Hasad Dengki ...

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanatsebagai mana api makan kayu."
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:
Buruk sangka
Hasad dengki
Takut sial kerana sesuatu
Buruk Sangka:
Kebanyakkan Melayu pada ketika ini masih lagi tidak dapat membuang perasaan buruk sangka mereka. Ini terjadinya daripada nas-nas keturunan (turun termurun) yang diwarisi daripada keluarga bergenerasi. Wujudnya perkara ini disokong oleh kajian saintifik berkenaan gen gen yang mempengaruhi minda. Contohnya pelakuan jenayah kejam sesetengah individu dipengaruhi oleh gen yang diwarisi.
Contohnya apabila terbitnya satu permasalahan... mereka yang buruk sangka ini akan terus membuat kesimpulan mengikut hati mereka tanpa bertanyakan hujung pangkal serta tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu. Mereka lebih suka berada dalam kelompok pemikiran mereka sendiri dan jenis begini tidak suka mengambil tahu pandangan disebabkan rasa benci atau kesilapan yang dilakukan.
Dari buruk sangka menjadi Hasad Dengki:
Daripada buruk sangka ini maka terjadilah satu perkara dinamakan pembalasan untuk mencari kepuasan. Dikalangan mereka ini ada satu nas dimana mereka tidak akan berpuas hati selagi tidak dapat menjatuhkan, memalukan atau tindakan subversif sewajarnya terhadap individu yang ditarget.
Daripada ini akan berlakulah cakap belakang, tuduh menuduh, memburukan individu atau organisasi serta mereka tersebut akan memencilkan diri daripada orang-orang yang mereka targetkan (benci). Mereka akan lebih menumpukan untuk membalas dendam daripada hal hal lain disebabkan perasaan tidak puas hati serta buruk sangka mereka. Golongan ini adalah sangat merbahaya kerana dihadapan mereka akan berpura pura baik serta tidak mengetahui (berbuat buat sengal) mengenai apa yang berlaku.
Selingan cuba kita renungkan hadis ini lagi:
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."
Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."
Abul Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu:
Risau hati yang tak putus-putus
Bala yang tidak berpahala
Tercela yang tidak baik
Dimurka Allah s.w.t.
Tertutup padanya pintu taufiq
Ingatlah sebagai peringatan antara saya, kamu yang membaca dengan sesama umat Islam atau bukan seagama dengan kita iaitu diri sendiri akan merana sekiranya kita berhasad dengki terhadap orang lain... tercara dengan pemikiran sendiri kita yang berhasad dengki ini sebenarnya merosakkan jiwa dan pemikiran kita.. maka akhirnya akan berlaku dengan pembalasan Cash ataupun secara kredit di masa hadapan... kita patut ingat bahawa kita semua adalah manusia.. baik buruknya biarlah Allah yang tentukan dan selebihnya kita perlu bersabar.
Hal ini dikaji secara sedikit oleh:
Pakchu Car... 13 March 2010