MASA SKARANG

BLOGERS MALAYSIA

BlogMalaysia.com

AWARD

Emm still Upgraded

Musim Panas yang meletihkan...

Now dah musim panas.. uii suhu purata pada masa skarang (belum peak season panas) ialah sekitar 42-50 Darjah Celcius.. Musim macam ni udara yang telah sedia ada nipis kerana Riyadh ni berada di kawasan tanah tinggi dari Aras Laut.. so bila udara dah nipis akan terjadilah ketidakmayaan.. badan akan sentiasa letih .. kalau check blood preasure time ni mesti rendah gile.. aktiviti akan berkurangan coz kurang berpeluh peluh jadi sejat macam tu je..



Gambar Hiasan: Aktiviti selepas waktu kerja.

Ha ni gambar hiasan aktiviti lepas waktu pejabat.. time ni nak balik rumah pada sape tak larat memang kena tidur coz kekurangan oksigen sket.. kalau tak gerenti pening.. aku pun sebelum balik rest jap karang ada gak memandu pitam nak sampai umah .. Dalam kereta pasang aircond pun rasa macam duk dalam oven.. huuu tu dah pasang aircond tuh.. seperti biasa udara rendah disini.. kering takda kelembapan langsung seterusnya effect kat otak korang yang tak cukup oksigen.


Gambar Hiasan: Musim panas memang meletihkan.

Tu lah sebabnya ramai orang arab time siang dia tidur.. korang jangan ingat orang Arab ni pemalas tidur siang malam berjaga sebabnya adalah menda ni lah .. kitaorang pun merasa tempias musim panas kali ni.. huhu bestnye kalau musim sejuk.. lambat lagi ar musim sejuk takpe la terpaksa la survive.. pakchu balik kerja jew memang weng kena rest dulu kalau biarkan mau idung abis semua darah..

What ever pun ni lar yang perlu dihadapi semua orang kat Riyadh ni musim panas.. huhu wokey pak chu nak gi terjun kolam.. dah paneh dah ni weh.. pape next post tungguw ahaks

Yallah Yallah Panas!!!

With Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary


Dikesempatan bersama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Before he was nobody.. takda siapa yang mengenali dia, hanya seorang peniaga beras di Utara tanah air... but now dia dah buktikan dia berada diatas. Setanding dengan orang orang asing di luar negara.. but yups beliau still simple.. very rendah diri, peramah and tak memilih untuk berkawan.. apapun pengalaman ni berikan aku satu lagi erti yang mana walaupun kita sudah kaya raya tapi yang penting mesti ada sifat rendah diri dan sentiasa belanjakan rezeki kita ke jalan yang betul insyaaAllah tuhan akan berkati rezeki kita.

But he is the man.. actually i have a plan to be like that one day.. cuma skarang tengah mengorak langkah mencari apa makna hidup dahulu.. i wish if i become like that aku takkan lupa diri.. niat di hati nengok ramai yang perlukan bantuan.. itu yang dapat aku belajar.. macam mana pun kita dimana kita kita perlu hormat orang lain.. to have respect we have to give our respect..

Hope so satu hari nanti aku boleh pergi ke tahap itu.. now aku dalam usaha untuk improve my life.. untuk jadi senang kita harus mula dari merangkak.. belajar kenyataan hidup.. tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan kita harunginya dengan tabah.. jatuh bangun mengajar kita erti untuk memperbaiki diri kita.. Insyaallah aku doakan kawan kawan bloggers aku disini semua berjaya, bahagia serta dimurahkan rezeki amin..

Malaysian Food Bazaar 2009, Riyadh, Kingdom of Saudi Arabia

Wassup sowy okkk pak chu agak lame tak update.. quite bz or masa ni.. ermm aaa baru baru lepas ar Persatuan Isteri-isteri kedutaan Besar Malaysia, Riyadh, Arab Saudi menganjurkan satu bazaar kat mana orang-orang kita di Arab Saudi ni menjual macam macam makanan Malaysia, cam kira pasar malam ar hehe maklumlah sini mana ada pasar malam macam kat Malaysia tu.. but at least ada la kemeriahan tu kat sini.. so meh check gambar pakchu tangkap ari tu uhuks!!



Air batu campur corner... uhuks best nye dengan suhu dipetang hari itu 41 Darjah Celcius memungkinkan gerai ini dikerumuni oleh peminat ABC, orang putih pun minat gile menda ni.. antara gerai sejuk walaupun disini tengah hot. Tapi caya ar memang best sodap!!


Uhuks lagi satu panas panas fuh gigit tembikang (tembikai) nyummy.. tu je la aku makan time time panas.. nak makan nasi ke apa ke tak lalu coz tengah panas.. aku kalau panas febret aku menda menda ni je la.. makan tolak tepi malam sket.


Hehe ni Rashid dan isterinya.. mamat ni kalau bab meniaga memang suke betul haha and also kuat makan gak ni kata bininya hehe but pape pun nasi ayam diaorang best sodap ada lai chikang lagi ngan aiskrim dalam plestik tu ihiks aku pun turut menghirup eskrim budak kampung huhu.


Antara tetamu terasing yang datang hehe saje je amik shot ahaks


Hehe alar posing maut pula model kita kali ni haha.. ye tak silap lagi model makanan Malaysia almaklum di Arab Saudi ni model semua jantan takda betina seh.


Hehe budak ni tengah marah adik dia ni.. cengih tul budak ni adik dia nak makan tembikai pun marah suh amik yang kecik lak tu huhu.. tu la teringat gak aku wat ni kat adik aku gak dulu ahahaha!!


Mamat ni bukan orang Malaysia pun tapi tah tetiba je datang nak meniaga so bagi la gak.. dah tu tak mau bayar tapak .. alasan takda sale. Cheh mujurlah along along Embassy berjaya juga mendapatkan bayaran tapak.. tidak memang mamat ni kena tapak gak atau menjadi tugu kebangsaan ngan mereka itu.


Hooo ni menjual cenderahati dari Arab Saudi.. uuu banyak tapi mahal gilo.. cheh takpe lar aku pun tak beli pun hehe... :P


Aaaa ni geng Sri Wangi.. Ni gerai paling panjang la gabungan pendudukan Sri Wangi salah satu komuniti Malaysia yang terbesar di Riyadh ni.. macam macam ada

So papepun terima kasih atas sokongan orang Malaysia and juga warga asing yang datang .. hope this pasar Malam akan diteruskan lagi sekiranya ada kelapangan untuk kita wat lagi.. uuuu what ever memang best orang Malaysia berkumpul semua kat sini, apapun jualan sold out pada hari tu.. kira kira 3 ribu orang gak yang datang..

Survey: Hehe Mana Satu Korang Suka...

Umm hari ni pakchu nak promote dreamcastle studio lor.. hehe pakchu just try edit gambar yang pakcu curi dengan permisi dari tuan tanah En. Fendy ni hehe.. So ni sahabat baik pakchu freelance photographer gak ni .. so pakchu tolong suka suki edit gambar dia ahaks.. so mana satu korang suka eh bagi komen...



Gambar Asal dari Bro Fendy.. gua copy dulu...

Edit 1: Ala ala 70-an hehe vote vote..

Edit 2: Pakchu idupkan semua bunga bunga kenangan diaorang ni.. hehe

So pakchu minta pendapat korang ar eh.. so nanti pakchu leh colaborate dengan Dreamcastle Studio for our new artworks hehe sapa sapa nak tawen leh je call fendy.. so dont worry gambar korang tak cantek pakchu ada editkan hehe... dont worry eh babeh..

So mana korang suka sila vote untuk we all improve photo kahwin hehe

Pemandangan Di Riyadh, Arab Saudi

Salam hehe.. ari ni pakcu terajin la sket nak update belek belek hardisk aku jumpe la gambar snap sket pemandangan bandaraya Riyadh nih.. hehe so check mata korang ok ke tak and nengok post aku kali nik.. selamat memandang hehe.



Bandaraya Riyadh

Hehe ni la bandaraya riyadh, memang besor gile coz di sini takda banggunan tinggi sangat ar.. coz masa dulu ada airport kat tengah bandaraya ni.. setelah airport tu dipindahkan jauh sket ke luar kawasan bandaraya baru la pembangunan bangunan nak cakar langit kononnya berkembang la kesini.


Al Faisaliyah Tower


Huhu yang tirus tinggi naik ke atas tu hotel ngan restoran globe .. kira ala ala restoran berputar kat malaysia ar bukit nenas tu.. tapi woo situ bilik single gile kemut kecik pun dah RM1400.00 tak berbaloi tul kalau duduk.. tempat orang orang rasa kaya sangat abis duit kat situ ar.. merasa gak duk situ tapi sekretariat je ar kalau ada VVIP datang dari Malaysia samada diaorang menginap kat hotel tu or hotel yang aku tangkap gambar ni.


Menara ikan

Hehe ni pun hotel gak ni tapi nama otel tu Nouvotel.. kira bentuk ikan la ni.. tak tau la citarasa orang sini suka menda menda alam hehe ikan pun leh wat bangunan lor.. Ni salah satu banggunan terbaru di Riyadh la.. hotel je ni.

Menara Ikan yang uniks..


Kingdom Tower Riyadh, Arab Saudi


Haa ni lah bangunan tertinggi di Arab Saudi kat mana aku tangkap gambar kat atas tu semua dari bangunan ni.. Kepunyaan Prince Waleed.. antara orang terkaya di Dunia business Tycoon dari Arab Saudi.. fuh bangunan ni menempatkan hotel, pejabat and shoping mall yang kalau korang masuk bleh tak percaya harga yang ada kat dalam ni.. tak logik kadang stokin pun RM600 sehelai pun korang leh jumpa dalam ni.

Huhsssss tapi what ever pun ni bukannya tempat febret aku shoping ar manyak lagi mall mall merata kat sini .. sini kalau time sale harga gile gile sampai 95% discount pun ada.. alamatnya setiap kali musim sale penuh la umah aku ngan barang barang rambang mata seh kalau sale..



BILA LA NAK SALE LAGIK......