MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

AWC Bazar, Brunei Embassy, Riyadh


Hehe aku bukan kat jepun la beb ni aku kat brunei embassy di arab saudi jew.. hehe poyo duk gambar ngan orang jepun. Hoho ni lagi satu event yang dibuat oleh gagasan wanita ASEAN di Riyadh ni. So program-program ni la yang menyatukan orang-orang dari rantau asean untuk bersama di satu tempat. So macam macam la makanan disediakan dan tetamu boleh tahan ramai seh kat sini. Memang pack la cuak gila aku malam nih ada wat persembahan lak tah macam mana ok ke tak tak ke ok ermm.

Aku pun tak tau macam mana la menda ni leh wt tarian .. dah la tu lelaki lak tu pakai tempurung letak kat dada hehe macam darai la pulak hehe agak agak la tempurung letak kat dada kalau letak kat ladies tu ok gak nengoknya ni aku tengah tak berhenti ketawa la ni tengok tempurung ni hihi. But not bad la dia ada bunyi bunyi so ada la guna tempurung tu, tarian ni asalnya dari negara Filipina so diaorang perform ni la budaya diaorang banyak campur dengan negara penjajah diaorang so memang adat pun diaorang la..

Fuh malam tu memang la cuak beb maklumlah first time wat performance kat luar negara hehe.. tapi takpalar aku akan bantai je la apa yang aku tau hehe janji malaysia boleh kat mana mana pun ok. Ni kira jadi bidan terjun la aku kali ni huhu segan pun ada beb.


Ni kat stall malaysia dia bagi kat tul tul pintu masuk memang lubuk la hari tu jualan sold out hehe menu yang ada sate, mee goreng, laksa fuh memang menambat hati orang yang datang paling best support dari orang malaysia sendiri yang datang memang korang the best sokong produk tempatan superb hehe thanks la beli beli eh lain kali kitaorang buat leh beli lagi.

Pada waktu ini abang mus tengah mengira keuntungan yang berlipat kali ganda.. hehe tengok tu kuali mee kosong licin dibeli oleh orang yang datang. Kebetulan pula tukang masak kami Kak Jam memang dikenali disini memang top la bab masak so market dah ada.. kelihatan cik azral tersenyum tawar kerana mee habis :)

Fuh posing jap letih beb.. hehe baju itam tu baju persembahan kitaorang malam tu silat pulut ke silat apa ke hehe tah lar beb papepun berserah je lah pada tuhan hehe jadik jadiklah ..


Gaya pendekar kudus yang hendak bertarung hehe


Fuh.. tuhan je tau la apa yang aku rasa time tu beb.. huhu memang berdebar la hatiku ini hehe paper pun time tu memang tengah control gile lar.. aku ada darah gemuruh ni gila lar beb. Masa tu peluh jantan peluh betina semur kuar orang start tepuk baru aku angkat tangan tah pape tah hehe ada lak suara suara menjerit pakcik silat (tua sangat ke aku nih)


Masa ni tengah blur eheheh aku pun tak tau nak wt per time ni tengah ingat langkah-langkah yang tengah study ada gak 1 minit wat blur hehe orang pun naik heran nengok nape la duk lama sangat hihi paper pun semuanya berjalan lancar.


Gaya jurus bunga bunga beguguran dari Laksahangmana Azral hehe fuiyo dah jadi cam kungfu lak aku nengok hehe

Para pendatang yang hadir hehe kelihatan para diplomats dari negara yang lain turut hadir memeriahkan lagi majlis kali ini.

Gerai-gerai jualan juga diserbu aku pun poyo gak hehe tengok orang jepun katakan kecik kecik jew. Jepun adalah co. partner bagi ASEAN so memang apa apa pun banyak diaorang la yang bantu. So jepun memang ngam la ngan negara kita Malaysia hehe.

Penasihat kedutaan kita pun Encik Lokman turut serta juga membantu.. memang respectlah tak kira pangkat tua muda berganding bahu menjayakan bazar kali ni memang best!!

Hehe poyo dengan hadiah cabutan bertuah daripada sumbangan macam macam company. Grand prize pada malam itu ialah TV plasma gila ar... Aku tak dapat apa pun hehe dapat makan ngan sijil jew hihi!!

Gaya perosak lagu kebetulan pada waktu ini lar sound system menjadi gila disebabkan cik azral gatal menyentuh butang yang ada disitu. Korang tengok muka dia tersenyum cover mengover kesalahannya yang telah menyebabkan ribuan disitu pandang kearah kami dengan muka pelik .. adui malu seh...

1 comment:

perantau.tt said...

wei rindu beb suasana dolu2... hahah