MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Jemaah umrah dan ziarah Malaysia kembali ke Rahmatullah... Al Fatihah

Salam... maaf ye pak chu tak dapat nak update blog.. aku nak inform pada pagi rabu lepas 8 April 2009 satu kemalangan telah berlaku melibatkan jemaah umrah dan ziarah kita dari Malaysia.. 4 jemaah kita telah syahid ke jalan Allah dimana telah kembali ke rahmatullah. Masing-masing 2 lelaki dan 2 wanita dari Malaysia.. manakala seorang jemaah ialah dari Indonesia.

Aku telah pergi ke Madinah bersama Duta Besar dan juga Saudara Rahim untuk sama-sama membantu menguruskan jenazah mereka.. Alhamdulillah selepas solat jumaat tadi urusan pengkembumian jenazah-jenazah telah selamat di sempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Baqi, Madinah Al Munawarah.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang bertungkus-lumus dalam menguruskan hal hal pengkebumian terutama kepada Encik Khair Bahari serta kakitangan dari Jeddah serta rakan-rakan dari Tabung Haji.


Mereka Syahid di jalan Allah...

Aku takda gambar sangat la masa tengah dalam urusan menguruskan jenazah.. next tentang Masjid Nabawi aku akan masuk lepas ni.. Ni gambar masa tengah dalam urusan untuk mengeluarkan jenazah mereka.. Selepas kami sampai pada pagi khamis aku dan yang lain datang ke sini untuk proses mengenalpasti jenazah dan pada pagi jumaat tadi membantu membawa jenazah mereka untuk dimandi dan dikafankan. Pengalaman yang terlalu indah bagi aku untuk selama aku berada di muka bumi ini.. Yang pasti kenangan indah ini akan aku simpan selamanya untuk renungan serta peringatan peribadi.


Dikesempatan berada di Kawasan
Tanah Perkuburan Islam Baqi, Madinah...

Syukur kepada Allah kerana memberi aku peluang untuk berada di Kawasan Tanah perkuburan ini.. tempat dimana sahabat-sahabat rasullullah dan insan terpilih dari Allah disemadikan... Kenangan terindah apabila aku dapat berada di dalam kawasan tersebut.. Walau apapun aku berdoa agar roh mereka semua ditempatkan dikalangan insan yang soleh.. Dan yang pasti insan terpilih yang diberi peluang untuk disemadikan di sini.. Kita harus insafi semua ini.. Semoga kita dilindungi dan dirahmati serta dipelihara Allah hendaknya..

Apapun rakan-rakan semua sama sama kita berdoa agar roh-roh mereka ini ditempatkan di dalam golongan beramal soleh... Kenangan indah ketika dibawa ke tanah perkuburan jenazah mereka ini disambut oleh ribuan jemaah yang mengerjakan solat jumaat disini... Dapat aku saksikan dimana terlalu cepat jenazah sampai ke tanah perkuburan dimana jemaah yang ada disitu berebut untuk membawa jenazah mereka ke tanah perkuburan... ribuan umat Islam mengiringi perjalanan mereka, alangkah bertuahnya mereka.. Itulah janji Allah kepada tetamunya yang istimewa akan diberi layanan yang teramat istimewa...

AL FATIHAH

16 comments:

Na Shari said...

Al fatihah
Takziah kepada keluarga mangsa...Somoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Amin...

~Cinta Cukulet~ said...

Al-fatihah utk arwah...

Signorina Syima said...

al fatihah...

atty's said...

al fatihah..seorang jenazah wanita adalah jiran kepada rakan blogger kita..
princess_N
http://ayein0905.blogspot.com/2009/04/berita-mengejutkan.html

elle said...

Innalillah...

Al-fatihah utk arwah... takziah utk keluarga mgsa....

Cik Angah said...

salam Pak Chu...
sayu je baca entry pakchu kali ni..angah baca satu persatu setiap bat yg pakchu tulis...
semoga Roh mereka d tempatkan di kalangan hambaNYA yang beriman...
AlFatihah..

IxoRa said...

Al fatihah....

Semoga roh mereka di cucuri rahmat....

Amin.

Pak Chu Car (Apih) said...

Terima kasih na doakan kesejahteraan mereka...

Pak Chu Car (Apih) said...

Cinta cukulet.. macih tau.. doakan mereka..

Pak Chu Car (Apih) said...

Syima terima kasih..

Atty terima kasih.. jenazah mereka selamat dikebumikan...

Elle terima kasih banyak... doakan mereka selalu.

Cik Angah.. rahmat tuhan yang dia bagi kita tumpang.. itu saja yang dapat kita bantu...

thanks ixora.. semoga kita semua dapat berkat darinya..

joegrimjow said...

pengalaman hebat!!!

Pak Chu Car (Apih) said...

Pengalaman itu yang banyak menginsafkan diri.. :)

:: p R i n c E s S _ N :: said...

oo..kak ty y bgtau rpenyerr...sama2 doakan roh mereka...betull..mereka insan terpilih....

di sini..kami menanti kepulangan keluarga arwah..tlanjur di sana...mungkin mereka wat umrah dulu...

doakan semua bjln lancar...

Pak Chu Car (Apih) said...

insyaallah mereka pergi mengerjakan umrah dulu.. keluarga mereka memang tabah.. semoga mereka dilindungi selalu..

Kurniadi Bulhani said...

semoga arwah ditempatkan disisiNya

Pak Chu Car (Apih) said...

terima kasih budi.. semoga doa budi sampai ke sana