MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Berkelah di Ladang Kormak???


"KISAH BERKELAH DI LADANG KURMA"

BERTEMU kita lagi didalam ruangan jalan-jalan makan angin.. saya travel guide anda. (Saya yang wat muke tu ) kelihatan aku cuba membuat muke seperti mengkarung tak berperasaan tapi cam pelik lak aku wat muke cam tu ahaks. Diruangan kita pada kali ini saya letakkan gambar-gambar yang dimana kami pergi berkelah di Ladang Kurma??? saya ulangi ladang kurma??? apa ?? anda tidak percaya mari kita saksikan laporan khas ini ditaja oleh Kurma Cap Madu Gajah. Perkenalkan di sebelah saya itu adalah Encik Ahmad dan Isterinya.

Dinding ini dipercayai telah dibuat mengunakan tangan .. bukti-bukti yang ada menunjukkan tidak kurang dari 10,000 jari jari yang ada di setiap binaan ini.. fakta ini telah dikukuhkan lagi oleh Saudara Azral yang kelihatan kagum lalu bercadang untuk mengabadikan gambar dinding ini di dalam kulit albumnya yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. Manakala kelihatan saya tengah berposing untuk tujuan amal.

Wah wah ini lah masa ditunggu ketika berkelah makan time kelihatan masing-masing sedang sibuk mengatur lauk pauk untuk dimakan .. dan aku ??? hanya kelihatan memandang dengan penuh tekun juadah yang disediakan .. Yang pergi masa ni Ahmad and Wife.. Azral and wife .. Mustafa and wife dan aku and aku and aku huhuhuh waaaaa!!!!!!!!!!...

Ermm ni antara pemandangan di laluan ladang.. sini yer la Arab Saudi ladang pun jadi ar nak picnik.. walaupun ladang ni private tapi sape nak berkelah sini leh la minta kebenaran dari tuan tanah.. diulangi tuan tanah... sekirannya anda terminta dari tuan bawah tanah dikhuatiri anda akan ilang didalam kebun kurma ini.

Wohoho kelihatan ni la abang mustafa.. jejaka idaman kak Jam.. ermm aku lak tengah sibuk memilih ikan bilis .. huhu sambal tu best wooo.. lama tak makan pedas dah seh.. Thanks kepada semua yang sediakan juadah .. best.. ada nasi lemak ada sandwich ada mee lagik.. huhu best best... nak wat cam ne .. diaorang la tempat aku nak bertumpang gembira sket.. maklumlah sorang .. lepas raya ni baru berdua ehehehe :)


Dah abis makan gi la merayap kat celah dinding.. sempat amik gambar posing untuk dihantar kat mak kat kampung. mak aku cakap takda menda lain ko nak tangkap dinding cam tu pun jadik.. hehe.. yer la mak aku duk sindir aku tu bila nak ada orang kat sebelah .. lor kate janji lepas raya hehe lepas raya ar ..



Huhu ni kurma yang fresh lagik ... tapi yang ni balance yang jatuh ke bawah masa diaorang tuai kurma.. so aku amik letak kat position best best and amik gambar.. last last jadi perhatian ramai orang lak nak amik gambar.. pape pun ni lah buah kurma kepada korang yang tak kenal..



Pemandangan lain di ladang kurma.. luas gak ladang ni kalau sekilo kat Malaysia dah berpuluh ringgit bayangkan berapa tokeh ladang ni untung jual kurma dia.. huhu mau lamborgini sebijik senang-senang je dapat huhuh... tapi ada ke orang cakap ladang kelapa sawit weh tolong sket eh .. ni bukan ladang kelapa sawit.. INI LADANG KURMA



Hehe bila sampai kat sini je aku teringat kat Putrajaya.. kelihatan Riyadh pun ada jambatan macam Putrajaya.. Sampai sini memang lah teringat Putrajaya.. Ohhh Putrajaya ... teringat kenangan melepak di tiang jambatan di sana bersama Iwan, Dayat ngan Sarip Mamak aahaha.. sengal !!!

Ni lah jalan-jalan nak menuju ke wadi laban dan wadi hanifah ... wadi ni kawasan lembah so kurma-kurma ni ditanam di lembah sebab kawasan subur.. jalan jalan batu je tak yah wat finishing tembok sini batu pejal.. stakat lori balak langgar batu ni takda effect pun.. Malaysia ujan sket je runtuh sana sini.. Setakat ini sahaja kembara di Ladang Kurma.. semoga anda baca dengan penuh tenang.. Selamat Bercuti-cuti Saudi..

Yang benar,


...........t.t............
PAK CHU CAR

No comments: