So dah berlalu sudah hari hari melepasi tahun kebaruan lah. So apa yang berlaku bagi tahun 2010 kita tinggalkan amik yang baik.. yang buruk throw lah masuk lubang tandas jadikan pengajaran. Selamat 2010 banyak mengajar erti kehidupan, kasih sayang, benci, rindu, malas, tonggeng apa semua lah. Yang penting skali "akal yang bagus datangnye dari hati yang ikhlas" .
Dari segi ekonomi alhamdullillah makin meningkat dah keteguhan.. bermula dari zaman aku keje tepi jalan sampai lah sekarang aku dapat tengok flow yang makin meningkat dan 2010 rasanya tahun peningkatan yang terbanyak setakat ini. Alhamdulillah rezeki Allah bagi kepada kita dapat kita rasa bersama keluarga, rakan-rakan serta orang sekeliling.
Dari segi kerja so far so good. Alhamdulillah banyak offer daripada private company skarang yang offer to join them. Walaupun aku memang daripada swasta dahulu aku buat masa ni amik keputusan untuk pertimbang offer yang aku dapat. Dari segi carrier nye aku skarang ni aku berada tahap selesa. Nak kata work hard tidak nak kata tak work pun tidak. So aku leh tumpukan kepada menda menda lain. Tak seperti masa aku bersama dunia korporat dahulu. Life aku hancos, masa sosial takda, cuti tah kemana, keluarga semua nya tunggang langgang so i realise walaupun aku ni pentingkan kerjaya aku tapi aku tak leh lupakan orang orang yang berada disekeliling aku membantu aku bersama aku membimbing aku untuk jadi seperti aku di sana dahulu.
Even masa aku nak berhenti dari korporat dahulu pun atas kerelaan aku sendiri. Aku tersedar yang pada masa itu aku kerja, kerja dan terus kerja sampai aku lupa mana dunia aku.. aku terlupa kawan kawan aku yang memerlukan aku, dunia aku tertutup macam tu saja walaupun apa yang aku dapat disana kalau aku cakap 20 orang 19 akan cakap "Bengong ko ni berenti wat pe, masyuk apa keje tu, kalau aku aku nak". Ye aku tau masa aku nak kerja situ 16000 application, 1500 senarai awal, 250 senarai pendek, 50 masuk test, 10 ditemuduga, dan akhirnya 2 orang saja yang dapat.
Walaupun kerja aku sekarang ini just so so on saja.. takda nak glamer ke apa ke. but aku suka macam ni.. so aku tak perlu nak entertain orang lebih .. aku tak perlu kejar pangkat.. semuanya aku boleh balance dengan kehidupan dan dapat merasa apa itu erti hidup yang sebenar.. Apapun biar aku bekerja dari bawah macam ni supaya aku dapat merasa macam mana mengenal erti jadi yang bawah supaya sekiranya aku kembali untuk menjadi orang atas balik aku tahu apa yang mereka dibawah rasa.
Macam manapun hidup walaupun kita ni diberi apa apa posisi.. rasa hormat.. ikhlas serta amanah dalam kerja amat penting dengan communication skills serta PR yang bagus dalam mengatur sesuatu situasi dalam pekerjaan dan aku faham ada sesetengah orang berbangga dengan apa yang mereka ada pada hari ni tapi dari segi amalan aku di korporat dahulu perlu ingat orang bawah boleh menjatuhkan seseorang diatas dengan tanpa sedar.
"SEIMBANGKAN KEHIDUPAN ANDA, BELAJAR DARI KEHIDUPAN"