB SAUDI



Wassup.. ahaks ni aku lambat sket update.. actualy menda ni bulan 12 tahun lepas tak silap aku lar.. tak ingat .. tapi just write tetiba je malam ni keboringan nak update blog plak. Ni masa lawatan ke Istana Lama Di Raja Arab Saudi.. Dulu ni tempat raja-raja Arab Saudi yang lama duduk la. skarang ni just jadi tempat untuk keraian tetamu Di Raja.. but still orang awam tak leh masuk lah coz hanya bila kerabat Saudi ni wat function kat sini barulah tempat ni dibuka untuk orang awam dengan jemputan sahaja so enjoy reading!




Hoho ni sebelah aku Mr. Daniele dari pada Wise Key Solutions .. mamat ni dari Brussels.. so dia ni networking security provider untuk forum kali ini. sebelah ni lak lepas ko mamam mesti minum teh or gahwa.. so secara tradisionalnya mamat mamat arab akan hidangkan teh panas macam ni korang bawak je gelas dia akan tuangkan .. minumlah satu tempayan pun. Time ni musim sejuk so syoklah minum teh ngan sepoi angin beku duk kat unggun api fuh nyaman seh.




Hoho ni aku ngan unte.. woooo.. unte .... comel lak aku nengok unta ni hehe.. korang nengok betul betul unta kalau sape tak kenal unte.. sebelah lagi tu kat ruang legar di dalam istana.. tempat semua orang berkumpul. Kira besar bagak la gak .. walaupun nampak kuno istana ni tapi complete air cond dalam fuh.. barang antik banyak gile seh , rambang nafsu aku nengok huhu.. rasa nak amik lak .. tapi ingat.. cheh kena potong tangan wooo... arab saudi hudud beb hudud..

Dicelah celah sudut merakamkan barang barang antik yang dijumpai ehehehe.. fuh agak agak ni kalau dapat ni berapa la rega... tak pun letak kat almari umah aku sure superb.. ni semua koleksi antik keluarga diraja.. kalau kat Malaysia duk pamer macam ni sah-sah ilang lama dah .. sini releks je letak bagi orang nengok...



Ni lak masa tarian kabilah Arab Saudi duk huyung hayang pedang .. hehe kira macam dikir barat dia la nyanyi gendang ngan menari berirama ahaks.. time ni memang ramai gile duk hurung susah aku nak tangkap snap bagus bagus sket.. so ini je lah ada.. banyak lagi snap tapi cam menyemak je masuk dalam blog banyak korang bukannya nak baca nak nengok gambar je keja.. so tak yah lah panjang jela aku nulis hehe :)

Haha lastly sebelum balik tangkap gambar kat batu ni.. aku pun tak tau apa motif dia wat menda ni kat sebelum pintu masuk.. or diaorang bela jin kat tempat ni.. huhu.. but anyway ni pengalaman seumur hidup tah bila lagi dapat gi lagi sini... kalau takda tetamu Raja gamatnya takda la gi sini... anyway makan semua superb.. haha..kambing kambing.. fuh sodap....

RIBUT PASIR PELIK DI ARAB SAUDI!!!

RIBUT PAK !! RIBUT RIBUTAN SEH


Huhu tah nape nak kiamat gamaknye kot.. kali ni ribut pasir pelik sket kat arab saudi dah warna merah .. dulu stakat brown je.. ngeri seh.. Aku tanya diaorang staff kat sini diaorang cakap ni jenis ribut pasir pelik.. jarang berlaku cam nih.. what ever aku letakkan gambar masa ribut itu sedang berlaku.. seyes aku takut woo angin kuat weh gilo.. TAK LEH NAFAS TAPI POSE GAK TANGKAP GAMBAR UNTUK KORANG NENGOK...

Nampak gayanya kali ni ada album cover terbaru terbaik dari Saudara Azral haha.. rasa macam leh wat album baru ari tu album dinding ladang kurma... ni tajuk album baru aku tak tau, nengok la di nak komen apa. Jadi wahai peminat beliau di PERANTAU TIMUR TENGAH nantikan album baru beliau yang terkini di pasaran hak hak!!

Burung Embassy hehe.. gambar aku amik burung ni kesian seh .. burung ni memang lama dah duk embassy wat sarang.. so cian dia aku amik sket gambar sebab skarang tengah musim dia bertelur.. mujur anak anak dia tak lahir lagi tidak kesian bebeh. Nengok baik tak baik burung ni tak lari bebeh amik gambar hehe.


Antara scene di tempat kejadian.. huhu memang menakotkan jiwa raga weh anak bini semua tepon takut seh.. releks beb hehe mungkin ni nak bagi korang kenangan seumur hidup so nikmatilah walaupun ketika aku tangkap gambar ni memang tak leh nak nafas sebab debu dia gatal and menyakitkan tekak .. so halus mulus debunya.. kalau ada asma memang sah sah masuk hospital.


Pandangan dari bilik Duta Besar masa ni tengah nengok ngan Ambassador.. dia pun terkejot la sampai tinggal kerja menengok menda ni .. Walau apapun kalau WISMA PUTRA nengok ni tolong la bagi hardship posting weh... kalau tak bekalkan kami dengan topeng udara.. takda mau berkeruk paru paru kami dengan selut debu macam ni.. Yapeda leh tarik hardship post ini macam ... teruk tul.. seksa weh.. sape punya kerja duk menarik title hardship.

Nyat nyingsong matekaji sumarenyi sengggggggggggg!!!