MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Pendapat Sendiri: Significan Melepaskan Pulang Pelajar dari IPTA / IPTS yang terkena H1N1


Salam.. Hari ni pakchu nak wat sessi perbincangan mengenai wabak H1N1 seperti mana yang didengar khabar sedang merebak dengan teruk di Malaysia. Berhubung satu pendapat di mana apakah keteorian penyakit yang berjangkit seperti ini adakah bagus dikuarantin atau pun lebih baik dilepaskan seseronok itu sahaja. Apabila bercakap mengenai pendamik ini bermaksud wabak ini sangat mudah untuk merebak yang membawa kepada keluasan mangsa-mangsa yang berpotensi untuk dijangkiti virus ini.

Bak kata orang skarang ni musim orang cuti.. ada H1N1 kat situ abis satu tempat kene tutup terus la balik.. so perbincangan kita pada masa ini ialah signifikan memberi mereka yang berpotensi untuk menyebarkan jangkitan (walaupun tak kena lagi) pulang ke rumah masing-masing untuk dikuarantin di rumah. (APA KEJADAHNYA SEMUA INI) hihi.. huuh ye la buang tebiat kan kata nak mengelak dari wabak ini berjangkit seluasnya.
Bukankah lebih elok sekiranya semua pelajar dimana tempat yang terkena ini dikuarantin.

Mana lah kita tau kan kalau kalau ada sorang dua terlepas tapi takda tanda lagi H1N1 ni keluar balik ke kampung tak ke menda ni dah merebak kat keluarga dia lak.. pastu tak pasal kena lak menda ni kat rumah.. dah kena kuarantin satu rumah.. dah kena satu rumah pulak dah ahli keluarga tu pergi la kepasar ke ke kedai kopi ke ke mana mana ke.. lagi satu hal satu kampung merebak lak.. pastu orang orang kampung yang kat situ lak pegi la jengah sedara mara dia lak ke kawan kawan ke gi outstation kena lak H1N1 dah makin merebak gile menda ni.. So apa significan memberi pelajar-pelajar yang berpotensi membawa virus ini pulang ke kampung?


Tidakkan lebih selamat lagi jika mereka ini dikuarantin kan dahulu di dalam kampus dan diberi cuti serta kementerian support la makan minum diaorang dulu.. jika dibiarkan mereka keluar pulang ke kampung ada la pulak yang naik bas, keretapi, basikal, kapal terbang atau ada gak yang merewang tak balik umah pegi lak merayap and secara tak langsung yang pembawa tersebut yang tak ada tanda agi tu dah menyebarkan virus tersebut.

So kepada pihak yang bertanggungjawab dalam hal ni fikir masak masak.. jika tidak masakan macam mana tak jadi makin teruk.. cuba siasat betul betul kes kes yang berlaku kat luar yang sampai hari ni telah meragut 4 nyawa.. tak caya nengok la relate nye dekat ngan kes kes budak yang belajar ni.. sampai bile ada kes nak siasat je kejenya... work a best way to prevent it coz vaksin takda lagi.. kita kena la mencegah... so nak mencegah ni kuarantin.. kita mampu mengubahnya..

6 comments:

Anonymous said...

btter js quarntine kn aje sume2 yg de pnykit @ disyaki brpnyakit dr dibiar cuti.. kang kt luar lg bhaye, mcm2 org nk kene ngadp.. lg truk nnt jd nye..

Pak Chu Car (Apih) said...

Yezza encik pet.. tapi macam mana plan kita nak gi bali eh hahaha :P eh lu tak kena kuarantin ka hihi

elle said...

mmg ptt dikuarantin di dlm asrama sbnrnye... tp klu batch elle ktorg duk rmh sewa... pendedahan pd pljr lain sgt terhad... ktorg xbergaul dgn pljr lain... tp ada gk kes H1N1... tmpt bljr elle sudah diberi cuti semggu... sume pelajar di hntr pulang... elle pn pulang la... skrg sudah kembali ke kampus... ntah la ada ke tidak H1N1 tu kt tmpt bljr elle nih...

Pak Chu Car (Apih) said...

hehe tu la pasal.. takpun dah jangkit kat orang lain tu.. sebab kita tak stop penularan dah bagi kuar kan.. so semakin spread lagi semua tu.. emm apa punya peraturan la pakai.. bukan nak membendung tapi menyebarkan agi..

Anonymous said...

nk g bali celah mane plk.. final sem ni.. sebuk cm ape lg.. huhhh.. aku xkene quarntine.. tp dpt gk r cuti semgu.. lpk umh wt thesis je.. uhuksss..

perantau.tt said...

hahaha.. bawak merantau virus tu ek.. ko sianla budak tuh.. biarlah dia baik kg.. dah la kat sekolah taknak dia.. takkan mak bapak pun taknak jaga gak..

btw ko baru balik merantau border sebelah tu clean tak? wakakak

kalau mexican baca blog ko ni mesti dia marah.. hehe