MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Musim Panas yang meletihkan...

Now dah musim panas.. uii suhu purata pada masa skarang (belum peak season panas) ialah sekitar 42-50 Darjah Celcius.. Musim macam ni udara yang telah sedia ada nipis kerana Riyadh ni berada di kawasan tanah tinggi dari Aras Laut.. so bila udara dah nipis akan terjadilah ketidakmayaan.. badan akan sentiasa letih .. kalau check blood preasure time ni mesti rendah gile.. aktiviti akan berkurangan coz kurang berpeluh peluh jadi sejat macam tu je..



Gambar Hiasan: Aktiviti selepas waktu kerja.

Ha ni gambar hiasan aktiviti lepas waktu pejabat.. time ni nak balik rumah pada sape tak larat memang kena tidur coz kekurangan oksigen sket.. kalau tak gerenti pening.. aku pun sebelum balik rest jap karang ada gak memandu pitam nak sampai umah .. Dalam kereta pasang aircond pun rasa macam duk dalam oven.. huuu tu dah pasang aircond tuh.. seperti biasa udara rendah disini.. kering takda kelembapan langsung seterusnya effect kat otak korang yang tak cukup oksigen.


Gambar Hiasan: Musim panas memang meletihkan.

Tu lah sebabnya ramai orang arab time siang dia tidur.. korang jangan ingat orang Arab ni pemalas tidur siang malam berjaga sebabnya adalah menda ni lah .. kitaorang pun merasa tempias musim panas kali ni.. huhu bestnye kalau musim sejuk.. lambat lagi ar musim sejuk takpe la terpaksa la survive.. pakchu balik kerja jew memang weng kena rest dulu kalau biarkan mau idung abis semua darah..

What ever pun ni lar yang perlu dihadapi semua orang kat Riyadh ni musim panas.. huhu wokey pak chu nak gi terjun kolam.. dah paneh dah ni weh.. pape next post tungguw ahaks

Yallah Yallah Panas!!!

12 comments:

Carrie-Ma said...

salam,

insyaAllah saya bercadang menunaikan umrah awal jun ini. makanya terpaksa berhadapan dgn cuaca panas juga la ye...

Pak Chu Car (Apih) said...

hehe haah.. takpe semua tu dugaan.. yang penting ibadah jalankan dengan sempurna tanpa merungut tau.. ikhlas dan jujur..

IxoR@ said...

Itu la...kawan sy pun cakap kt sana panas...

Orang sana waktu siang tak kuar sgt eh...katanya ptg menjelang mlm baru nak happening....

Pak Chu Car (Apih) said...

hehe huuh ixora memang tul pun.. kuar siang alamatnya terbakar ar hehe :) sini malam baru orang sibuk kuar. siang jangan harap ar orang nak kuar..

Sulela said...

Hmmm...tak tahan la musim panas camtu. Panas yang terasa kat Malaysia sekarang ni pun dah rasa tak tahan, inikan pulak kat sana...

Pak Chu Car (Apih) said...

hehe nak wat cam ne su.. terima jelah.. hehe takpe pengalaman hidup di rantau orang.. so kene ar terima dengan hati terbuka huk huk

~Cinta Cukulet~ said...

huhu..kat malaysia nih pun panas jugak..tapi taklah sepanas kat sana ..sabarlah Pakchu menempuh dugaan hehe

Pak Chu Car (Apih) said...

hehe ye chayok saya akan mendengari nasihat cik cinta cukulet hihi

Na Shari said...

Make sure Pak Chu lebihkan minum air putih...Takut dehidrat pulak nanti...

Pak Chu Car (Apih) said...

hihi memang kat meja ni ada satu jag besar sky water ahaks :P memang kena minum slalu pun na.. nak taknak kena gak minum..

miss GAZA said...

Pak Chu,
agak2 kn kat mesir lagi panass dr Saudi tak??

Pak Chu Car (Apih) said...

mesir tak panas sangat.. sebab mesir ada kawasan hijau lagi.. then dekat dengan pantai pula.. dekat ngan europe leh dapat sket sket udara sana.. sini takdo.. huhu cam ne ni bulan depan depa cakap suhu sampai 60 celcius huk huk