MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Tahniah to My Bos ops now Dato'

From BERNAMA news hihi gua cilok maklum ar tak dapat nengok bos amik pingat hihi.

10 Julai, 2009 20:52 PM

PM Dahului Senarai Penerima Darjah Kebesaran TYT Pulau Pinang

PULAU PINANG, 10 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mendahului senarai 793 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-71, esok.

Perdana Menteri akan dianugerahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Tiga orang akan menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri manakala tujuh orang Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) dan 39 orang Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang masing-masing membawa gelaran Datuk.

Menurut senarai yang dikeluarkan Bahagian Dewan Undangan Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini, tiga orang yang menerima DGPN ialah Gabenor Sumatera Utara, Syamsul Arifin SE (Kehormat); Pengerusi Jawatankuasa Am Rumah Orang Tua Jubli Perak, Datuk Khoo Keat Hye dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim.

Tujuh orang menerima DMPN ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain; Pengerusi Eksekutif lapan buah syarikat, Datuk Abdullah Sani Abdul Karim; Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob; Hakim Mahkamah Tinggi John Louis Ohara; Panglima II Divisyen, Mej Jen Datuk Md Noor Daud; Ketua Pengarah Kumpulan RA Datuk R. Arunasalam dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman.

Penerima DSPN ialah pelopor bidang teknologi satelit di Malaysia, Prof Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad; Pengarah Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) Ir Ang Choo Hong; Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Ariffin Awang; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Melaka Azizan Hamid; bekas pengerusi Jawatankuasa Kempen Bahasa Malaysia bagi Sekolah Rendah Kebangsaan Cina dan Tamil, Chan Hon Kwong; Penasihat Kanan Urusan Macquarie Bank, Chong Choong Leong.

Pengarah Urusan Taman Sungai Ara Development Sdn Bhd, Chuah Thean Seng; anggota Lembaga Rayuan Negeri, Prof Dr Eric Goh Kok Hoe; Penasihat Undang-undang Negeri, Faiza Zulkifli; Pegawai Kewangan Negeri, Farizan Darus; Pengerusi Pengurusan Lembaga Pengarah B. Barun; Prof Dr H.C.L Udwig Georg Braun (Kehormat); Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Leader, H'ng Chuan Hsiang; pemilik Kilang Metal Roofing, Khor Lee Nam.

Usahawan dalam bidang pembinaan, Lim Chin Leng; penyanyi kumpulan Alleycats mendiang A. Loganathan; bekas guru Institut St Xavier Pulau Pinang, Louis John Michael Jacques; tokoh budaya, Allahyarham Mohd Bahroodin Ahmad; Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman; Pengarah Urusan Pembinaan Daya Tekad Sdn Bhd, Mohd Nadzir Mansor; Setiausaha Panel Dakwah Majlis Perunding Islam Malaysia, Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Muhammad Yusoff Wazir; pemilik UWC Holdings Sdn Bhd, Ng Chai Eng; Ketua Pengarah Biro bantuan Guaman Malaysia, Nik Hasmat Nik Mohamad; bekas pengetua Sek Men St Xavier Pulau Pinang, Paul Ho Kok Chee; ahli peniagaan, Peh Weng Khim; Setiausaha Kehormat Liga Muslim Pulau Pinang, Sulaiman Hajah Mydin; dermawan M. Suppiah; arkitek Syed Ahmad Fauzi Syed Nooh; Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Prof Madya Syed Omar Syed Mohamad Al Saggaf; Presiden Kumpulan Syarikat Tan Gee Beng (TGB), Tan Cheng Chow @ Tan Gee Beng.

Ahli Perniagaan, Tang Chong Hock; ahli perniagaan Teh King Them; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Teh Lei Choo; bekas ahli politik, Teoh Chung Hor @ Teoh Kooi Sneah; Pengarah Eksekutif Setiakawan Kilang Sawit Sdn Bhd Teow Peng Hee; Pengerusi Panel Penasihat Ekonomi Antarabangsa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof Woo Wing Thye; Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa; Ketua Cawangan Risik 4, Brig Jen Datuk Paduka Mat Rashid Ashaari dan Pakar Pergigian Angkatan Tentera, Brig Jen Dr Roshidah Ishak.

Selain darjah kebesaran itu, 69 orang menerima Darjah Johan Negeri (DJN), 23 orang Bintang Cemerlang Negeri (BCN); 123 orang Pingat Kelakuan Terpuji (PKT); 307 orang Pingat Jasa Kebaktian (PJK); 155 orang Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan 66 orang Pingat Bakti Setia (PBS).

Antara yang menerima DJN ialah Hakim Mahkamah Sesyen Georgetown, Hadhariah Syed Ismail dan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Dr Mohamed Shah Hussin Shah manakala Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Zulkifli Alias merupakan antara penerima BCN.

Kesemua penerima anugerah itu akan menerima pingat masing-masing secara berperingkat pada istiadat penganugerahan yang akan berlangsung di Dewan Sri Pinang di sini pada esok, Isnin dan Selasa ini.

-- BERNAMA

so congrate to my bos ops Dato' hihi terpaksa aku rahsiakan dari semua orang sebelum 11 hb hari tu hihi so aku telah berjaya menyimpan rahsia ini sampailah diperkenankan dengan rasminya ahahaha.. kepada siapa yang gelabah tepon aku tak tau menda ni sorry la saya ni penyimpan rahsia hihi so menda pasal bos saya semua takda bocor hang gerudi cam ne pun takda la aku nak bitaw sampai ar bos aku suh bagi tau ada faham.....

"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"

9 comments:

IxoR@ said...

Bila agaknya giliran Ixora dapat tittle DATIN...?

Hahahhaha :D

Pak Chu Car (Apih) said...

hehe nanti nanti la ixora.. nanti dah agak agak ada umur tu ehehehe mesti leh dapat kan kan kan

Na Shari said...

Oh, penyimpan mohon bos rupanya... :)

Agak-agaknya la, kalau bos kawin lagi satu...Kena simpan rahsia gak ke?

Pak Chu Car (Apih) said...

hehe wooo semestinya mesti simpan ahaks.. saya sentiasa menyimpan apa yang orang nak suruh saya simpan :) tu keja saya cik na :D

attyfir said...

tahniah for ur bos..mesti dpt makan besau nie

afzai.nizam@yahoo.com said...

Thanks 4 visit and link.. http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Saudagar minyak tok arab tompok-tompok taik unta.. Kami dah baca blog anda.. salam kenalan moga.. anda berada disana selamat berade kat sana dan selamat pulang ketanah air..

Pak Chu Car (Apih) said...

hehe semua besau atty huhu.. betul betul betul

Pak Chu Car (Apih) said...

to afzai:

Thanks bro lawat blog aku huhu.. wo nanti leh ar bawak bawak prelude gue pigi itu kedai kasik mooddddyyyyfieeddd leh kan kan kan diskaunnnnnnn

Anonymous said...

http://cardiffmiller.com/pubs/buyvalium/#38472 valium sale manila - valium side effects and withdrawal symptoms