MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Coretan Seorang Anak...

Entah apa yang bermain di fikiran aku lepas solat tadi... Aku call mak dan abah bertanya khabar.. tetiba saja hati aku hiba bila mak dan abah gembira sangat dapat bercakap dengan aku... Bila mereka gembira tahu aku kat sini sihat tah lah rasa teringat sangat kat mak ngan abah aku.. Tadi aku baru hantar barang nak kirim yang aku beli dari Mekah kat Kak Jue yang nak balik ke Malaysia malam nih ngan si Saleha.. Alang nak balik tu aku kirim la sket buah tangan dari Mekah untuk orang tua aku... Masa tulis surat untuk mak dan abah, si payen (adik no dua aku) dengan adik Ayu (adik bongsu perempuan tunggal aku) ermm rasa sangatlah hiba.. Pastu kirim lagi duit untuk adik-adik aku guna... adik adik aku dua dua tengah belajar skarang ni .. sorang ngan Tenaga Nasiaonal Berhad (pelatih jurutera ibusawat dan janakuasa) and sorang lagi yang perempuan kat UUM (Information System).

Dari kecil sampai la aku besar aku memang tak berenggang dengan mak ayah aku.. yer lah ayah aku umpama best friends aku.. mak aku pun rapat sangat ngan aku takleh ilang aku.. teringat dari kecil sampai ke besar aku slalu gi mana mana mesti ngan abah ngan mak.. jarang seorang anak nak kuar ngan mak bapak skarang aku nengok.. adakah mereka malu nak berjalan dengan orang tua mereka atau takut saham jatuh?? Kalau bawak tunang aku berjalan pun mesti aku bawa berjalan dengan family aku tak pernah aku nak tinggalkan orang tua aku. Walau tak pernah tinggal mak ayah aku tapi kawan-kawan aku tetap ramai.. kira dalam hidup aku sebelum gi sini 4 jam untuk kawan-kawan,20 jam untuk mak abah aku.. hari minggu 24 hours ngan family aku melainkan ada urusan yang tak dapat elak aku tinggalkan family aku kejap. Sebab tu aku kat sini dah biasa tak kuar .. aku lebih suka duk rumah .. kalau sesetengah orang mati akal duk umah satu hari tapi aku releks je hehe dah biasa coz dari kecil dah memang diajar macam ni.

Bagi abah aku lak .. kalau aku takda memang dia mati akal.. tak tau apa nak wat kalau aku takda.. mungkin dia pun rasa sama macam aku rasa skarang.. sebak kenkadang fikir.. ye lah tanah kat kampung tu pun aku ngan abah aku kerjakan .. kami sama-sama bina rumah disitu.. kadang kami pergi cari material kat tempat binaan yang orang buang tu kami recyle balik untuk bina rumah tersebut.. hasilnya skarang rumah tersebut memang cantik dan slalu guna untuk kami berehat cari ketenangan sekeluarga. Abah slalu kalau telefon cakap bila nak minum teh tarik ngan roti canai ermm yer la slalu tu la rutin aku .. kalau aku balik kampung kalau seminggu tu leh kata 4 jam je untuk kawan-kawan aku.. yang lain untuk family aku. Kalau aku balik kuantan slalu aku sampai mesti pagi punya aku tolak dari putrajaya kul 1 pagi kat subuh tu sampai aku mesti gi beli roti canai ngan teh tarik kat Mydeen (febret mamak aku dari kecik aku kenal hehe) then bawak balik ke rumah makan satu keluarga.

Mak pula kemana dia nak pergi dia harapkan aku.. tak kira la kepasar ke, shoping ke gi umah maklong paklong dan bermacam lagi mesti aku yang dia panggil.. sakit ke apa ke kalau aku tak suruh gi hospital alamat memang tak bergerak la dari umah tu .. mak aku memang degil sket.. tapi kalau aku suh laju je pergi hehe. Tak nafi masa dulu kami memang susah.. yer la abah dulu jaga adik beradik dia dari kecil sampai ke besar, mak aku pun tak kisah jaga adik beradik ayah aku.. sampaikan abah sendiri tak berduit nak bagi adik-adik dia.. syukurlah Tuhan tu maha pemurah.. adik-adik dia tak pernah lupakan dia sampai skarang.. begitu juga ngan aku masa aku di kuala lumpur leh kata sesen pun aku tak keluar.. semua adik beradik ayah aku support.. itu lah hikmah berkorban...

Hermm bergenang gak air mata ni teringat perbualan dengan mak ngan abah.. aku dapat rasa diaorang memang terlampau rindu kat aku.. Teringat masa aku nak pergi ke Riyadh ni.. 2 minggu aku cuti habiskan kat rumah saja.. nak makan apa mak sediakan.. bawa mak ayah pergi jalan merata-rata habiskan masa.. aku tahu aku pilih jalan ni akan membawa aku jauh dari mereka tapi aku seperti yang aku cakap tadi berkorban.. aku nak keluarga aku tak susah ... walau apa aku wat pun setiap ringgit atau riyal aku belanja mesti aku akan teringat kat keluarga aku.. aku tak kisah walau gaji aku bulan ni tinggal sikit skalipun aku tetap tak mau orang tua aku susah coz dari kecil diaorang sanggup susah untuk aku.

Mujurlah tunang aku pun memahami tak memaksa dan juga sabar.. walaupun muda lagi tapi yerlah fikiran dia ok.. slalu tunang aku kalau balik kampung dia akan singgah ke kuantan dulu duduk sana dia akan bahagikan cuti belajar dia antara family aku ngan family dia.. pesan aku supaya jangan lupa jenguk mak abah aku dia ikut dia Alhamdulillah.. Skarang tunang aku plak nak duk lama kat umah aku adeh.. plak dah kata seronok duk umah aku .. yer la mak aku ngan abah aku kan raja ngan pemaisuri lawak kat rumah memang tak kering la gusi dia duk umah tu.. Tapi satu sebab aku suh dia rajin jenguk orang tua aku .. nak suruh dia belajar sket macam mana nak jaga keluarga.. pastu macam mana nak jadi seorang isteri.. Tahniah kat sayang coz dah dapat 3 kali anugerah dekan... kalau nak kena ceramah lagi silalah cakap tak mau belajar hehe.. untuk pengetahuan sem satu dengan dua dia malas nak belajar.. kira tangkap muat je masuk UiTM tu .. tu pun masa belum jumpa aku lagi .. masa part 3 dia berjumpa aku siap la memang kena basuh suh belajar.. pompuan takda orang tegur ke standard la tu ... perempuan ni semangat dia lelaki so kalau lelaki cakap je mesti dia akan wat betul-betul. kalau kita bimbing dia lurus, luruslah dia.. kalau bengkok kita bimbing rosaklah dia.. ingat tu.

Dulu adik kedua aku yang lelaki tu agak kurang sket ngan mak ngan abah.. yer la dia tak leh nak susah sket.. agak complicated sket perangai dia semua nak ada depan mata.. dia lahir dalam zaman mewah tak seperti masa aku lahir dahulu memang susah tu sangat-sangat tapi kami bahagia.. walaupun tuhan tak bagi kami senang tapi keluarga kami memang betul-betul bahagia.. tu yang lebih baik.. asal makan apa ada cukup dah... kalau aku ada duit banyak skalipun aku habiskan untuk mak abah and adik adik aku. Sebab tu sampai skarang aku tak suka shoping sangat.. apa aku beli kat sini barang-barang antik dan perhiasan sebab aku tau benda tu ada harga bila aku bawa balik ke Malaysia.. kira beli tak sia-sia ada sebabnya.. sebab tu la mak aku slalu sangat bila aku bagi duit dia simpan.. bila ada lebih dia akan belikan aku baju ke seluarke apa ke sebab dia tahu aku memang takkan beli.. kalau itu aku ada itu la aku pakai .. sampai koyak rabak pun aku akan pakai.. bukan kedekut tapi dah terbiasa walaupun skarang rezeki tuhan melimpah pada aku tapi aku tetap aku. Mak aku banyak ajar aku supaya berjimat.

Kalau nak ikutkan semua menda mak aku beli.. kadang dia paksa suh aku pakai.. skrang ni dia akan antar ikut courier plak... bukak bungkusan ada la baju ke apa ke .. hehe tak tau la isteri aku nanti mesti dia pun akan paksa aku beli gak .. yer la mana taknya masa pilih barang tunang tu pun aku wat derk je ahaks just bagi duit sayang nak beli apa belilah... But ada hikmah juga ketika aku takda kat sini .. serius betul memang banyak hikmah kat adik aku skarang yang lelaki tu.. skarang dia pula ambil tanggungjawab jaga mak abah,.. skarang aku nampak dah dia slalu duk umah.. mak aku nak keluar ke ayah aku ke dia bawakkan ... skarang dia pun dah ikut abah aku ke kebun tebas rumput dengan repair and tambah ruangan kat rumah tu sket-sket... tapi tulah baguslah dia dah ada tanggungjawab skarang.. rupanya ada hikmah juga.. walaupun mak abah kata tak seperti aku teman diaorang tapi aku cakap syukur at least dia dah ada tanggungjawab tu..

Buat masa skarang member aku uruskan segala urusan business kami.. Alhamdulillah syarikat kereta sewa yang kami buka semakin berkembang. Edy pun slalu gak nengok family aku if dia datang nak bagi duit share.. Edy pun lagi keluarga susah ... mak ayah dia bercerai skarang dia jaga adik adik dia.. kesian sungguh .. dia best buddy aku dunia akhirat and kawan paling aku percaya skali.. Aku pun suruh dia bagi sket je kat mak aku aku tak mau bagi la banyak sangat coz aku tau Edy perlukan duit untuk besarkan adik adik dia.. Dia je harapan keluarga dia coz adik yang lain masih belajar... 6 orang pula dia tanggung aduh lagi berat dari aku.. syukur at least kami ada keluarga yang bahagia.. kadang Edy pun jeles nengok keluarga aku. Aku tau dia harapkan keluarga bahagia.. Maybe perancangan tahun depan aku dan Edy akan beli beberapa buah rumah and wat rumah sewa insyaAllah kalau Allah izinkan jadi lah ia.. aku pergi sini pun kumpul modal.. tampung apa tak cukup. Edy plak dia simpan duit lebih.. dia pun jenis tak boros Alhamdulillah.

Tapi rasa sedih terkenang keluarga terubat lah bila dengar suara mereka.. Aku ingat lagi masa nak pergi sini kat airport abah peluk lama sangat.. macam tu ngan mak.. kami bertiga peluk cukup lama.. macam aku ni tak balik plak dah.. aku nampak abah tahan air mata sedih.. mak pula paham paham la dah nama emak.. lebih dari sedih nengok filem hindustan la dia punya nangis.. ermm mak ngan abah, abang pergi sini bukan nak tinggal tapi nak keluarga kita lagi bagus dari hari-hari semalam.. insyaAllah mengikut perancangan yang ada jika berjalan lancar abang akan balik terus kat Malaysia bila semuanya stabil.. jangan la mak ngan abah duk risau makan minum pakai abang kat sini ... sebab tau dah mesti mak masuk kotak and hantar coz dia tahu perangai anak dia memang tak suka shoping hehehe... Jadi korang yang ada diluar ni jangan lah malu nak melepak kat kedai kopi dengan abah korang, malu nak jalan ngan mak korang ke pasar, malu nak bawak mereka kemana-mana.. jangan lebihkan awek ke atau isteri ke.. ooo kalau awek ke isteri ke bukan main nak tayang.. tapi mak ayah korang adui jalan setiang tinggal...korang ingat.. syurga isteri kat telapak kaki korang .. tapi korang punya syurga??? LU PIKIR LAH SENDIRI...

Dari anak mak abah yang rindukan kamu.. Mak ngan abah kalau baca ni jangan ar wat lawak owang sedih nih. Kalau adik ayu buka blog ni nanti baca ngan penuh perasaan eh tunjuk kat mak abah.. abang pun tak reti nak berlawak dah macam slalu sedih rindu mak abah.. kat sayang tunang abang belajar leklok.. hadiahnya ialah kahwin hehehe ...

Anakmu,
MOHD AL HAFIS BIN HANAPI..

3 comments:

zeela zaynal said...

huhu! sayu hati aku membaca..maklumlah naluri sorang ibu seperti ibu memahami perasaan anak sepertimu!

perantau.timur.tengah said...

beb.. jom tempah tiket balik cuti msia.. aku nangis dah nih.. huhuhuh

Pak Chu Car (Apih) said...

Huhu marilah pulang ke malaysia waaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!